Apr 12, 2008

Erin 7 bln






Alhamdulillah Erin masuk 7 bln hari ni. Membesar dgn sihat
dan cergas nampaknye. Kejap je rasanya. Skang ni makin
aktif betul. Nak main aje kerjanya.

Sudah hampir seminggu erin mkn bubur nasi+kentang+lobak+
ikan bilis dua kali sehari. Dilenyek dan ditapis.

Suka betul nak makan nampaknya.
Mmg dah bersedia lah perutnya tu. Sib baik tak de alahan ke ape.
Aku pun bagi cuma setakat bekas dadih yg kecil. Cuma utk
isi perut je. Susu sehari rmah kak ema dia minum 4 x 3oz .
Kak ema tak bagi air masak. Lepas mkn setgh jam bg susu.
Aku pun masih dapat hasilkan dlm 15oz sehari, insyaallah dpt
le bekalkan ebm lama lagi. Actually masa pum kat opis dah
semakin jarak 4,5jam sekali. Sehari dpt 3 kali . Kejenye 12 jam.
Tapi dek keje yg bertambah2 mmg tak boleh elak lah. Tp bekal
ebm mmg terlebih slalu, so harap aku dpt bekal kan susu sampai
erin besar sikit. Skang ni target utk setahun pulak lah.

Erin 2,3 hari ni aku tengok dah pandai nak buat gaya merangkak.
Semlam dah berundur 2,3 tapak. Eiiii seronok nye tgk anak
membesar depan mata. Abg ckp suka melayan anak skang.
Maklum lah anak pun dah pandai tarik perhatian. Skang kalau
letak dlm walker pandai dia menuju ke arah yg dia nak. Tapi tak
lah selalu lekak kat walker pun. Kang krg lak masa dia nak blajar
merangkak , mara semer. Bila perlu je lah. Minggu ni erin lepas
magrib dah tak tidur mcm selalu. Bila aku ambek kat rmh kak
ema dlm kol 8 dia still berjaga. Sampai lah kat rmh, dia tunggu
aku dan abg makan (erin dok dlm walker). Pastu baru le aku
tidurkan. Skang ni pesennye, nak nyusu sambil baring baru leh
tidur. Kalo aku tak baring same, mmg tak tido lah dia. Pandai
tunjuk perasaan lak tu. Comel betulll. Tu yg slalu aku tertidur
same. Nasik tak turun lagi dah baring.. habis
le buncit balik perut ni. isk isk.. ooo tidakkkk.

Apr 11, 2008

Balik kpg lagi

Dah lamenye tak update blog nih. Tak sempat sgt nak akses
internet sebab keje pun dah bz plus kat rmh lak makin
sibuk layan erin yg sokmo ajak main2.

Last week keje mlm jadualnya mlm jumaat sampai ahd. Tapi
mlm sabtu tu abg sms, tanya keje sampai bile. Dia nak balik
kpg pasal mlm ahad tak keje. Aku kalo pasal balik kpg ni mmg
le suka, walaupun baru je jumpa family sebenarnya.
Tgh2 mlm tu sibuk le sms kohai yg off utk ganti, sib baik le
ade yg sudi. Dpt le aku cuti mlm esoknya. hehehee..
Sukenya ati. Lagipun mmg tgh tension dgn keje yg byk nih,
kira dpt lari balik kpg senang lah ati. Tak pe lah terkorban
cuti. Satu lagi nak jumpa adik aku yg bakal p umrah tgh bulan
nanti.

Blk keje pg sabtu tu , aku call uda. Mmg ada plan ke pesta buku
kat pwtc. So ajak uda p pagi2. Abg warning lepas dia bgn tido
nak terus je balik kpg. Aku budget2 dlm kol 3ptg dah kena
ada kat rmh. Uda sampai dlm 9pg, sempat gak aku pum susu dl.
Call kak ema, erin lak tgh tido so kak ema offer nak tolong jg.
Just dia soh aku top upkan bekal susu jek.Hehehe.. dgn senang
atinye lah. Bekal pun ada. Kesian gak erin nanti kepanasan kat
tgh orang ramai.
Aku sampai pwtc 1030 ronda itu beli siket2 majalah, buku motivasi,
ngan cd. Beli jgk flash card ngan buku utk erin. Uda ngan anak2
beli buku2 ngan majalah gak. Dalam kol 1 lebih kitaorg bertolak
balik meru. ALhamdulillah perjalanan pergi balk tak de jam,
lega dpt sampai meru dlm kol 2. Uda minum2 kejap terus blk.

Kitaorg dlm kol 3 bertolak balik kpg. 5 lebih dah sampai. Call
emak dia otw ke Pahang ikut wahid hantar Ucu. Esok lak mak
nak ikut wahid p kursus umrah. Harap2 sempat jumpalah.
So malam ahad tidur kat rmh mertua lah. Kesian mak sebab
kitaorg tetiba balik dia pun terpaksa la tambah lauk. Aku tak
sempat nak nolong pasal dok layan erin jek.

Pagi ahad kak long call dr rmh emak. Dia berdua beranak je. So
lepas beli brg dapur mak mertua, brg erin , soh abg hantar blk
rmh mak. Dah nak tgh ari pun so masak2 le lauk yg ada. Just
goreng ikan ngan sayur. Kak long goreng sotong, jadik le lauk
tgh ari yg simple. Erin tak dpt tidur sgt sebab panas kot. Tapi
tak de la mengamuk cuma nak dilayan je lah. Dlm kol 3 mak
balik ngan wahid. Dapat jgk le berjumpa. Wahid katanya nak
buat kenduri doa selamat tgh minggu dpn(minggu ni) tp psl
aku keje tak dpt le balik. Bertolak p umrah nanti pun 17 april
3 pg.. mmm susah le nak hantar. Moga2 adik aku ni selamat
pergi dan balik. Insyaallah.

Apr 1, 2008

Hujung minggu



Kes mamanya tak sabar nak tgk erin cuba walker. Bgn tido
terus letak.. sepet2 mata anak kut. hehhehee


Sabtu 29 mac.. mlm ni aku mintak cuti sebab kat lorong rmh aku
nak buat makan2. Sampai rmh 840 pagi lewat sket , ingat bole
terus pum susu, check2 kunci kete tak de lak. Call abg, abg pun
tak perasan aku tak bwk kunci. Abg balik ptg so nak tak nak aku
drive jgk le ke S.Alam p ambik kunci. Pasal letih mmg ganaz gak
le aku bwk kete. Ulang alik shah alam, dkt kol 10pg baru aku
ambek erin. Letih betul..
P jenguk kat khemah org masak, depa dah ready nak cucuk
sate. Aku balek rmh dulu nak tido jap.

Lepas pum susu, terus tido ngan erin. Erin tak tido lama tp
aku tak mampu nak bukak mata. Dia main2 jek kat sebelah aku.
Mak dah balik pg smlm. Tu yg kelam kabut sket.
Aku terjaga 3 ptg. Mandi, solat zohor terus p jenguk khemah
kat dpn rmh. Keje2 dah siap, dok melepak je. Aku pn join gak
le, at least bercampur gak le ngan jiran2. Tapi topik pasal artis
boring je.. sudahnya aku lekakan diri ngan baca paper jek.
Dlm kol 5 Uda datang ngan anak2. Mira ngan Arif tidur kat
rmh aku sebab uda ada seminar sebelah malam nanti.
Kebetulan adik aku Wahid pn kata nak dtg sebab esok nak p
kursus kat S.alam. Ada la tukang layan nanti.

Lepas magrib, aku cuba tidokan erin tapi dia tak mau. So terus
bawak keluar. Dpt le mkan sate, nasi impit sket. Pastu erin ank
bising2 lak nak tido. Terhenti la jap acara makan2.. masuk rmh
tidurkan erin. Setengah jam pastu kuar balik sambung mkn
lagi. Antara makanan yg ada sate, nasi impit, soto, ayam
rangka. Dlm kol 10 semua dah sibuk kemas dan bungkus bwk
balik termasuk le aku.
Kol 11 Wahid sampai dari kampung dgn mak. Esok kursus nak
p umrah rupenya. Wahid insyaallah akan buat umrah pd 17 april
nanti. Dah tak lama lagi.. syok nye lah.. senang je jalannya.

Ahad 30 Mac, aku panaskan makanan lebih jamuan semlm utk
sarapan. Mak ngan Wahid keluar dlm kol 8.30 ke masjid batu3.
Mira ngan Arif tinggal kat rmh layan erin. Abg pagi2 dah kuar
p keja. Tgh ari Wahid dah balik. Aku dah ready msk lauk serba
sedikit. Just ikan masak kicap ngan sayur goreng je.
Dlam kol 1 kak ijan dtg dr kampung. Menyampaikan terung
dari mertua. Terlanjur aku dah siap masak, aku pelawa diaorg
mkn. Kebetulan abg pun balik, ok sgt lah tu.

Kol 2 lebih kak ijan balik. Mak dan Wahid balik 3 lebih. Mira
ngan Arif wahid hantar ke Shah alam tgh hari tadi. Lepas
semer org balik aku restkan diri. Dekat asar terjaga. Ajak abg
p Jusco beli walker erin. Memandangkan hari nak ujan kitaorg
cm p Bkt Raja je.
Dpt le beli walker sweet cherry yg comel. Nanti aku updat
gambo. Erin suka betul dpt bergerak sendiri. Laju je dia menyorong.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails