Mar 18, 2009

Sabrina msk wad








Minggu lepas khamis-ahad Sabrina di masukkan kan ke SMC
sebab muntah2 dan cirit birit. Asalnya hari rabu Sabrina demam
biasa dan aku still pergi kerja. Tengah malam berikutnya tiba2
dia muntah kat katil. Pastu berterusan tiap kali menyusu dan
kasi air masak dan kadang tak bagi apa pun muntah.

Ajak abg ke klinik tp nak tunggu pagi pulak.
Muntah Sabrina tak jugk kurang sampai ke pagi. Tension betul.
Bawak ke panel klinik doktor suggest utk msk wad sebelum dia
dehidrated. Mmg aku setuju sangat pasal kesian tgk tak ada apa
dapat mask dalam mulutnya.
So 3 malam berikutnya aku menunggu Sabrina di SMC Shah Alam.
Masuk air sebotol ambik masa dlm sehari setengah.
Lebihnya cuma monitor muntah dan ciritnya.

Hari kedua aku pulak kena muntah2. Mmg teruk betul rasanya sebab
selera langsung tak ada. Macam tu la yg Sabrina rasa kot. Tp pasal
dia kecik lagi, tak bole la nak paksa2 makan mcam kita nih.
Hari tu Sabrina dah boleh main2 dengan jiran kat katil sebelah.
Aku pulak yg tak larat sgt nak jaga dia. Baring je kejenya.

Doktor kata mungkin sebab msuk kuman dalam perutnya.
Puncanya tak tau lah dari mana. Jangkit dari ayahnya ke
sebab abang pn dah byk ari cirit birit. Lagipun ikut doktor
skang hospital penuh dgn penyakit nih. So kebersihan tu
mmg penting sgt. Hopefully tak berulang lah lagi..

Mar 4, 2009

Al Arif Farm







Kakak ke2 yg ku panggil Uda (Kak Yah) dah hampir setengah
tahun berpindah ke kpg dgn anak2nya sebab nak menjadi
penternak cacing. Alhadulillah berkat kerajinannya usaha
kak Uda dan suaminya menampakkan hasil.
Cacing, air cacing, baja cacing sudah boleh dijual.
Selain cacing, uda jg menanam cili untuk mengaplikasikan
baja cacingnya.
Orang kata skang ni Pertanian Itu Perniagaan.

Mar 2, 2009

Weekend d kampung

Dah dekat sebulan tak balik kpg rasanya. Bagi aku yg kerap
jumpa family mmg la lama sgt rasanya. Mak pulak bulan lepas
tak de dtg jalan2 ke klang. Eiii sabishikatta.
Hari jumaat lepas, pulang dari keje aku uruskan Sabrina.
Tak masak pun sebab plan nak mkan kat luar je. Lagi pun
mengharapkan abg cuti je esok. hehehe..

Lepas magrib abg balik keje dia kata esoknya Sabtu keje.
Tapi aku pujuk2 le soh cuti je..hehehee.. at least bole 2 mlm
kat kpg, semalam rmh mak dia semlam kat rmh mak aku.
So fair n lovely la kan.
Sib baik my darling lembut hati, terus call member keje dia
n inform nak cuti esoknya.
Lepas isya kitaorg dah siap2 kemas rmh. Habis aku angkut baju
kotor yg dah seminggu tak basuh. Maklum la mesin semi-manual
hari kerje aku jrg dpt membasuh. Dah malas sebenonya nak
bangun semata2 basuh baju. heheehe..
Kitaorg singgah dinner kat Meru, kol 11 sampai rmh mertua.
Mmg dia seronok sgt le cucunya balik.
Sempat Sabrina main ngan opah dia kejap sebelum sambung tido.

Lepas subuh aku terus cuci baju. Banyak nye la.. 4 round baru siap.
Mesin basuh mak mertua pn semi-auto jugak. Letih jgk le dibuatnye.
Sambil tu melayan Sabrina yg terjaga awal. Punyala suka dia dpt
jalan2 kat luar rmh. Isk isk..

Tgh hari aku keluar jap ke pekan Sabak.
On the way p pekan aku singgah rmh mak, ajak mak aku join
ke pekan skali. Mak aku bab jalan2 mmg le suka. Hehehe...
Mak mertua suroh beli anak pokok longan ngan rambutan. Ni nak mengabis kan masa
kat tanah la ni. Aku pulak beli anak pokok limau purut ngan bunga.
hehehe. biar berseri sket rmh nanti.



Ni le rupenya pokok2 yg ditanam abang. Aku tolong beli je
sebab tak sempat nak tanam. Hehehe..
Pokok jenjarum, limau purut, krismas, cili.
Pokok2 orkid tu hasil semaian arwah bapa mertua.

Balik dr pekan hantar mak aku balik rmh, balik ke rmh mertua semula.
Kak Ijan dan family dah sampai. Masak pun dah nak siap. Aku dapat
tolong2 basuh2 pinggan , kacau kuah je sebab semer dah siap.
Lepas makan melayan mata ngan Sabrina. Dia mmg dah ngantuk
sangat sebab terjaga awal ari ni.

Kol 4 baru jaga, kebetulan kak ijan nak pegi berurut. So aku
pun join le skali, maklum le badan pun dah senang sakit2.
Hehehe... umur dah meningkat. Kena beringat lah.
Dekat magrib baru balik rmh. Lepas makan, tunggu magrib
baru le balik rmh mak aku pulak.
Hari ahad dihabiskan kat rmh mak. Aktiviti masak2 je lah.

Lepas asar balik semula ke Meru. Sempat ambil tanah,
baja cacing ngan anak pokok cili dari Uda. Kononnya nak
bercucuk tanam le sket kat rmh. Hope hidup le pokok.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails