Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Apr 20, 2010

Simple Cheese Cake

Sejak dari bersalin dah lame tak merasa makan cheese cake.
Kalau tidak dulu kalau teringin, lunch time kat ofis sure p beli
kat secret recipe. Skang ni dah terkurung terpaksa la sabor.
Bila tengok2 kat internet teringin jugak nak order onlinetapi memandangkan
aku sorang je yang suka kek ni, tak berbaloi lak. Simpan dulu la
keinginan tu.

Pastu ahad lepas abg nak bawak ke jusco Bkt Tinggi nak beli baju anak2.
Baju Sabrina byk dah kecik2, baju khalisha pun sket jek.
Lepas dpt beli baju sorang 2 pasang ajak abg ke supermarket beli
philadelpia cheese ngan yogurt.
Petang tu lepas siapkan anak2 mandi start le masak kek.
Resepinya aku salin kat myresipi.com

Kat bawah ni lah hasil keknya. Tak berapa menjadi la pulak.
Maybe sebab tak cukup pukul. Nak cepat sangat. Pastu terlebih
masak pasal aku terlama dalam bilik air. Tak ikut arahan soh letak
aluminium foil lepas 30min. Tak pe tak pe pasal
dia cheese cake sedap je. Lepas simpan dalam peti sejuk
semalaman lagi le sedappp :))*

Next time nak kena guna resipi yang guna kat jepun dulu la.
Insyaallah kalau jumpa resepinya.


Resepinya:


Bahan-bahan ( 18 cm )
250g cream cheese
200cc/ml fresh cream/plain yogurt
2 sudu besar jus lemon
3 sudu besar tepung gandum
2 biji telur
90g gula


Cara-cara
Panaskan oven 170 degree. Sapukan loyang dgn butter atau alas
dgn kertas minyak pun ok(oven paper)
Masukkan semua bahan-bahan ke dalam mixer atau blander.
Mix biar sampai jadi cream
Masukkan ke dalam loyang dan bakar selama 40-45 minit
Setelah hampir masak atau selepas 30 minit bolehlah letak aluminium
foil untuk mengelakkan permukaan hangus.
Bila sejuk, simpan dalam peti ais semalaman untuk mendapatkan
rasa cheese cake yang sedap.

Feb 24, 2009

Salad Epal versi melayu


Pagi ahad lepas aku sempat belajar cara buat salad dari
Nasi Lemak Kopi O. Rancangan kegemaran pagi2 minggu skang
ni. Dah lupe name resepinya.. tp aku panggil je la Salad Melayu
pasal ada letak cili padi. Hehehee..

Mmg sedap . Ada rasa manis,pedas dan masam epal.
Bole mkn mcm tu je makan ngan nasi pun boleh.
Abg kata kalo dia saket perut dia nak saman. Aku lak balas
kalo dia saman kena la letak jawatan memasak. Hahahaa..
tapi ok je makan.... sedap!!!.

Bahan2nya.
Sepotong dada ayam dipanggang
Sebiji epal potong ikut suka.
Sebiji tomato potong ikut suka
Bijan di sangai
Satu sudu besar madu
Sebiji limau kasturi
Cili padi atau cili merah ikut suka
Garam secukup rasa

Semua bahan dicampur adukkan sesedap rasa. Dinasihatkan
pakai sudu kayu or plastik sebab takut hilang lak khasiat madu.

Jun 28, 2008

Resepi mak mertua

Mak mertua duduk 3 hari di rmh kami di Meru. Isnin sampai rabu.
Itupun dah boring nampaknya. Maklum la tak de ayam nak diberi mkn
tak de tanah nak bercucuk tanam. Nak di bawa berjalan pun belum
boleh lagi. So aktiviti yg ada cuma memasak, main ngan erin dan dengar
bacaan Al-quran.

Sepanjang 3 hari tu dpt jgk aku belajar beberapa resepi mertua yg
slalu dia buat. Asam pedas ikan pari, masak kicap ikan pari, mee goreng.
Ikan pari tu dibawa dari kpg sebenarnya.

Takut nanti lupa so aku coretkan kat sini lah resepinye.

Asam pedas ikan pari.
.Jintan manis jintan putih di tumbuk
.Cili giling
.Bawang merah & putih di hiris
.Asam jawa dan asam keping
.Ikan pari di garamkan
.Cili hijau dan merah di belah memanjang

Ikan masak kicap
.Bawang merah & bwg putih dihiris
.Halia di hiris
.Sedikit cili giling
.Kicap
.Ikan digoreng
.Air asam jawa
.Cili hijau di belah memanjang
.Bawang besar dipotong bulat

Rabu 25 Jun.. Lepas abg balik kerja baru aku goreng mee. Itupun atas
tunjuk ajar mak. Ye lah cara dia lain so kena la ikut arahan. hehehe..
cam budak sekolah lak rasanya. Lepas sarapan aku cuba tidurkan erin
tapi tak mau jgk. Merengek memanjang. Hidungnya pun berair aje.
Nampaknya erin kena selsema utk pertama kali. Panik lak aku kejap.
Mak suruh basuh muka erin dgn air suam. Aku susukan tak mau jgk
tidur sebab dia tak selesa. Dlm kol 11pg aku bwk dia ke klinik panel
dekat rmh. Aku pergi sorang aje sebab abg letih sgt. Dah lama erin tak
duduk kat baby seat, menangis2 jgk le sepanjang jalan. Puas le aku
ketuk itu ini, menyanyi, selawat la.. ade la dia sekejap2. Sabo je la.
Balik klinik kena lak kasi ubat, erin mmg tak suka makan ubat.
Punya la tension nak kasi. Pulak tu kena kasi ubat demam, selsema
dan antibiotik. Sib baik berjaya jgk mskkan dlm mulut dgn picagari.
Lepas minum ubat aku susukan, baru le dia tertidur.

Dlm kol 1 abg bgn. Kitaorg dah siap masak lunch ikan pari masak kicap
dgn sawi goreng bertauhu. Lepas zohor abg hantar mak ke rmh kak
Awa. Mak nak tukar angin lak. Kat sana sure dia tak yah masak.
Sian dia dtg rmh aku kena msk lak. Actually mak sediakan bhn aku
yg masak. Tapi dia monitor ala apa aku buat. Maklum la budak baru
blajar.
Aku tak ikut ke rmh kak Awa sebab dah janji dgn Uda ke Agro Bank
Shah Alam. Erin aku tinggalkan kat rmh Wati utk kali pertama.
Test. Mula2 ok lama bila sedar aku tak ada baru la melalak kata
Wati. Tpi last2 di kasi susu, dibuai2 lena gak dia tidur sampai aku lak
kena tunggu. Lega sebab nampak ade jgk keserasian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails