Oct 9, 2010

Konsert Maher Zain - akan datang...


Sudah beberapa hari Maher Zain datang ke Malaysia. Mula2  aku dengar beritanya
di TV9 minggu lepas yang mengatakan dia akan muncul ni Nasik Lemak Kopi 0
pd hari esok 10 oktober.
Selepas daripada tu di radio Ikim mmg byk lah di war2kan . Sempat juga aku dengar
temuramah dgn nya di rancangan Mesra Bersama Anis.
Dalam hati dok pk juga mcm mane nak dapatkan tiket2nya. Sayang sekali aku tak tau lebih
awal sebab minggu lepas tiketnya dah sold out.

Tapi Alhamdulilla 2 hari lepas, Kak Aida kata dia ada lebih 2 tiket. Alhamdulillah.
Tempat konsert pn tak jauh cuma di Shah Alam je.
So ape lagi terus book la. Dah dibayarpun semalam.
Hehehe.. Insyaallah dpt le dengar Maher Zain nyanyi live nanti.

Penyusuan - hand expression

Syawal dah pun berlalu. Tapi sayang sekali tahun ini tak dpt
menyudahkan puasa enam disebabkan hormon yang tak menentu.
Tak apalah dah ketentuan Allah.
Dah mmg di ketahui kalau brestfeeding sememangnya hormon bdn
jadi tak menentu.

Minggu lepas pum Ameda buat hal pulak. Sebenarnya lebih selesa dengan
suction avent tapi sebab aku pinjamkan pada kak long yang bakal menunaikan haji jadi
buat sementara ni pakai Ameda la konon. Tapi 3 hari pakai Ameda meragam pulak.
Sementara nak tunggu abg dptkan spare part kenalah guna tangan.
Nasib baik dah banyak kali juga perah guna tangan jadi tak dah rasa tension.

Hari pertama mmg tak biasa lagi.. setiap kali session cuma dpt 2oz. Jumlah
sehari cuma lebih krg 7oz.
Kalau dgn pum biasanya total akan dpt samapi 12-15oz.
Disebabkan Khalisha dah krg menyusu jadi tak lah merisaukan.
Hari kedua betambah ke 3oz. dah Hari ke 3 ade yg dpt sampai 4oz satu sessi.
Alhamdulillah. rasa senang jugak guna tangan. Tak payah basuh pum.
hihihiih..tapi lambat tu mmg tak boleh dinafikan la.
Apapun aku bersyukur dpt lagi menyusukan Khalisha sepenuhnya.
Harap harap dpt disempurnakan sehingga 2 tahun kelak.

Oct 1, 2010

Rumah terbuka 2010

Alhamdulillah pada Ahad lepas, dapat juga jemput saudara mara, kawan2 dan jiran
ke rumah. Kononnya rmh terbuka la.. hehehe..
Menunya
1. Nasi lemak
lauk ayam berempah dgn telur rebus.
2. Laksa
3. Lontong dgn kuah kacang dan kuah lodeh ( menu mak)
4. Dadih coklat dan mangga
5. Kek coklat
6. Buah tembikai

Kak Mah ( kakak abang) dgn Mak dan anak2 kak long dah berkampung
kat rmh sejak hari sabtu lagi. Kebetulan hari sabtu sampai hari ahad,
mak mertua, kak long dan mak ngah pergi kursus haji perdana kat
stadium shah alam ( insyaallah 11 oct ke Makkah), jadi adik beradik
abang nak jumpa la mak diaorg sekali.

Antara kenkawan yg datang
1. Batch14- Rusma, Zarina, Izan, Naa, Anie, Ujen sekeluarga
2. Batch 13- Kak Ruhaida dan kak Isma sekeluarga
3. Officemate - Hazizi, Fauzi, Jeya
4. Ex-jhrs - Farid, Nizar, Konaka

Sabrina dan Khairi anak kak long

Ex-officemate, Konaka dgn anak kembarnya. Wifenya kurang sihat..

Dewi anak kak Yaya

Kak Ijan ( kak abg) ngan Mak mertua. Mak kepenatan balik dr kursus.


Tolong pangku anak Ujen, Qismina. Slalu pangku baby kecik je.. hehehe.. semangat dia.


Ja, Umi, Sofea dan Fauzi




Anie dtg dengan opah dan maknya.

Kak Awa ngan anak2nya



Kak Mah - tukang masak utama. Makan rambutan cik kasi.


Antara tetamu yang hadir..


Dapat gak sabrina gambo same..kekeke


Sabrina ngan anak kak Mah, Mira.

Kakak2 iparku.. org kuat di dapur.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails