Jun 30, 2009

Minggu2 penyakit

Sekarang sudah masuk minggu ke2 aku, Sabrina dan abang
ditimpa penyakit. Aku dan abg demam dan batuk , Sabrina
pulak demam batuk dan selsema.

Bagi kami dah dewasa ni tak de lah masalah sgt. Insyaallah
kejap je baiknya. Tapi bila anak kecil yg sakit, isk isk.. mencabar
jgk lah. Yang aku blajar org sakit sebab kifarah kepada dosa2nya.
Tapi utk org dewasa je lah kan.
Moga2 terhapus lah dosa2ku yang lalu. Aminn..

Sejak Sabrina batuk dan selsema seminggu lepas, selera makan
nampak sgt berkurang. Apa bg pun tak mau. Dah pandai bercakap
kalau kita nak paksa pn susah lah kan. Kang mau di baling2nya
makanan tu. Sib baik lah minum susu masih mau. Susu badan
mcm biasa. Sesekali dia mintak tunjuk gak nak susu tin, tapi
tak de lah minum byk sgt pun. Aku pun bancuh sekadar 2-3oz
tapi slalunya tak habis. Rasanya byk aku yg minum FM dari
dia kot. hehehe..

2,3 malam ni dah Sabrina jg dr jam 2-5pg.. Aku pun dah beberapa
kali lewat masuk ofis. Sib baik lah jenis keje yg tak strict sgt.
Kalo tak mau le kena tindakan.
Skang ni cuaca kalau belah petang dah kerap hujan. Kalau tak
hujan panas sgt la pulak. Sebab tu ramai yg jatuh sakit.
Selsema Babi pun dah makin merebak2. Eeee mintak2 kita
semua dijauhkan . Itulah , Allah pn dah bgtau babi tu punca
macam2 penyakit. Tapi ramai manusia ni tak paham2.
Di radio IKIM kata, babi hanya membuang 20% kotoran dr
badannya 80% lg tertinggal dlm bdn. Eiii.. kotornya.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap kejadian.

Jun 22, 2009

Gambar2 Khursus HPA

Wahyuni org Indonesia.

Kak Saira dan Kak Fauziah


Muzaiha dari Sg Besi


Kawan2 yg penuh dgn idea, Halijah, Zamzarina,
Muhaiza dan Hanim.


Kak Halijah ibu mithali dari Bangi.
Gambar-gambar sepanjang menghadiri kursus di Bangi.
Semoga ilmu yg diperolehi dimanfaatkan.
Semoga ukhwah sesama kita berpanjangan.

Jun 15, 2009

Kursus HPA




13-14 Jun aku menghadirkan diri ke PBC HPA dia Uniten Bangi.
Sebenarnya hari Jumaat aku baru confirm tempat. Maklum le
decide nak pegi pun last minute.

Sebenarnya ada member ofis kawen di Perak. Hajat di hati mmg lah
nak pegi sebab dulu dia dtg masa kawen. Tapi abg keje normal mlm
Ahad tu. Pulak tu dah 2 minggu dia cakap aku asyik soh dia
bawak ke sana ke mari. Terasa bersalah le pulak.
Walaupun abg ckp ala main2 tp kena paham2 jgk lah.
So minggu ni tak de lah ke mana ngan abg.
Sembang ngan Wati sanggup pulak dia jaga Sabrina kalo aku
p kursus. Isk.. isk.. bersemangat le pulak jadinya.

Alhamdulillah le aku dah biasa drive sensorang. So tak la takut sgt.
Yang penting naik highway lah. Bayar lebih tak pe la, janji selamat.
Nak ikut jln biasa bknnye aku paham sgt dr Klang.
Program dari 9pg Sabtu sampai 5 ptg hari Ahad.
Sebenarnya malam, lepas abis program bole pulang kalau dpt
kebenaran, mula2 mmg nak balik je sebab malas sgt nak pum susu,
maklum la dah sebulan pencen. Tapi bila masuk kol 10 program
akhir aku dah start letih le pulak. Rasa malas nanti nak peningcarik
jalan balik. Bila contact Wati katanya Sabrina pun ok je.
So lega lah. Tawakkal je lah.
Aktiviti pum susu buat kat bilik je lah.

Pkl 445 ada program Qiamullaill tp tak de rezeki pulak nak join.
So hanya dengar kuliah subuh je lah. Bagus sangat.
Penceramahnya adik Ustaz Asri Rabbani . Dia ni juga org HPA.
Yang lainnya program ni, semua motivator, penerangan dr org
yg berpengalaman dlm HPA sendiri. Tak de la motivator luar
yg tak tau ape2 benda ni.

Keseluruhannya, aku mmg seronok dapat join. Alhamdulillah
dikurniakan kekuatan walaupun aku loneranger je. Semua main
gamble. hehhee.. Walaupun abg tak join, maybe belum minat lagi
tp yg penting kata Ustaz , suami beri kebenaran.
Yes yes.. itu paling penting. Tapi kalau abg ada mesti lg seronok.

Aku sebenarnya berasa sangat insaf, terasa sgt lemahnya org
Islam. Berita dari Ambon dan Palestin paling menyayat hati.
Pembunuhan sesuka hati. Rasanya kalau kita bersatu, ekonomi
kuat, pasti org non muslim hormat.
Kagum sungguh dgn usaha pengasas HPA ni. Sudah lah pemurah
sangat. Pandanganya jauh, bukan harta dunia yg dipandang.

Iskk.. nampaknya sudah silap meletakkan matlamat.
Wang bkn segalanya sebab itu buat kita bahagia sementara saja.
Yang penting kita buat sesuatu utk umat Islam, rezeki utk kita
Allah tetapkan. Bila ada wang lebih penting kita dapat gunakan
ke jalan Allah, utk bekalan kemudian hari.
Alhamduillah syukur, sebab aku masih diberi kesempatan
untuk berubah. Masih diberi waktu. Insyaallah akan berubah.
Dari pakaian, perbuatan, cara hidup.. Insyaallah.

* utk yg mengenali andainya anda merasa sy masih sama,
tegur2 lah ye.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails