Showing posts with label Abang. Show all posts
Showing posts with label Abang. Show all posts

Sep 1, 2009

Second semester Ramadhan

Betul ke tajuk yg aku tulis?? hehehehee..
main hentam aje lah.
Sebenarnya nak tulis dah masuk 10 ramadhan yg kedua.
haaaa.. faham ke tak.
Ikut yg aku dengar hari2 11-20 ramadhan hari pengampunan
atas dosa2 yg kita2 lakukan jadi kena lah byk beramal dan meminta
ampun dari Allah S.W.T

Hari Sabtu lepas , mak aku selamat pulang dari mengerjakan umrah
dan berpuasa di Makkah. Mak kata puasa di sana mmg panjang dan
panasnya lain mcm, jadi nak kena kuat semangat utk menghabiskan
puasa. Utk elakkan penat mak byk habiskan masa di masjid aja
tak de berulang alik ke rmh kecuali masa2 perlu.

Yang seronoknya, utk berbuka ramai sangat org kaya yg bersedekah
jadi tak perlu risau. Mereka bulan2 puasa ni mmg pemurah. Lagilah
kalau org yg rajin membaca Al-Quran akan byk diberi sedekah
berupa air halia dan kurma utk berbuka.
Pendek kata yg mengerjakan umrah hanya pikir utk beribadat shj.
Alhamdulillah mak sihat dan selamat sepanjang di sana.

Mak sampai di KLIA jam 940pg. Cuma aku dan uda yg ada kat Klang
p jemput mak. Adik, kakak dan abg aku pesan jumpa kat kpg je.
Menjelang tgh hari kami selamat sampai di kpg.
Semer dah keletihan lebih2 lagi mak.
Utk berbuka kami masak bubur lambuk kegemaran mak dan pengat
pisang. Kuih muih beli saja.
Suasana mmg meriah sbb adik beradik 6 org bersama anak2 ada
kecuali abg Moen.

Ingat kat nak tidur di rmh mak, tp lepas Isyak dapat panggilan dr
abg dr rmh mak dia, katanya tekaknya berdarah banyak. Nasib baik
Uda ada jadi mintak uda hantar ke sana.
Tekak abg mungkin kekeringan kot, ada ketulan2 darah yg keluar.
Mak mertua aku mmg lah risau sgt tp aku tak panik sbb dah pernah
terjadi sebelum ni. Utk berhentikan darah tuam ais kat tengkuknya.
Lepastu bawak abang ke klinik di SB. Tapi klinik kata tak de ubat nak
berhentikan darah di suruh refer ke hospital.
Sebab tak lama pastu darah berhenti keluar, jadi abg ajak balik rmh.
Sebenarnya tak berhenti sepenuhnya pun masih keluar sekali sekala
bila abg batuk. Hampir tgh mlm baru berhenti.
Tapi msa tu aku dah tertidur ngan Sabrina. Tau cerita bila bangun
tgh malam utk solat Isyak dan sunat Terawih.
Harap2 sakit abg lekas2 sembuh.

Jul 18, 2009

Seminggu yang sibuk

Hari ini Sabtu 18 Julai 25 Rejab baru ada masa nak posting
kat blog ni semula.

Hari Isnin lepas abng di tahan di wad. Mmg dah tau akan msk
wad pn sebab tonsilnya dah merebah ke dua2 belah anak
tekak. Doktor nasihatkan utk dibuang, tp tunggu bila baik dulu.
Ingatkan msk 2,3 ari je, rmhnya hari Jumaat, semalam baru
doktor kasi kluar.
Nak cukupkan dos ubat.

Hari2 minggu ni aku balik pkl 5 sbb nak jgk abg. Hari selasa
lepas mak dtg dari kpg dgn yem dan cik. Sempat kami bwk
abg kluar mkn kat sek 24.
Hari lain cuma aku je la dtg . Kenkadang ada kenkawannya.
Family abg tak de yg datang. Tak de kesempatan.
Mak mertua tak diberitahu awal sebab takut dia risau.
Org tua ni risaunya lebih sket, itu pun tahu dah abg nak kluar
spital dah tak makan dia. isk isk isk..

Hari minggu ni hari mengemas rmh lah.. baru habis membasuh
baju yg melambak, dan mengemop lantai.
Dua tiga ari ni rasa tak sihat.. tah apa la tanda. Hope tak de
ape2.
Kat opis, sibuk ngan meeting, ada cadangan nak hantar aku
ke Jepun 2 minggu. Utk training projek baru yg akan di
tranfer ke sini. Dah tanya Wati katanya tak kisah nak jaga
Sabrina. Pasal katanya Ina tk banyak ragam.

Aku risau gak le sebab dia malam masih menyusu badan.
Tah tau lah.. masih lagi berfikir. Kalau mintak seminggu je
mmg rasa alang2 nak training, tp sebab anak tak bole pulak
nak pentingkan diri sendiri je. Takut aku pn tak boleh tahan
rindu kat Sabrina.
Moga dipermudahkan jalan.

Apr 15, 2009

Suamiku

13 April Isnin...Keje bole dikatakan free sebab selain aku ada 2
org lg yg keje shif siang yg buat account yg sama. Lepas seminggu
yg sibuk mmg sronok sgt skali skala rasa free. Sempat la baca
blog dan forum yg dah lama tak masuk. hihihii..

Pkl 530 sharp aku dah kuar opis walaupun dtg lambat. Tak sabar2
nak balik. kekek.. aku call abg, belum pegi keje lagi. Katanya maybe
pegi lambat sebab hari nak hujan. Makin seronok la sebab bole
la sama2 g pasar malam.
Leganya jalan tak jem sgt 630 dah ambik Sabrina. Sampai rmh
abg ada lagi tak bersiap.. hehehe.. mmg sah tak buat OT la tu.

Sabrina suka sgt la nampak ayahnya, bole jalan2 lama kat luar.
Aku masuk rmh, tgk bilik ke2 dah kemas dan lapang. Amboiii..
rupanya suamiku ini mengemas rmh. Gembiranya hati tgk
rmh makin lapang. Minggu lepas masa abg MC sebab alergic
dia ubah susun atur perabot kat living room.
Trima kasih trima kasih ye bang. Nak harapkan aku nak ubah
itu ini mmg tak terbuat la kot. Seronok sangat2 rasanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails