Aku keje mlm hari ni. Sempat lah jgk mencoret sesuatu perihal Sabrina.
Takut nanti lupa pulak. Kalau kat rmh skang tak sempat nak ngadap
PC lama2 pasal cik tukang mama tu sibuk nak menaip sama.
Skang ni apa yg org buat itu la dia nak buat.
Nak baca paper lah, nak main remote tv lah, nak main handphone etc.
Hihihihihi.. ayat yg slalu mama ngan ayahnya cakap..
"sibukkk jeeee".
Skang ni kalo mama ke dapur ke dia tak nangis2 dah selagi dia nampak
mama. Kalo dia ada mood merangkak le ngikut. Kalo tak dia perati
je la tunggu mama datang balik ke dia. Good girl . :)
Selsema sudah sembuh. Alhamdulillah. 2,3 kali aku dah kasi Sabrina
mkn pagi. Mula2 puree apple. Tapi pasal dia tak minat sebab manis
sgt kot. So campur dlm bubur masa lunch ngan petang. Suka lak dia.
Sebelah pagi kalo nampak dia lapar dan bgn awal kasi nestum sket.
Cuma bancuh ngan air panas je. Nak campur susu syg le pulak stok tu.
hehehe. lagi pun sblm mkn pg tu cuma syarat jek nyusu yang utama.
Buburnya aku dah tak blend or tapis. Cuma lenyek je. Carrot pun
dipotong nipis2 dan kecil2. Ikut pembacaan bagus utk gusinya. Giginya
still lagi 2 btg je di bawah. Gusi atas dah mula gatal2 pasal dia asyik
nak menyedut or main2kan lidah. Tak lama lagi la tu kot.
Lusa balik kampung. Seronok tak tengok keletah dia dpn org ramai.
Kot dah mau ke tidak dgn orang.
Jul 25, 2008
Jul 21, 2008
Selsema
Sabrina dan karpet baru.. kampung juga mari...
Sudah hampir seminggu Sabrina selsema. Walaupun tak teruk tp
merimaskan jgk. Kesian kadang tengok dia susah nak bernafas.
Kali ni tak bawak p klinik. Just habiskan ubat yg dpt sebelum ni.
Rasa berjangkit dgn budak2 kat rmh babysitter la ni. Ni takbest
nya ada budak ramai serumah. Kena kasi Sabrina susu byk2 lagi.
Moga tambah kuat antibodi. Sesekali aku kasi dia hisap buah oren.
Menurut sumber di internet, 10 bulan boleh dah test buah citrus
kat baby utk tgk dia alergi ke tak. Sabrina suka je. Problem takde.
Nampak lah kurang selsemanya.
Isnin 21 Julai. Cepat saja dah hampir ke penghujung bulan. Masa ni
abg tgh keje. hehehe. selamat berkerja.
Siang tadi aku mintak abg bwk ke pejabat pos klang. Claim rebet
petrol rm625. Mudah je prosesnya cuma nak ic dan cap jari. Tapi
lecehnya kena tunggu lama la. Sib baik abg kasi idea layan roti canai
sekeping. Tak le bosan sgt.
Minggu lepas aku keje mlm. Pagi semalam baru habis. Letih still
terasa. Maklum la 4 hari tak ckp tidur. Nak buat keje rmh jadi le
malas. Terutama memasak la.
Tengah hari smlm aku msk nasi je. Lauknya asam pedas 2 hari
sebelum. Abg pun keje sempai petang tu yg menjadi2 malas.
Petang lak ajak abg kuar makan mee goreng mamak je kat seksyen 7.
Sempat le beli keperluan kan pasaraya Bintang.
Sebelah mlmnya abg mskkan maggi pasal tak nak p kedai.
Pagi tadi ingat nak jamu abg dgn ketayap tp lempengnya asyik
melekat kat kuali je, terus hilang mood. Tu yang pekena roti canai.
Tgh hari beli lauk je sebab balik pejabat pos pun nak pkl 1.
Just msk nasik ngan bubur Sabrina.
Petang nyambung projek ketayap yg terbengkalai. Tapi abg
tak nak makan pun sebab nak p keje. Aku je la melantak sensorang.
Hope jadik susu la endaknye. hehehehe..
Jul 12, 2008
Sabrina 10 bln
Alhamdulillah anak mama hari ini genap 10 bulan. Semoga sentiasa sihat
dan aktif dan dilindungi Allah selalu. Jangan nakal2 yek..
Abg keje shif mlm minggu ni. Hari rabu mintak abg bwk ke klinik utk
timbang. Beratnya cuma 6.8kg, betambah 200gm dari 2 bln lepas. Tapi
fizikalnya nampak sihat je. Tak ada lah nak bimbang cuma perlu bagi vitamin.
Agaknya skang ni byk sgt menangis kot tu yg susut berat sket.
Next month nurse soh timbang lagi hopefully ada peningkatan.
Hari khamis aku keje shif pagi. Dlm 630pg dah keluar rmh. Aku datang
rmh Wati terus masukkan Sabrina dlm buai. Elok je dia diam. Dia rasa
tak selamat kot kalo Wati terus ambik. Tak pe lah yg penting dia tak
menangis sgt.
Mlm aku ambil dlm 830mlm. Sabrina dah tertidur dlm buai. Kalo aku
ambil mmg dia dlm buai lah. Tapi kata Wati, anak mama ni dah mau
duduk atas pangku dia, tapi tak boleh di tinggalkan. Macam kat rmhlah.
Kalo anak2 dia tinggal kan pun menangis. huhuhuhu.. haru betul.
Takut betul anak mama ni kena tinggal.
Hope tak lama lagi ok lah. Baca kat forum SI, mmg ramai anak2 yg
meragam, so bukan lah pelik benda ni. Yg penting kita kena sabar.
Kat rmh, sebab aku sensorang je mostly mmg kena berdukung tak pun
buat keje dekat dgn Sabrina. Kalo mandi mlm pun takat basah badan je
melain kan waktu pagi sebab Sabrina tidur.
Skang sampai je kat rmh mmg Sabrina tak sabar nak susu, mmg kena
layan dia dulu kalo tidak merengek je mintak susu.
Rindu sgt agaknya dgn mama. Lagipun dia cuma minum 3 botol (9oz)
je kat rmh Wati. Sesekali je 4 botol. Menahan haus kot sbb nak direct.
Mmg kesian pun dengar dia nangis. Kalo tak sempat pum kat opis
sebelum balik, pum sebelah time nyusukan Sabrina, cepat pun sket
prosesnya. Lepas habis pum , mandi lebih kurang baru makan
sambil pangku dia. Pastu tu kol 10 tido pasal Sabrina dah tak thn
kalo lambat. Tidur pun nak ngempeng je. Kerja2 rmh, persediaan bekal
ke rmh Wati aku siapkan dlm kol 2-3pg. Sib baik le bkn hari2 macam ni.
Mudah2an dipermudahkan segala urusan. Amin...

Subscribe to:
Posts (Atom)