Sep 12, 2008

Otanjoubi omedetou!!




Alhamdullih Sabrina genap setahun hari ini. Terasa kejap je masa berlalu.
Terasa baru je melahirkan dan menyusukan.
Syukur kepada Allah Sabrina sihat dan ceria. Semakin lama semakin
bijak. Cepat belajar, rajin bercakap, aktif. hehehehe..
Hingga hari ini mama masih dpt menyusukan Sabrina sepenuhnya
tanpa campuran susu formula. Lega. Kiranya separuh dari misi sudah
tercapai. Harap tiada halangan utk menggenapkan penyusuan hingga
2 tahun. Aminnn..

Minggu ni aku dan abg keje siang. Jadi malam dapatlah sama2 melayan
Sabrina. Malam tadi dia tidur lambat sgt hampir 1130mlm. Ingatkan dia
nak countdown pkl 12tgh mlm rupanya tak. Hehehe.. Mama pun tak larat
maklum lah hari2 kena bangun awal utk sediakan sahur.
Biasanya kalau dah pkl 10mlm.. aku susukan dia sambil baring, dia akan
tertidur, tp mlm tadi aktif le pulak. Lepas susu je, bangkit nak main2
sambil mulut tu bercakap tak henti2. Berjalannya tak pandai lagi tp
kadang gayanya mcm org dah boleh berlari. Seronok tgk.

Menurut pembacaan kalau baby dah setahun , sistem penghadamannya
sudah matang. Jadi sudah boleh di tambah garam dan gula ke dlm
makanannya. Lega sket rasanya sebab krg dah pantang. Tapi tak
lah cadangan nak tambah garam gula dan makanan yg aku masak utk dia.
Cuma kalau balik kpg ke, tak le risau org terbagi makanan kat dia.
Maklum lah pakcik makciknya ramai. Semua tak sabar nak sumbat
makanan dlm mulut Sabrina. Skang ni pun Sabrina kalau nampak org
makan mcm nak terkam, sure lah org yg tgk dia suka nak kasi.
Insyallah bab makan minum ni mama akan jaga sebaik mungkin.
Kena lagi rajin le surf resepi lepas ni. Tukar2 menu.

Sep 10, 2008

Pertama kali




Ahad 7hb.. hari ini plan asalnya nak bawak mak mertua pulang ke
kpg, tp sebab mak mertua tak jadi balik so kami tak kemana2lah.
Dari pagi sampai tgh hari dok layan tidur je sebab masing2 habis
shif malam.

Tgh hari aku ikut abg ke Tesco SA. Abg hantar borang mintak
kerja. Harap2 adalah rezeki. Dekat sket ngan rmh. Sementara tu aku
bawak Sabrina beli makanan. Beli yogurt dgn cheese aje sebab tak larat
nak bwk byk sambil dokong Sabrina.

Aku sebenarnya teruja hari ini, sebab pertama kali nak berbuka puasa
dgn abg shj sejak berkahwin. kekekekekeke.. pengantin lama.
Sebabnya tahun lepas aku berpantang dikampung, kemudian berberapa
hari sebelum ni mak mertua ada, lepastu kerja pulak.
Kebetulan mlm ni ada terawih di taman kitaorg. Kali ni giliran lorong
aku sediakan makanan. So aku masak mee goreng aje. Utk mlm hanya
ikan goreng dah sayur bayam.
Itu pun letih rasanya maklum lah Sabrina sibuk mengacau. Tak mau
pulak diletak tu. Sibuk dia nak tgk ape kita kacau kat dapur.

Rezeki berbuka, jiran2 ada yg bagi karipap, tauhu sumbat dan bihun
goreng. Sudahnya penuh jg meja walaupun kitaorg msk simple aje.
Insyaallah lepas ni nak merajinkan diri masak kuih. Boleh lah kongsi
sama2 dgn org dekat2.

Sep 5, 2008

Ramadhan dtg lagi

Alhamdulillah bertemu lagi di Ramadhan tahun ini. Tahun ini kali kedua
menyambut Ramadhan dgn Sabrina dan abg. Bezanya tahun lepas aku
berpantang di kampung dan abg berseorangan di rmh. Seronok rasanya
nak berpuasa bersama suami kali ni.
Kalau ikut bulan Islam Sabrina dah pun 1 tahun. Alhamdulillah.
Sudah sihat dan ceria mcam biasa. Lepas demam ni makin cpt dia blajar
sesuatu. Skang ni dah pandai nak masukkan benda dlm mulut. Asalnya
cuma dah ajar mkn biskut je, rupanya semer benda nak masuk. Lepas
tu Sabrina suka tiru ape kita sebut, walaupun dpt yg ujung2 aje.
Kalau dgr suara kat handphone dah pandai gelak2 dan cakap tak lah
tercengang je.

Isnin 1 sept.. hari pertama Ramadhan kami sambut di kampung. Kami
pulang petang semalam. Aku bersahur dan berbuka di rmh mertua
memandangkan dia keseorangan. Aku balik ke rmh mak waktu siang
je. Tak dpt lah nak menolong masak utk berbuka. Tapi sempat aku
belikan sedikit juadah utk mak dan keluarga di pasar Ramadhan.
Pasal penyusuan Sabrina rasanya tak byk masalah. Tambahan pulak
dia dah pandai makan. Jadi adalah gap jgk. Cuma jgn buat dia merajuk
kalau tak tak de lain di carinya. Hehehehe..

Lepas berbuka balik semula ke rmh mak sebab nak bersahur di rmh
mak pulak. Nasib baik abg bercuti ari ni so boleh lah tidur 2 rmh. Cuma
abg tak join skali ke rmh mak aku sebab nak temankan mak dia.

Ramadhan kali ni nampaknya susah lah nak pergi berjamaah terawih
di surau sebab Sabrina kecik lagi. Tapi insyaallah aku buat sendirian
di rmh. Disamping tu kena kerapkan lagi mengaji.
Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yg sebelumnya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails