Isnin 4hb... aku masih lagi kampung. Balik ke meru ptg nanti
sebab abg keje mlm ni, aku pulak off sampai rabu. Erin bangun
kol 9pg, Lena je dia tido mlm tadi. Lepas sarapan kat rmh mak,
kitaorg kemas2 barang nak p rmh mak abg semula. Kol 11 kuar,
p terus ke butik Avon dulu. Beli waist girdle. hehehe risau le
ngan perut yg tak surut nih. Semalam dah beli losyen halia,
hope combination dua benda ni berkesan lah. Hope aku tak pakai
separuh jalan. Ngeh ngeh ngeh..
Sampai rmh mak, aku terus tidokan erin yg dah merengek
mengantuk. Pasal buaian tak bawak so kena la tidokan kat
atas tilam je. Hmmm lama jgk le aku susukan tepuk2 nak ks
lena. Tapi bila lena, aku gerak sket je dia terkejut. Bunyi ayam
kokok pun terkejut. Hisss.. susahnye lah. So kena la aku, abg,
mak mertua gilir2 jaga. Bila terkejut je kena cepat2 tepuk ks
lena semula.
Pkl 4 ms nak balik, abg tegurkan badan erin yg dah rasa dedor,
nak demam. Susah hati aku. Hope dia cpt baik.
Dekat pukul 6 dah sampai meru.
Abg kuar lepas magrib. Kata abg tak boleh cuti sebab teammate
kena gantung keje. So harapkan dia la. mmm kena la jaga erin
sorang2. Erin dah setat merengek2, tapi mau jgk la tido.
Selasa 5hb.. tgh mlm aku rasa bdn erin mkn panas. So aku
stat letak tuala basah kat kepala dia. Kol 4pg panaass sgt,
termometer lak tak beli2 lagi, tah brape la suhunya. Aku sms
abg bgtau condition erin. Tak lena tido sebab kena sokmo
monitor erin. Kol 6 aku call abg suh cpt balik, tak sabar nak
bwk p klinik. Abg soh tunggu sampai kol 7.
sat kol 7. 730 abg dah sampai rmh. Cepat dari biasa. Masa tu
erin lak sibuk nak tido. So tidokan je la dulu.
Kol 930 bwk erin ke klinik firdaus, doktor check suhu 38.5
yg lain seme ok. Cuba dikasi ubat demam yg minum tu je.
Petang demamnya tak surut jgk. Aku cuba susukan sebyk
mungkin. At least sejam sekali, kenkadang stgh jam skali.
Risau sangat sebab tak pernah mcm ni. Tak putus2 aku doa
moga erin lekas sembuh. Kalo boleh dipindahkan kepanasannye
ke aku pun tak ape.
Abg p keje awal dr biasa sbb nak ambek rim kereta kat
bengkel. So dr petang ke mlm cuma aku ngan erin lah.
Sesekali meragam jgk la dia, tp insyaallah bole tahan.
6jam skali aku kasi ubat. Biasa lepas mkn ubat dia muntah.
Berak pun berkali kali, hope cpt lega lah.
Erin ni walaupun badan panas mampu lagi gelak2 mcm nak
ajak main, isk isk.. nakal. Cuma tak bole langsung tinggal
sorang2. Sure menjerit.
Rabu 6hb.. menjelang subuh kepanasan erin rasanya meningkat.
Aku mmg tak berenti letak towel lembap. Rasanya ok lah jgk.
Sib baik erin msh boleh tidur walaupun tak selesa. Aku tak igt
tah bila masa aku tido. Rasanya tiap jam berjaga. Moga2
diberi kekuatan hendaknya.
Hari ni mmg tarikh utk check up erin kat klinik. Dah nak msk
5 bln. Sblm p klinik aku ks erin ubat. Dia muntah lagi. Plus
berak pun banyak. Panasnya rasa berkurangan.
Dlm kol 1030 p klinik, timbang 5.5kg.
Suhu badan 36.5 darjah Celcius. Turun lah . Patutnya ada
suntikan ari ni tapi aku mintak tangguh seminggu. Biar lah
erin betul2 sihat dulu. Kesian dia.
Petang abg ajak p rmh bidan kat jalan TAP. Nak mintak
air jemput semangat.. Iktiar lah sebab erin still cpt terkejut2.
Mcm lemah semangat. Jiran kitaorg Saiful yg tnjkkan jln.
Bidan tu namanya makcik Salabiah. Baik orangnya.
Dia pun demam. Hehehe.. ye la doktor pn sakit jugak.
Mula2 erin di urut sebelah belakang. Katanya tulang belikat
tersalah. Maybe pasal erin nak meniarap. Pastu di sapukan
kunyit dan kapur, kat beberapa tpt badan erin, jd merah
sgt. Kata makcik tu itu tandanya ada "benda" yg berkenan.
Entah lah. So makcik tu kasi le air penawar untuk mandi
dan minum. Since erin nyusu bdn, aku le yg minum.
maybe kasi sikit kat erin. Rasanya tak menjejaskan suply.
Buat syarat je. Mudah mudahan erin lekas sembuh.
Esok rasa nak cuti, tapi tak de pulak org nak ganti. Hope
erin tak meragam lah kat rmh kak ema.
Feb 7, 2008
Feb 5, 2008
Balik kpg
Erin bersama makcik2 dan sepupunye kak Dewi dan kak Anis.
Sabtu 2 Februari... sekejap saja dah bulan 2 ye. Hari ni hari last keje
utk minggu ni. Tak sabar nak cuti. Hari ni ada 3 report kena buat.
Kalo last month Razak tolong buat, kali ni kena ganbaru sendiri la kot.
Aku dah ready beli roti, nasi lemak kat PBD before dtg opis.
Kol 8 sampai kol 12 aku dpt siapkan 2 report. Pum kol 10 pun tertunda
sampai kol 12 sebab aku tak boleh tinggalkan PC lama. Nak teruskan
dgn report ke3 dah rasa tension so, aku stop mkn nasi lemak n p
pum kat surau. Dapat la 6oz walaupn dr pg tak pum.
Balik sml ke opis stat report ke3, report marketing lebih sng sbb run
skrip kat unix server ikut manual. Tapi sesekali tak keluar error ape2
tu yg bengang je. Dah le tak pandai sgt psl unix ni, sib baik le razak
ada tinggalkan manual dia. Aku pn dah malas nak piker sgt error tu,
janji siap sampai habis sudah lah.
Kol 430 ptg siap semer nye. Rasa nak tumbang je, letih betul. Letih
berpk sebenornya.
Aku p pum susu dah solat asar. Pastu p PBD beli kek kat secret recipe.
Beberapa hari ni aku teringat nak mkn kek. Since nak balik kpg, so aku
beli la seketul bole la sama2 merasa nanti. Masa beli kek abg call, ckp
nak p ambek kak yaya nak sama blk kpg. Psl aku dah dkt ngn rmh kak
yaya so aku offer kan diri ambek kak yaya.
645ptg aku cabut balik. Terus ke damansara damai. Sampai dkt magrib.
Kak yay dah ready ngan anaknya dewi. Otw tu call abg, dia kat shah
alam lagi. Tayar pancit pulak. So aku le ambik erin dlm 815.
Abg kol 930 baru sampai. Kesian dia, sure tension sgt. Kata abg kete
terlanggar lubang ms p keje, sampai rim bengkok. Hmmm duit lg.
Kol 10 bertolak blk kpg. Kelam kabut gak ms nak keluar sbb hjn.
Sampai kpg kol 1130. Tido kat rmh abg. Baru perasan kelambu, tilam
erin ngan beg pumsusu tertinggal. Alahai.. mintak2 le tak sakit nanti.
Sib baik kelambu anis ank kak ijan ada. Kak ijan sefamily dah sampai
kampung pg td. Meriah le sket rmh mak kali nih.
Ahad 3 februari... tak de ape nak tolong pg2 ni. Mak dah siap goreng
nasik. Lepas tu kak ijan lak goreng pisang. Erin elok je pg nih, tak
byk kerenah. Seronok la kak ijan melayan.
Kol 10pg aku blk ke rmh mak pulak. Uda ngan kak long ada.
Bawak kek sekali. Kek yg beli smlm
simpan dlm kete je mlm td, pg ni tgk dah cair sket. Mak ada msk bubur
asyura. Kol 12 upacara ptg kek bermula, kek lom le keras sgt tp since
abg nak cpt blk rmh mak dia, so potong je la. Bkn abg pun ptg, anak
sedara aku ijah, arif ngan mira yg mengadap. Mmg nak jamu diaorg
pun. Tak lama pas tu mkn nasik pulak. Abg dtg balik, so mkn skali lah.
Lepas zohor abg balik rmh mak dia, aku tidokan erin sambil tido skali.
Dlm 530 abg dtg semula so ajak le jalan ke sg besar. Kat pdg ada
pameran ape tah. Nak perkenalkan produk2 sg besar kot.
Kol 7 blk rmh. Uda blk ke klang lepas dinner. Tak lama pastu kak long
lak blk. Sunyi balik rmh mak. So sng je aku tidokan erin. Kol 9 dia
dah lena.
Dah meniarap
Gambar stok setakat hari ini..
Khamis 31hb .. aku sepatutnya keje tapi kena ambek emergency
leave pasal kak ema demam tak dpt jaga erin, Husband dia call
abg kol 6 pg tadi. So cuti le aku. Tak pe lah leh rest. Ni tgh merebus
longan. Hope2 leh up kan balik hasil ebm. 2,3 ari ni ebm tak
memuaskan pulak. Skali pum kdg 2,3oz jek.
Horlick baru je abg beli semlam dah le diminum bercawan2 tp lom
nampak le hasilnye.
Rabu 30hb .... tpt 12mlm aku terjaga. rupenya tertido sebelah tilam
erin lepas nyusukan dia. Dgn tak berbantalnya, atas karpet yg keras
tu, sakit nye badan. Abg baru je ngadap pc. Abg kena duty jg taman
kol 1230 sampai 230. Aku bgn solat isyak, kemas baju erin, ngan pum.
Hasilnya cuma 2.5oz je. Padahal tak de la rasa dada kosong sgt.
Tak pe cuba lagi subuh nanti. Aku basuh pum letek siap2 kat
sebelah bantal.
Kol 3 pagi aku terjaga pasal erin bising dok uhhh ahh uhh ahhh.
Bila aku toleh kelambu dia, tgh meniarap !!!! hehehehe..
alhamdulillah. Dah meniarap anak mama.... abg yg baru lena pun
terjaga tgk erin. Bila aku baringkan kat bantal, cpt je dia meniarap
balek. alaa.. dah sibuk lak nak niarap subuh ni.
Aku susukan sambil pum, dlm 10 minit erin dah tido balek.
Ebm baru dpt 1oz lebih. Sambung pum sket lagi jadik le 2oz.
Pelik bin ajaib pulak rasanya.. dugaan ni. Maybe sebab aku kurang
sket pum sejak keje mlm ari tu.
Otw pegi keje, hp berbunyi. Reminder pasal birthday abg. Ala
sekkaku aku dah terjaga tgh mlm tadi lupe lak nak wish. Ni pasal
aku ingat abg keje mlm le minggu ni. Cisss. . kalo tidak jadi
malam yg romantik la. kakakakaa..
So wish ngan sms je la. Hadiah tak de pk nak beli lagi, kena
tanya la nanti abg nak ape jgn spare part kete dah.. ehehe
Aku pun lum menuntut sbrg hadiah utk birthday ari tu. Abg tak
de tanda2 pun nak bagi. Bukan kisah sgt pun saje je la .
Aku cuma nak dia blanja mkn je.. lame tak mkn western food.
Kat opis busy jgk ari ni. Letih jgk rasanya. Kak cat cuti psl
bby tak sihat so tak de la kawan pum. Aku pum 3 kali, kol 10
kol 2 kol 6 . Dpat le total 11oz. Jadik le. Kena ganbaruu .
Subscribe to:
Posts (Atom)