Showing posts with label solid food. Show all posts
Showing posts with label solid food. Show all posts

Apr 12, 2008

Erin 7 bln






Alhamdulillah Erin masuk 7 bln hari ni. Membesar dgn sihat
dan cergas nampaknye. Kejap je rasanya. Skang ni makin
aktif betul. Nak main aje kerjanya.

Sudah hampir seminggu erin mkn bubur nasi+kentang+lobak+
ikan bilis dua kali sehari. Dilenyek dan ditapis.

Suka betul nak makan nampaknya.
Mmg dah bersedia lah perutnya tu. Sib baik tak de alahan ke ape.
Aku pun bagi cuma setakat bekas dadih yg kecil. Cuma utk
isi perut je. Susu sehari rmah kak ema dia minum 4 x 3oz .
Kak ema tak bagi air masak. Lepas mkn setgh jam bg susu.
Aku pun masih dapat hasilkan dlm 15oz sehari, insyaallah dpt
le bekalkan ebm lama lagi. Actually masa pum kat opis dah
semakin jarak 4,5jam sekali. Sehari dpt 3 kali . Kejenye 12 jam.
Tapi dek keje yg bertambah2 mmg tak boleh elak lah. Tp bekal
ebm mmg terlebih slalu, so harap aku dpt bekal kan susu sampai
erin besar sikit. Skang ni target utk setahun pulak lah.

Erin 2,3 hari ni aku tengok dah pandai nak buat gaya merangkak.
Semlam dah berundur 2,3 tapak. Eiiii seronok nye tgk anak
membesar depan mata. Abg ckp suka melayan anak skang.
Maklum lah anak pun dah pandai tarik perhatian. Skang kalau
letak dlm walker pandai dia menuju ke arah yg dia nak. Tapi tak
lah selalu lekak kat walker pun. Kang krg lak masa dia nak blajar
merangkak , mara semer. Bila perlu je lah. Minggu ni erin lepas
magrib dah tak tidur mcm selalu. Bila aku ambek kat rmh kak
ema dlm kol 8 dia still berjaga. Sampai lah kat rmh, dia tunggu
aku dan abg makan (erin dok dlm walker). Pastu baru le aku
tidurkan. Skang ni pesennye, nak nyusu sambil baring baru leh
tidur. Kalo aku tak baring same, mmg tak tido lah dia. Pandai
tunjuk perasaan lak tu. Comel betulll. Tu yg slalu aku tertidur
same. Nasik tak turun lagi dah baring.. habis
le buncit balik perut ni. isk isk.. ooo tidakkkk.

Mar 14, 2008

Sabrina 6 bln




Selasa 11 Mac .. Erin genap 6 bln. Alhamdulillah dpt aku
sempurnakan target utk eklusif bf. Kiranya aku membesarkan
anak dgn air susuku sjlah.Syukur. Berkat susuku setakat ini cuma
demam agak tinggi 2 kali. Selsema,batuk ke tak ada. Kalau dikira
kos susu formula yg dpt dielakkan mmg byk rasanya.
Aku pn tak pasti sgt harga FM ni.

Memandangkan minggu ni aku keje mlm, dan abg kata erin mcm
minat nak mkn, so aku mskkan bubur kosong. Kemudian aku
tapis dan letak sedikit susuku. Mukanya mcm minat tp bila kasi
rasa mcmtak nak pulak. hehehe.. tekejut kot. Terus dia katup mulut
lepas tu. So percubaan pertama stop takat tu je lah.

Rabu 12 mac.. Aku kena bwk erin ke klinik ari ni. Check up utk 6 bln.
Abg keje siang so kena la aku sensorang. Sib baik erin diam je kalo
naik kete. Berata erin naik 500gm lg. Tepat 6kg. Tinggi 66cm. Kata
nurse bdk nyusu bdn mmg sama je naiknye, tp tulang keras.
Kebetulan aku tgh bln madu sjk hari isnin (sikit2 je mai) so aku
mintak injection utk control kesuburan. Tunggu erin setahun stgh
baru lah sedia rasanya. Sblm injek tu aku kena buat blood test
ngan urin test. Erin, nurse2 pelatih yg tolong jaga. Mula2 ok je
dia, agaknya dah lame sgt aku tinggalkan, mengantuk pulak
melalak sakan le. Satu klinik dengar. Sabo je lah. Sib baik nurse
yg uruskan hal aku phm dan buat keje cpt2.

Balik dr klinik, aku masak pajeri terung ngan goreng ikan utk
lunch. Erin aku cuba lagi kasi sket bubur kosong. Kali ni masuk
le satu sudu kot. Tapi pandai le gayanya nak menyedut bubur.
Lepas mkn aku tido sama2 ngan erin. Maklum le mlm nak keje.

Jumaat 14 mac .. melangkau hari psl smlm tak de citer menarik.
Aku hari ni balik keje terus msk bubur baru utk erin. Balance
bubur lama kena buang je sbb dah 3 ari dlm fridge. Ikut aku
pembacaan seeloknya simpan 2 ari je. Tapi aku yakin ngan thp
kesejukan fridge aku, so 3 ari lah. Kali ni aku campurkkan
lobak merah. Rasanya erin suka warna merah. walaupn lobak
tu oren, tp warna terang so hope dia minat la.

Lepas bgn tido kol 1ptg aku susukan. Tak lama pastu try mkn.
Aku cairkan sket dgn ebm gak. Kali ni nampak lebih minatnye.
Slup slup dia menghisap bubur. Ada progress lah dr hari2
sebelumnya. Aku rasa ada la 3,4 hjg sudu kecik erin mkn. Bila
mcm tak nak aku trs stop. Malas le nak paksa. Kalo mak aku
rasanya soh tunggu sampai baby habiiskan. Skang ni aku cuma
nak kenalkan ape itu makanan je. Bkn nye nak soh erin mkn
sampai kenyang. So asal dia tau cara nak ambil makanan, lain
dari susu ckp lah. Tunggu besar sket baru kasi kenyang.
Bahan rujukan pasal permakanan bayi ni aku dpt dari SI.com,
babycenter.com dan wholesomebaby.com.

Pkl 2 ptg adik aku call dr rmh ucu di Bentong. Dia nak bwk
ucu balik kpg, otw tu nak singgah rmh aku. So aku pun kemas2
le ape yg patut biar nampak rupe rmh sket. ehheheee..
Kol 5 diaorg sampai. Ada cik dan mak ngah jgk. Kebetulan
abg ada beli frozen karipap dpt le aku judukan dgn ari milo.
Cik cadang nak buat kenduri arwah minggu dpn. Insyaallah
tak de aral aku balik kampung.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails