Jun 5, 2009

Mak ke umrah




Jumaat 5 Jun.. Mak mertua aku selamat berangkat mengerjakan
umrah dgn Al Fajh Travel. Dia berlepas dr KLIA pkl 10pg.
Memandangkan pergi berkumpulan pkl 730pg dah kena kumpul
di KLIA. Kami dari rmh seawal jam 6.10pg lepas solat subuh
dan menjamah sedikit sarapan.
Yang menghantar mak cuma sebuah kereta je. Kak Ijan
dah dtg ke rmh ptg semlam. Adik beradik abg yg lain bersalam
ikut telefon je. Mak mertua aku mmg pertama kali nak ke Mekah,
jadi agak nervous. Risau jgk lah sebab kakinya bkn kuat sgt.
Mata alhamdulillah dah agak terang lepas pakai satu ubat
mata nih. Tapi Insyaallah ada yg menjaga nya nanti.
Allah bersama org2 yg mengingati-Nya.
Aku pun teringin jgk nak bersama mereka.
Insyallah akan menyusul kemudian.

Jun 4, 2009

Blog yg sepi

Nampaknya buat seketika blog ni sepi je. Hari tu sibuk ngan urusan
keluarga, pulak tu kena ambil exam pulak disaat Sabrina baru
baik dari demam. Letih jgk la rasanya.
Actually ms Sabrina demam dia lebih byk tidur sebab letih sgt kot,
tp internet kat rmh pulak ada problem.
Rasanya Sabrina demam sebab cuaca panas yg lain mcm rsnya
skang ni. Hari tu aku bwk Sabrina ke ceramah Ustaz Zahazan
mmg hari tgh panas. Balik terus badannya panas.

Walaupun ada sedikit masa habiskan ngan study je la.. sib baik lah.
Ada soalan bocor dpt jgk le lepas. Itupun En Hazizi kasi tau
sejurus sebelum exam.

Exam tu kat sebelah MidValley je. Kebetulan abg keje malam
so dia pun ikut sekali. Habis exam yg tak sampai setengah jam
tu, aku ajak abg shopping sampai lenguh kaki.
Melepaskan geram le konon. Hehehe.. lagipun terlanjur
keluar sama kan. Dapat le di beli beberapa brg utk
Sabrina dan sepasang kasut utk diriku.

Balik dr Midvally ajak abg ke Ikea pulak. Berjalan sakan.
Memerah tenaga abg habis-habisan. Hehehe..
Niatnya mencarik brg dapur dan kerusi Sabrina.
Alhamdulilah dpt kedua2nya. Tak sudah2 rasanya mengucapkan
syukur sebab dpt apa yg dihajati. Thanks abg juga sudi melayan
kerenah isterinya ini.

Minggu lepas mak mertua buat kenduri doa selamat nak pergi
umah esok 5 Jun. Mak ikut sekali kitaorg balik Meru. Seminggu
ni mak mertua ada la kat rmh. So takkan le aku nak ngadap PC
pulak kan. Kena lah hormat. Insyaallah esok aku dan abg bercuti
utk hantar mak mertua ke airport. Mak aku akan dtg dr kampung
petang ni. Harap tak de aral lah.

Di opis, dlm 2 minggu ni aku sibuk la mengajar 3 org kohai
yg baru masuk. Maklum la dah senior. Tu yg tak sempat nak
tgk internet langsung pun di opis.
Hari ni insyaallah berpuasa ganti.. tu la ade la siket ms
tgh hari ni..

gambo nanti le aku upload.

May 28, 2009

Seminggu yang sibuk

Minggu yang bersibuk masih beterusan.
Rasanya dah 2minggu tak update blog.
Beberapa cerita yg belum sempat di coret.

1. Ceramah keluarga Ustaz Zahazan sempena hari ibu.
2. Sabrina demam dan muntah2.
3. Exam ITIL
4. Persiapam mertua untuk umrah.

Insyaallah cerita akan menyusul kemudian.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails