Jul 28, 2009

Cerita baby kecik


Alhamdulillah dari Scan yg dibuat di Klinik An-Nisa hari Ahad lepas
kandungan mama sudah 7 minggu. Saiznya normal.
Lepas pegi klinik, aku ngan abg dan Sabrina pergi ke Pesta Buku
Selangor ni kompleks PKNS. Itu sebenarnya tujuannya.
Walaupun tak besar, tp buku2 yg aku nak ada. Dapat jgk lah membeli
buku Sirah Rasulallah S.A.W , majalah Anis dan solusi keluaran lepas.
Yang besar dpt melanggan Anis dgn dikaun 50%. Berbaloi aku pegi.

Lepas tu singgah guardian kat situ beli susu Sabrina, since dah mengandung
dan mungkin pegi travel rasanya nak biasakan Sabrina ke susu formula
sebelah malam. On the way nak balik ke parking aku rasa tak kena
sebab semacam ada air yg keluar. Sebab dah susah nak carik parking
so terus je kluar, singgah rmh Iffah hantar produk HPA yg dia kirim
tapi tak turun krete sbb Sabrina tgh tidur. Sempat bebual kejap je.

Lepas tu singgah minum air cendol kat sek 19. Kebetulan gerai kat
dgn petronas, so aku p check lah. Rupanya yg keluar tadi darah bkn
air. Terkejut jgk lah. Agaknya sebab angkat berat kot. Dukung
Sabrina dan bawak buku2 bergilir ngn abang.
Kami terus balik rmh dah berehat je. Mmg rasa letih semacam tp
tak lah sakit apa. Hopefully sementara.

Hari Isnin , subuh aku check ada lgi kesan darah yg kering. Keluar
skit belah malamnya. Aku pegi gak keje sebab ingat dah ok.
Sampai kat ofis baru je duduk dalam beberapa minit rasa ada
bleeding lagi. P check kat toilet mmg byk jg keluar.
So p klinik sebelah ofis, dia suggest p hospital.

Dalam kol 11 aku kuar opis, dah siap2 call abg soh tunggu kat rmh.
Kami sama ke HTAR, Klang sebab kalau pegi swasta sure tak
de insurance coverage. Malangnya kat spital dia soh buat appointment
utk scan minggu depan 4 Ogos. Rasa sesia betul datang.

Abang pn tak puas hati. Dah le tak de tak dapat cuti. So p balik
klinik An-Nisa semlm . Baru le dapat pil utk kuatkan rahim dan
cuti 2 hari. At least adalah iktiar utk kasi rahim ni kuat.
Doktor kata bleeding ni ada 2 kemungkinan, mungkin hanya
simptom sementara atau treaten abortion. Yg mana satu tak
tau , ikut pada kesihatan janin.
Yang aku prasan aku bleeding bila berjalan byk, so kena slowkan
pergerakan buat sementara waktu. Hopefully semuanya selamat.
Amin...

Jul 24, 2009

Alhamdulillah


Sudah lama tak update cerita tentang perkembangan buah hati mama
dan ayah yang seorang ni. Alhamdulillah Sabrina skang sudah setahun
10 bulan. Sejak baik dari demam 2 minggu lepas, semakin berselera
makan minumnya. Kalau mama balik kerja kena belikan kuih atau
roti sebab dia mcam kelaparan je.
Padahal kat rmh ibu Wati dah makan. Maybe sebab lepas mkan nasi
petang , biasa Wati bawak dia main2 ngan kawan2 kat luar.
Banyak meloncat2 so cpt jadi penat.

Sabrina ni penggemar nasi dan mee nampaknya. Sayur pun dia
suka sangat. Alhamdulillah.
Moga sihat2 selalunya.

Alhamdulillah, syukur tak lama lagi Sabrina nak dapat adik.
Hajat dimakbulkan tuhan. Last week mamanya rasa tak sihat
sepanjang ayah kat hospital. Tiap2 pagi rasa nak demam je,
bila buat pregnancy test nampak 2 lain tapi satu tu kabur.
Masih tak yakin. Semalam mama cuba buat lagi, kali ni mmg
clear. Syukur kepada Allah.

Skang masih tak tau kena pergi training atau tidak. Kalau
pergi pun boleh seminggu je lah. Insyaallah kalau ada rezeki
anak mama ni dpt lah jejak kaki ke Jepun semula.
Kalau tidak pun mesti itu yg terbaik juga.

Jul 19, 2009

Ceramah Israk Mikraj

Buku bagaimana nak jadi kaya dunia dan akhirat tulisan
Ustaz Nik dan Ustaz Azahan. Amalan2 mudah seharian
utk memurahkan rezeki.


Alhamdulillah mlm tadi aku, suami dan Sabrina dpt menghadirkan
diri ke majlis ilmu di taman kami.
Ceramah mmg ditunggu-tunggu sebab dah jarang2 dpt hadir ke
majlis ilmu sejak kebelakangan ni.

Ustaz jemputan anak buah Ustaz Harun Din, Ustaz Nik.
Biasa dulu2 ceramah israk mikraj yg aku dengar bercerita
tentang pertemuan Nabi Muhammad S.A.W dgn nabi2 lain
disetiap pintu langit. Tapi kali ni agak lain sket, lebih disentuh
tentang kebesaran Allah dan bagaimana cara bertemu Allah
sebaik2nya dgn berpandukan peristiwa israk mikraj.

Antaranya mengapa masjid tempat persinggahan , kerana
masjid adalah rmh Allah. Org yg kerap ke masjid dia dekat dgn
Allah. Orang lelaki yg tidak betul tajwidnya tidak akan diterima
solatnya ketika bersendirian melainkan dia pergi berjamaah.
Dan org perempuan yang tidak menjaga auratnya walaupun
menjaga solatnya tidak diterima amalannya.

Sebaik-baik hamba adalah yg mengikut segala kata tuannya
tanpa apa2 bantahan. Kita sebagai hamba Allah perlu mengikut
segala perintah Allah tanpa apa2 bantahan.
Kerana Allah pencipta kita, kita mengakui kebesaran Allah
tetapi kadang2 kita merasa lebih besar daripada nya kerana
mementingkan diri kita dan benda2 disekeliling kita dan
mengambil remeh tentang suruhan dan larangannya.
Nauzubillah..

Sebenarnya banyak lagi ilmu2 yg dikongsi oleh Ustaz Nik.
Moga dilain kali dpt aku menghadiri majlis ilmunya lagi.
Sebelum pulang kami bersama2 berzikir.. sgt sayu dan seronok
sebab ramai org2 taman yg bersama2 disitu. Maklum lah
ceramah ditengah2 jalan, bila beramai2 berzikir terasa sgt.
Moga Allah memberi pahala yg byk kepada mereka2 yg
bersusah payah menganjurkan ceramah ini.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails