Feb 23, 2008

Jemputan umrah

Jumaat 22hb....Aku kuar dr ofis kol 730am. Paling lambat stakat
ni. Tunggu2 next shif member tak de sorang pun muncul. Psl
dah nak ilang sabo dah, just fwd the phone,pas tu blah.
Slama ni aku jek dtg lambat, bila org lain lambat tau lak marah.
kekekekee...
Okey okey lah.. lantak korang le nak lambat.

Sampai rmh 830am, abg tgh godek kete dia. Tak abes lagi rupe
nye keje. Biarkan je lah. Aku siap2 mandi, bancuh air n ajak
abg breakfast skali. Menu roti telur ngan mee goreng smlm.
Abes mkn, p ambek erin dlm kol 9. Balik rmh main2 jap ngan
erin sambil nonton oprah. 2,3 minggu ni aku jrg miss oprah
show ni. Baru le rasa best pasal topiknye luas. Minggu ni pasal
oprah ngan bestfren dia grace (ke gracie) driving merentasi
amerika slama 11 hari. Citer la dia dok singgah sane sini.
Buat kejutan kat sana sini. Yg aku syahdu sgt ni, bile oprah bg
kete chevrole ( spelling??) yg dia gunakan tu kat slh seorang
peminat dia. Actually kwn peminat dia yg mail, bg tau pasal
kesusahan hidup ponpuan ni nguruskan anak dia yg cacat
ngan bapak dia yg sakit tanpa kereta. P keje pun terpaksa
tumpang2 kawan tp still buat keje 2 shif sehari.
Mulianye la hati oprah aku rasa. Tapi kete tu pun sponsor la.
Kalo aku kaya.. aku pun senang2 je kasi ribu riban kat org ek.
tah bile lah tu.

Dlm kol 10 aku buaikan erin sambil ngelap airmata. Heheh tak
abes syahdu tgk oprah. Erin pn pelik jek tgk mamanya nangis.
Sib baik le tak leh ckp lagi. hahaha.. malu pun ade gak.
Tak mau lak erin dok dlm buai, so kuarkan je la same2 baring
atas tilam. Aku susukan tak mau lak dia sbb still kenyang.
Biar lah just peluk2 je terus aku lena. hehehe..
Rasa 2 kali jg nyusukan, kol 2pm baru le bukak mata betul
psl erin pn dah stat membising. Boring kot tido jek.
So bangun le layan erin, mkn keropok wat alas perut. Memsk
mmg le malas. Kol 4 aku kejutkan abg soh p beli nasik. Lapau
dah. Abg beli nasik ayam 3 bungkus ngan murtabak.
Nasik ayam tu saje aku pesan lebih psl nak bwk p opis.

Lepas mkn, mandikan erin siap kan brg nak bwk rmh kak ema,
pum susu nak bwk p keje. Sambil2 tu tgk gak tv astro oasis
siri jemputan umrah. Aku dr pg smlm tetiba mcm teringin sgt
nak p umrah. Simpanan pun dah ckp sgt. Rasa2 next year ke
leh le pg. Pepandai je.. kebenaran suami tu tak de lagi camno.
So ckp le ngan abg psl hasrat hati ni, abg tanya bila , aku ckp
le tahn dpn. Leh le ajak mak dia ke skali. Erin pn boleh bwk
jgk. Abg cuma diammmmm je. Tak tau le maknenya ok ke tak
tunggu je la dulu.

Moga2 termakbul lah hajat, tapi sblm pegi persiapan hati tu
kena la ckp ekk.. nak kena slalu la ngaji, solat taubat utk
membersihkan hati ni. Maklum la dah bermacam2 dosa di
buat sepanjang hidup ni. Moga2 masih ada ruang pengampunan
untuk ku. Aminnnn...

Feb 22, 2008

Panduan

Hari ni mlm pertama keje. Minggu ni keje 3 mlm. Tak ade ape
nak di ceritakan sgt. erin mcm biasa la jerit2 kalo dah bosan
meniarap. Kerenah anak2 kenalah sabau. Sib baik abg pn shif
mlm minggu so bila dia jaga dr tido tu leh le tolong jg anak.

Pagi ni , dok layan SI.com . Jumpa posting menarik psl petua
nak elak anak dr ganguan mahluk halus.

Posting ibu khauthar.. kalau terbaca blog ni hrp tak mrh yek.
Malas nak tulis balik so copy n paste je la.

"" pesan ustaz saya dulu...anak2 yang dibawah usia 60 hari seeloknya janagn di bawa berjalan(kalau boleh la,kalu takde kecemasan yang menyebabkan perlu keluar rumah).kecuali pergi hospital dan yang seumpamanya.kalau nak keluar juga jika perlu,ibu dan ayah perlu ambil wudhu' dan sapukan air wudhu' itu pada ubun2 anak sambil baca ayat Kursi.saya sendiri tak pernah bawa Kauthar pergi pasaraya sehingga dia berumur 5 bulan. mungkin ada pandangan yang mengatakan kalau begitu nanti anak kita tak pandai bergaul n tak mesra.maaf kalau saranan saya ni ada yg tak setuju,saya sekadar berkongsi sedikit ilmu.. hikmah di sebalik nasihat ustaz saya itu ialah kerana jin dan makhluk halus gemar mengganggu bayi yg muda,kalau tak effect semasa kecil kadang2 ada jin yang tinggal pd baby tu sampai besar baru nampak mcm ade yg tak kena.ini pengalaman saya sendiri melihat pelbagai jenis gangguan jin.nanti anak jadi tak minat solat, tak minat mengaji, takmo sekolah,asik gaduh dgn adik beradik,pemarah,baran..kesian kat anak tu nanti.tapi kalau emergency kena juga bawa keluar especially malam.., amalkan lah yang saya pesan tadi. boleh juga ambil segenggam biji lada hitam, goreng atas kuali tanpa minyak,letak dalam kain buat bunjut,baca ayat Kursi dan selawat hembus padanya.bawa bunjut lada hitam ni kalau nak keluar malam.Syaitan dan jin tidak suka pada lada hitam dan juga bau Sandalwood. kalau ade kawan2 atau sedara pegi mesir, order cincin kayu koka-kayu yang digunakan untuk buat bahtera nabi Nuh AS-. Syaitan dan jin tak suka bau kayu ni.""

Feb 20, 2008

Erin pelbagai gaya


Erin mood baik lepas nyusu. Yang gambar dr tepi tu tgk tunjukkan
ke'terer'lannye bermain mulut.


Tengah leka belek toy kesygan. Bile boring belek jari lak. Skang cuma
belek jari kiri je sebab tgn kan dah ade gelang hadiah kak ema.
Agaknye tunggu gelang kiri lak kot.. kakakakaa..


Ni baru tangkap aksi meniarap. Leka main je so tak nak pandang
kamera lansung. huhuhu...










Off day

Rabu 20hb... hari ni hari ke 4 aku off. Malam esok aku mask keje semula.
Terasa lama pulak off day kali . Padahal same je mcm sebelum ni.
Urusan basuh membasuh aku dah stat sejak hari ahad lagi , so
sampai hari ni semer baju dah siap berbasuh. Sempat le basuh lap
kaki yg dah berbulan tak cuci tu. kekekeke..

Rutin harian aku cam biasa lepas subuh stat membasuh .
Abg shif malam, so balik keje dlm 8 pg dah siap beli sarapan. Nasi
lemak or roti canai. Takut gak gemukkk .. tapi sedap. Kejap je lapar.
Lepas sarapan sambung lg membasuh. Kalo erin dah jg aku mandikan,
susukan, layan main. 2,3 hari ni abg dok bz tukar absober kete dia, so
tak dpt nolong layan erin. Kol 930 ke 10pg erin tido balik so br aku
sidai baju.
Erin skang dah rajin meniarap, tp pastu nangis marah pasal tak bole
mara. kekeke. kena la pjk2 letak mainan dpn dia or ckp ngan dia.
Kalo dah tak mau stop nangis kena la telentangkan balik.
Tah brape lame la proses nak mara ni yek.

Lepas mandi,layan pc jap baru le masak. Stat minggu lepas aku slalu
ym ngan member kmpng Rin. Dia br msk keje lepas habis maternity
leave. Tgh bergelut menckpkan ebm utk babynya Ammar Faris.
Seronok bila member baik sesama nak continue bf nih. Walaupun
kenkadang kena top up formula, tp dia tgh usaha ckpkan ebm.
Aku ni dok sibuk soh org tambah sessi pum, aku lak yg krg pum
kat rmh. 4 hari cuti ni 6 kali je pum . Isk isk kemalasan yg patut di
hentikan. Tapi kdg rasa keje pun mcm part time je, yakin bole
direct feeding slalu. Pasni kena gak rajin at least 2 kali pum.

Btw, smlm aku lepas sama geng ibu kat dpn rmh, ramai yg kagum
bila tau erin just minum susu bdn je. Pastu org puji tulangnye keras
dan ototnya pejal. Syukur alhamdulillah. Berkat susu mamanye la tu.
Rasa puas gitu. hehehe...

Feb 16, 2008

Demam lagi

Hari ni hari ke3 aku shif malam. Baru le ade mood sket nak
update blog. hehehee..

Rabu 13hb...Ada appointment ngan klinik utk injek erin. Patut
nya last week tp pasal minggu lps demam so tangguh mgg
ni la. Abg keje so kena la gak aku bwk erin sensorang. Kol 10
kuar,sib baik le erin elok je baring kat seat. Aku ada gak try letak
dlm bbycar seat yg beli dr Vivian fabulousmom tu, tp tak seswai
lagi.Aku kat klinik kejap je sebab just nak injek. Timbang semer
dh buat. Erin nangis sket je, lepas kasi nenen terus senyap.

Balik rmh terus bg erin mkn ubat. Pastu tidokan. Aku pun tido
le skali psl mlm nak keje. Dkt kol 2 bangun. Mkn ape yg patut
kemas2 botol susu semer. Main2 ngan erin. Masa tu aku prasan
bdn dah stat panas. Biar je dulu.. sampai petang makin pns
lak. Alah.. risau le pulak. Tak de mood nakkeje. Kol 5 aku cal
opis, kak cat jawab. Katanya tengah bz nak carik org ganti
kan teammate aku Sio. Minah tu still sambut CNY lagi. mmm
susah le camtu. TL pun sms susah nak kasi cuti. Kol 530 ks
erin ubat lagi. Terus dia muntah. Tak lama tu yak yak pulak.
Rasa panas dah kurang. Lega lah sket. So p keje gak.

Nak jadik citer aku tertinggal handle pum lak. Tension btol.
Abg ada kat rmh, aku ngadu la kot2 dia nak hantar kan..
hmmm.. tak maunye. tak pe lah...
Aku try perah pakai tangan dpt le ciput dekat 10z mula2.
Pastu baca balek article kat internet 2nd session dpt le jgk
2oz. Tapi mak aii sakit tengkuk. Pastu malas nak perah.

Khamis 14hb...balik rmh mmg tak de benda lain ku ingat la.
Abg tak p keje lagi pasal terlwt bgn tp tak sempat aku nak
sembang. Abes je mandi terus pum. Br nak stat pum kak ema
ks tauerin dah bangun. Tp aku teruskan gak, tak leh tahan. Dpt
le6oz 2omin. Lega sket. So stop jap p ambek erin. Layan erin
jap, kasi dia nyusu. Erin still tak recover sepenuhnya dr demm
so ade la rengek2 lebih sket. Layan je la.
Bila erin tido sambung blk pum.Dapt 2 oz. ok le. Aku lak letih
aku pun join tido.

Feb 8, 2008

Alhamdulillah

Khamis 7hb Februari.. Hari ni CNY 2008. Org lain stat cuti
tapi aku lak stat keje. Kekeke.. sokmo menongkah arus.
Dah rezeki camni. Sebenonya tak le seronok sgt nak keje
arini walaupun leh dpt duit lebih. Erin baru je nak sihat
risau gak nak tinggalkan kat rmh org. Tapi tak de org
nak ganti terpaksa la keje jgk.

Aku dtg keje lambat 2 jam. Sebab erin meragam gam mlm
tadi. Susah sgt nak tido. Abg tidokan lepas magrib sampai
kol 10 dia terjaga. Masa tu abg baru nak p keje. Tak pe
lah aku ambek turn jaga. Tapi tak mau lak tidonya.
Lepas susukan, dah tak mau baring. Buai salah, dodoi
salah. Kejap2 menangis kejap ok.
Kol 12 baru le dia tunjuk tanda2 nak tido. Aku masuk
kan dlm buai, tp tak lama lepas tu mercun pulak
berdentum dentam. Heeeee.. kacau betul la. Mau je aku
saman diaorg ni. Puas le aku buaikan erin sampai 1 pg.
Bila tgk dia lena baru le aku terasa letihnya.. terbrg
tepi buaian. Aku cb nak baringkan kat tilam tapi tak
mau pulak. So sepanjang mlm erin atas buai je lah.
Kol 8 aku hantar erin rmh kak Ema.Aku bgtau lah siap2
condition erin, takut gak le dia meragam sgt nanti
teruk lah kak ema jaga. Dah le tgh pregnant.

Dek sebab keje bz sgt, aku tak sempat nak call kak ema.
Pum susu pun cuma dua kali. Tapi dapat jgk le 12oz.
Hisss.. tak boleh slalu cam ni. Pasni kena jaga
schedule pum supaya tak terlepas.
Ms ambek erin, kak ema kata dia tak meragam sgt pun.
Petang je tak nak di letak. Sebelah pagi dan tgh ari
dia bantai tidooo je. 3,4 jam tido. Menyusu pun cuma
4 botol je.
Malam erin dh ok sket. Kol 10 dah tido. Sblm mlm
kerap sket terjaga nak nyusu. Agaknya psl tak ckp
siang. Tak kisah le bkn aku kena bancuh pun. Nyusu
baring je, so aku leh rest skali. Alhamdulillah erin dah ok.

Feb 7, 2008

Erin demam

Isnin 4hb... aku masih lagi kampung. Balik ke meru ptg nanti
sebab abg keje mlm ni, aku pulak off sampai rabu. Erin bangun
kol 9pg, Lena je dia tido mlm tadi. Lepas sarapan kat rmh mak,
kitaorg kemas2 barang nak p rmh mak abg semula. Kol 11 kuar,
p terus ke butik Avon dulu. Beli waist girdle. hehehe risau le
ngan perut yg tak surut nih. Semalam dah beli losyen halia,
hope combination dua benda ni berkesan lah. Hope aku tak pakai
separuh jalan. Ngeh ngeh ngeh..

Sampai rmh mak, aku terus tidokan erin yg dah merengek
mengantuk. Pasal buaian tak bawak so kena la tidokan kat
atas tilam je. Hmmm lama jgk le aku susukan tepuk2 nak ks
lena. Tapi bila lena, aku gerak sket je dia terkejut. Bunyi ayam
kokok pun terkejut. Hisss.. susahnye lah. So kena la aku, abg,
mak mertua gilir2 jaga. Bila terkejut je kena cepat2 tepuk ks
lena semula.
Pkl 4 ms nak balik, abg tegurkan badan erin yg dah rasa dedor,
nak demam. Susah hati aku. Hope dia cpt baik.
Dekat pukul 6 dah sampai meru.

Abg kuar lepas magrib. Kata abg tak boleh cuti sebab teammate
kena gantung keje. So harapkan dia la. mmm kena la jaga erin
sorang2. Erin dah setat merengek2, tapi mau jgk la tido.

Selasa 5hb.. tgh mlm aku rasa bdn erin mkn panas. So aku
stat letak tuala basah kat kepala dia. Kol 4pg panaass sgt,
termometer lak tak beli2 lagi, tah brape la suhunya. Aku sms
abg bgtau condition erin. Tak lena tido sebab kena sokmo
monitor erin. Kol 6 aku call abg suh cpt balik, tak sabar nak
bwk p klinik. Abg soh tunggu sampai kol 7.
sat kol 7. 730 abg dah sampai rmh. Cepat dari biasa. Masa tu

erin lak sibuk nak tido. So tidokan je la dulu.
Kol 930 bwk erin ke klinik firdaus, doktor check suhu 38.5
yg lain seme ok. Cuba dikasi ubat demam yg minum tu je.

Petang demamnya tak surut jgk. Aku cuba susukan sebyk
mungkin. At least sejam sekali, kenkadang stgh jam skali.
Risau sangat sebab tak pernah mcm ni. Tak putus2 aku doa
moga erin lekas sembuh. Kalo boleh dipindahkan kepanasannye
ke aku pun tak ape.
Abg p keje awal dr biasa sbb nak ambek rim kereta kat
bengkel. So dr petang ke mlm cuma aku ngan erin lah.
Sesekali meragam jgk la dia, tp insyaallah bole tahan.
6jam skali aku kasi ubat. Biasa lepas mkn ubat dia muntah.
Berak pun berkali kali, hope cpt lega lah.
Erin ni walaupun badan panas mampu lagi gelak2 mcm nak
ajak main, isk isk.. nakal. Cuma tak bole langsung tinggal
sorang2. Sure menjerit.

Rabu 6hb.. menjelang subuh kepanasan erin rasanya meningkat.
Aku mmg tak berenti letak towel lembap. Rasanya ok lah jgk.
Sib baik erin msh boleh tidur walaupun tak selesa. Aku tak igt
tah bila masa aku tido. Rasanya tiap jam berjaga. Moga2
diberi kekuatan hendaknya.
Hari ni mmg tarikh utk check up erin kat klinik. Dah nak msk
5 bln. Sblm p klinik aku ks erin ubat. Dia muntah lagi. Plus
berak pun banyak. Panasnya rasa berkurangan.
Dlm kol 1030 p klinik, timbang 5.5kg.
Suhu badan 36.5 darjah Celcius. Turun lah . Patutnya ada
suntikan ari ni tapi aku mintak tangguh seminggu. Biar lah
erin betul2 sihat dulu. Kesian dia.

Petang abg ajak p rmh bidan kat jalan TAP. Nak mintak
air jemput semangat.. Iktiar lah sebab erin still cpt terkejut2.
Mcm lemah semangat. Jiran kitaorg Saiful yg tnjkkan jln.
Bidan tu namanya makcik Salabiah. Baik orangnya.
Dia pun demam. Hehehe.. ye la doktor pn sakit jugak.
Mula2 erin di urut sebelah belakang. Katanya tulang belikat
tersalah. Maybe pasal erin nak meniarap. Pastu di sapukan
kunyit dan kapur, kat beberapa tpt badan erin, jd merah
sgt. Kata makcik tu itu tandanya ada "benda" yg berkenan.
Entah lah. So makcik tu kasi le air penawar untuk mandi
dan minum. Since erin nyusu bdn, aku le yg minum.
maybe kasi sikit kat erin. Rasanya tak menjejaskan suply.
Buat syarat je. Mudah mudahan erin lekas sembuh.
Esok rasa nak cuti, tapi tak de pulak org nak ganti. Hope
erin tak meragam lah kat rmh kak ema.

Feb 5, 2008

Balik kpg


Erin bersama makcik2 dan sepupunye kak Dewi dan kak Anis.


Sabtu 2 Februari... sekejap saja dah bulan 2 ye. Hari ni hari last keje
utk minggu ni. Tak sabar nak cuti. Hari ni ada 3 report kena buat.
Kalo last month Razak tolong buat, kali ni kena ganbaru sendiri la kot.
Aku dah ready beli roti, nasi lemak kat PBD before dtg opis.
Kol 8 sampai kol 12 aku dpt siapkan 2 report. Pum kol 10 pun tertunda
sampai kol 12 sebab aku tak boleh tinggalkan PC lama. Nak teruskan
dgn report ke3 dah rasa tension so, aku stop mkn nasi lemak n p
pum kat surau. Dapat la 6oz walaupn dr pg tak pum.
Balik sml ke opis stat report ke3, report marketing lebih sng sbb run
skrip kat unix server ikut manual. Tapi sesekali tak keluar error ape2
tu yg bengang je. Dah le tak pandai sgt psl unix ni, sib baik le razak
ada tinggalkan manual dia. Aku pn dah malas nak piker sgt error tu,
janji siap sampai habis sudah lah.
Kol 430 ptg siap semer nye. Rasa nak tumbang je, letih betul. Letih
berpk sebenornya.
Aku p pum susu dah solat asar. Pastu p PBD beli kek kat secret recipe.
Beberapa hari ni aku teringat nak mkn kek. Since nak balik kpg, so aku
beli la seketul bole la sama2 merasa nanti. Masa beli kek abg call, ckp
nak p ambek kak yaya nak sama blk kpg. Psl aku dah dkt ngn rmh kak
yaya so aku offer kan diri ambek kak yaya.
645ptg aku cabut balik. Terus ke damansara damai. Sampai dkt magrib.
Kak yay dah ready ngan anaknya dewi. Otw tu call abg, dia kat shah
alam lagi. Tayar pancit pulak. So aku le ambik erin dlm 815.
Abg kol 930 baru sampai. Kesian dia, sure tension sgt. Kata abg kete
terlanggar lubang ms p keje, sampai rim bengkok. Hmmm duit lg.
Kol 10 bertolak blk kpg. Kelam kabut gak ms nak keluar sbb hjn.
Sampai kpg kol 1130. Tido kat rmh abg. Baru perasan kelambu, tilam
erin ngan beg pumsusu tertinggal. Alahai.. mintak2 le tak sakit nanti.
Sib baik kelambu anis ank kak ijan ada. Kak ijan sefamily dah sampai
kampung pg td. Meriah le sket rmh mak kali nih.

Ahad 3 februari... tak de ape nak tolong pg2 ni. Mak dah siap goreng
nasik. Lepas tu kak ijan lak goreng pisang. Erin elok je pg nih, tak
byk kerenah. Seronok la kak ijan melayan.
Kol 10pg aku blk ke rmh mak pulak. Uda ngan kak long ada.
Bawak kek sekali. Kek yg beli smlm
simpan dlm kete je mlm td, pg ni tgk dah cair sket. Mak ada msk bubur
asyura. Kol 12 upacara ptg kek bermula, kek lom le keras sgt tp since
abg nak cpt blk rmh mak dia, so potong je la. Bkn abg pun ptg, anak
sedara aku ijah, arif ngan mira yg mengadap. Mmg nak jamu diaorg
pun. Tak lama pas tu mkn nasik pulak. Abg dtg balik, so mkn skali lah.
Lepas zohor abg balik rmh mak dia, aku tidokan erin sambil tido skali.
Dlm 530 abg dtg semula so ajak le jalan ke sg besar. Kat pdg ada
pameran ape tah. Nak perkenalkan produk2 sg besar kot.
Kol 7 blk rmh. Uda blk ke klang lepas dinner. Tak lama pastu kak long
lak blk. Sunyi balik rmh mak. So sng je aku tidokan erin. Kol 9 dia
dah lena.

Dah meniarap


Gambar stok setakat hari ini..


Khamis 31hb .. aku sepatutnya keje tapi kena ambek emergency
leave pasal kak ema demam tak dpt jaga erin, Husband dia call
abg kol 6 pg tadi. So cuti le aku. Tak pe lah leh rest. Ni tgh merebus
longan. Hope2 leh up kan balik hasil ebm. 2,3 ari ni ebm tak
memuaskan pulak. Skali pum kdg 2,3oz jek.
Horlick baru je abg beli semlam dah le diminum bercawan2 tp lom
nampak le hasilnye.

Rabu 30hb .... tpt 12mlm aku terjaga. rupenya tertido sebelah tilam
erin lepas nyusukan dia. Dgn tak berbantalnya, atas karpet yg keras
tu, sakit nye badan. Abg baru je ngadap pc. Abg kena duty jg taman
kol 1230 sampai 230. Aku bgn solat isyak, kemas baju erin, ngan pum.
Hasilnya cuma 2.5oz je. Padahal tak de la rasa dada kosong sgt.
Tak pe cuba lagi subuh nanti. Aku basuh pum letek siap2 kat
sebelah bantal.

Kol 3 pagi aku terjaga pasal erin bising dok uhhh ahh uhh ahhh.
Bila aku toleh kelambu dia, tgh meniarap !!!! hehehehe..
alhamdulillah. Dah meniarap anak mama.... abg yg baru lena pun
terjaga tgk erin. Bila aku baringkan kat bantal, cpt je dia meniarap
balek. alaa.. dah sibuk lak nak niarap subuh ni.
Aku susukan sambil pum, dlm 10 minit erin dah tido balek.
Ebm baru dpt 1oz lebih. Sambung pum sket lagi jadik le 2oz.
Pelik bin ajaib pulak rasanya.. dugaan ni. Maybe sebab aku kurang
sket pum sejak keje mlm ari tu.

Otw pegi keje, hp berbunyi. Reminder pasal birthday abg. Ala
sekkaku aku dah terjaga tgh mlm tadi lupe lak nak wish. Ni pasal
aku ingat abg keje mlm le minggu ni. Cisss. . kalo tidak jadi
malam yg romantik la. kakakakaa..
So wish ngan sms je la. Hadiah tak de pk nak beli lagi, kena
tanya la nanti abg nak ape jgn spare part kete dah.. ehehe
Aku pun lum menuntut sbrg hadiah utk birthday ari tu. Abg tak
de tanda2 pun nak bagi. Bukan kisah sgt pun saje je la .
Aku cuma nak dia blanja mkn je.. lame tak mkn western food.
Kat opis busy jgk ari ni. Letih jgk rasanya. Kak cat cuti psl
bby tak sihat so tak de la kawan pum. Aku pum 3 kali, kol 10
kol 2 kol 6 . Dpat le total 11oz. Jadik le. Kena ganbaruu .

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails