Buah hati mama dan ayah

Lilypie Breastfeeding Ticker

Dec 8, 2009

Sabrina di hari raya korban











Sekarang ni bertambah2 kurang masa utk update blog nampaknya.
Kerja bertambah2 sampai kena access kat rmh jgk. Kalau tidak makin
bertimbun2 rasanya. Tapi sebab ada team work, kerja byk pun tak de
la rasa nak berhenti pulak. hehehe..
Cuma sedihnya kompeni tak de kenaikan gaji lagi kabarnya.. huhuhu..
Moga2 Allah murahkan rezeki anak2. mungkin dgn cara lain.
Insyaallah.
Btw, gambar2 kat atas di ambil sehari sebelum dan selepas hari raya
korban yg lepas. 27 Nov 2009. Yang syoknya kali ni aku dah tak pyh
apply cuti sebab cuti dah ikut Malaysia pulak. Alhamdulillah.
Senang le hati sket.
Gambar Sabrina berbaju tidur tu sebelum hari raya. Dia main2 kat
dpn rmh sementara tunggu mak Udanya sampai. Aku terpaksa tumpang
kakak sebab abg keje sampai pg raya.
Gambar yg pakai gaun tu, hari raya ke2 ambil depan rmh Cik Wok,
mak sedara abg kat Janda Baik Pahang. Bawak mak abg p jalan jumpa
adik beradiknya. Tempat yang sangat menarik. Betul2 suasana kpg.
Ada mcm2 pokok buah2an, kolam ikan, reban ayam kpg, ayam belanda
dan lembu yg byk. Cuma gambar2 tu tak ambil la pulak. Kecoh layan
Sabrina psl ayahnya sibuk kutip buah langsat.
Tanoshikatta.



Nov 18, 2009

Demam panas

Rabu 11 Nov.. Bdn terasa sakit2 dan panas bila bangun tidur.
Rasanya dah demam tapi sebab hari tu kena jaga call interview utk
validation bdk2 baru, so gagahkan diri jgk lah.
Kigen mmg warui la.. sudahlah shif member cuma 2 org aje,
dua2 dah msk kategori senior tapi yg sorang tu berkira sgt tang
keje kononnya psl dia standby aje.
Huhhh.. ikut kan hati mau aje aku ngamuk, tp sbb malas nak pjg2kan
sabo je lah. Akan datang tau lah akibatnya pilih2 keje nih.
Perangai org ni yg lebih membengangkan dari urusan keje tu
sendiri.

Pkl 4 baru aku dpt kuar dari opis.. sambil bawak pc balik.. rasa nak
tumbang pn ada. Panas pulak tu kat luar.
Ukur suhu kat klinik 38'. Patut lah.. doktor kasi panadol ngan ubat
sedut utk selsema kalau perlu. Baby bole stress katanya time ibu
demam, tp alhamdulillah pergerakan masih di kira aktif.
Kebetulan esoknya mmg ada plan medical check up, so dpt MC
2 hari sng lah. Kalau larat may be nak keje separuh hari tgk bdn.

Khami 12 Nov.. badan masih lagi panas2. So cancel p keje cuma p
check up aje. Pergerakan baby ok. Berat turun sekilo since check up
2 minggu lepas. Looh.. bole turun le pulak.
Maybe sebab makan skang tak menentu. Keje sibuk sampai tak
sempat nak mkn. mmm beza betul ngan masa pregnantkan
Sabrina dulu. Insyaallah lah lepas ni kena lebih hati2 bab2
kesihatan nih.

Nov 10, 2009

Pengalaman baru yg menyibukkan

Sekarang ini terasa betapa sibuknya keje. Dulu cuma terlibat dgn
operation aje, tapi bila masuk ke managament team hmmm lain
betul kesibukkannya. Kesibukan yg org tak nampak kot.

Tapi sibuk2 pun sebab satu pengalaman baru, seronok jgk
la walaupun letih. Dulu tak paham kenapa Kaoru sanggup buat
keje kat rmh, rupanya mmg tak sempat nak habis keje kat opis.
Mail dari admin jepun macam2 nak settle, plus meeting ngan
jepun ngan manager kat sini lagi.
Pulak tu bila masuk org baru aku still lagi kena handle training.
Selain tu dah di beri tugas utk interview org pulak.
Hahahaa.. kelakar lar pulak jadi interviewer nih.
Mula2 aku pulak yg kincho rasanya.. tp msk interview kedua
dah boleh biasakan diri. Bole agak le ape nak di tanya.

Cuma skang ni asyik balik keje lambat. Sebabnya byk keje tak
settle. Rasa kesian pulak kat babysitter Sabrina. Sib baik la
Sabrina dah besar sket sng nak melayan. Mama kena la kluar
duit lebih utk bayar babysitter 2,3 bulan ni kot sementara nak
siapkan projek yg baru nak start. Rasa mcm nak ambik org
gaji je, tp kenkdg still rasa ok je sebab keje rmh tak le byk sgt.
Lagipun kewangan abg blm stabil hihi.. tak dpt nak membantu lgi.
Sabo je la beberapa bulan lagi. Hopefully dipermudahkan.
Aminn...