Showing posts with label petua. Show all posts
Showing posts with label petua. Show all posts

Aug 27, 2008

Demam lagi






Hari ini aku keje malam. Awal2 msk keje sibuk lah sikit tapi nasib
baik tak berpanjangan.

Ahad 24 Jun.. Abg balik keje mcm biasa 745 pg. Aku dah siap basuh
sket baju dan kemas dapur. Sarapan tak masak sebab plan nak blk
kpg. Bila abg balik, kata nak balik kpg ptg pulak sebab ada janji nak
jumpa member cyber. So tukar plan lah..
Aku sambung lagi basuh baju sementara tunggu abg beli sarapan.
Nak masak lambat pulak.
Mak telefon bgtau keje2 nak pasal bumbung kat rmh sewa nak dibuat
hari ni. Mak nak pegi kenduri kat port klang ari ni. Sebab aku still ada
di Meru, so aku pun ckp nak join lah.

Sabrina aku tidurkan semula lepas mandi dan sarapan sedikit biskut.
Pkl 12 dia bangun bdn terasa panas. Demam lah pulak. Kat luar hujan
mula trn. Tak lama pas tu mak sampai dgn Wahid,kak long dan anak2.
Dlm demam aku bwk jg Sabrina ke kenduri.
Blk dr kenduri pergi ke rmh pak Usu di Sri Andalas. Wahid nak check
komputer yg kabarnya rosak lagi.
Pkl 5 ptg baru balik ke Meru. Bdn Sabrina makin panas. Mak pesan srh
lumurkan kepalanya dgn asam jawa. Lepas tu letak dgn tuala basah.
Sabrina tak suka benda2 tu, so kena buat ms menyusukan dia je lah.
Selera mkn mula menurun lepas tu asyik merengek je.

Tgh mlm suhu makin tinggi, ada dlm 38" Aku letakkan jgk cool fever sheet.
Sib baik dah standby lepas kena dmm awal bln tadi.
Pg isnin abg tak kerja sbb nak bwk Sabrina ke klinik. Kali ni pergi klinik
panel je. Sib baik lah jumpa yg dekat. Doktornya bagus. Sabrina di beri
ubat di punggung sebab suhunya lebih 38". Doktor bekalkan jg 3 biji utk
kegunaan di rmh, disamping ubat cecair.

Sabrina satu hari mmg tak lalu makan. Asyik baring je dan merengek
kalau tak dpt mengempeng. So aku mmg tak dpt sgt nak buat keje rmh.
Masak pun sekadar goreng mee aje.
Tgh mlm suhu naik tinggi lebih 39". Sabrina mmg tak lena tidur kalau
tak ngempeng. Abg masukkan sebiji ubat di punggung. Pastu aku
tanggalkan baju, letakkan tuala bsh di ketiak. Cara ni cpt jgk nak trn
kan suhu bdn. Baru dpat petua dari kawan abg mlm ni.

Hari selasa Sabrina msh lagi demam. Abg tak keje lagi sebab kesian
aku tak boleh tinggalkan langsung Sabrina. Demamnya masih tinggi tapi
hari ni cuma kasi ubat cecair je.
Menjelang petang barulah demam nampak surut dan Sabrina boleh
main2. Sesekali dia ketawa bila di layan. Terasa rindu sgt dengar
Sabrina ketawa. Lega rasanya Sabrina dah beransur pulih.

Aug 14, 2008

Demam lagi

Minggu lepas hari rabu, Sabrina hilang selera makan. Pelik jgk dia asyik
tepis2 makanan. Nak kata ubah masakan tak de pulak.
Hari ni kena p timbang berat Sabrina. Cuma naik 100gm dr bln lepas.
Berat kali ni 6.7kg. Mmg genetik kecik kot anak mama.

Malam tu Abg p keje, Sabrina mula panas badan. Tak berapa pasti
pulak suhunya sebab termometer yg ada bkn digital mcm tak accurate
je. Aku letak towel basah ngan lumurkan kepalanya dgn air asam jawa
bila dia dah tido. Nampak lega sket. Menjelang pagi bdn dia dah biasa
so aku pegi keje shif pagi.

Pulang dari keje, Wati kata Sabrina tak de selera nak makan. Susu pun
tak nak minum. Tapi demam tak ada.
Aku peratikan gusi atasnya bengkak, pastu ada sikit
warna putih. Rasanya gigi atasnya nak tumbuh. Tgh mlm aku terjga
bila Sabrina asyik bergayut je, lepas tu bila terlepas merenget.
Bdnnya pulak panas sgt. Aku cuba letak towel basah tp mcm tak krg
pulak. Baby cool fever tak jumpa pulak. Agaknya dah abes. Geram lak
dgn diri sendiri pasal careless tak check stok.
Pkl 3 pagi aku call abg yg tgh keje, abg suggest kasi ubat demam.
Sabrina dah le tak suka, aku bagi pulak pagi2 melalak sakan la dia.
Kesian pulak. Tapi alhamdulillah panasnya beransur krg, baru lah dia
bole tidur lena. Kesiannya pagi kol 630 dah terjaga psl mama nak
hantar ke rmh babysitter.

Hari minggu gigi Sabrina mula nampak. Makan pun dah boleh mcm
biasa. Alhamdulillah demam cuma 2 hari aje. Baik demam Sabrina
pulun menyusu mcm biasa. Sesekali dia test giginya masa menyusu,
adooiii.. punya la sakit. Tapi sib baik ade blajar petua utk lepaskan
gigitan baby nih. Picit hidung!!! haaa.. baru le dia lepas. hehehe.

Feb 22, 2008

Panduan

Hari ni mlm pertama keje. Minggu ni keje 3 mlm. Tak ade ape
nak di ceritakan sgt. erin mcm biasa la jerit2 kalo dah bosan
meniarap. Kerenah anak2 kenalah sabau. Sib baik abg pn shif
mlm minggu so bila dia jaga dr tido tu leh le tolong jg anak.

Pagi ni , dok layan SI.com . Jumpa posting menarik psl petua
nak elak anak dr ganguan mahluk halus.

Posting ibu khauthar.. kalau terbaca blog ni hrp tak mrh yek.
Malas nak tulis balik so copy n paste je la.

"" pesan ustaz saya dulu...anak2 yang dibawah usia 60 hari seeloknya janagn di bawa berjalan(kalau boleh la,kalu takde kecemasan yang menyebabkan perlu keluar rumah).kecuali pergi hospital dan yang seumpamanya.kalau nak keluar juga jika perlu,ibu dan ayah perlu ambil wudhu' dan sapukan air wudhu' itu pada ubun2 anak sambil baca ayat Kursi.saya sendiri tak pernah bawa Kauthar pergi pasaraya sehingga dia berumur 5 bulan. mungkin ada pandangan yang mengatakan kalau begitu nanti anak kita tak pandai bergaul n tak mesra.maaf kalau saranan saya ni ada yg tak setuju,saya sekadar berkongsi sedikit ilmu.. hikmah di sebalik nasihat ustaz saya itu ialah kerana jin dan makhluk halus gemar mengganggu bayi yg muda,kalau tak effect semasa kecil kadang2 ada jin yang tinggal pd baby tu sampai besar baru nampak mcm ade yg tak kena.ini pengalaman saya sendiri melihat pelbagai jenis gangguan jin.nanti anak jadi tak minat solat, tak minat mengaji, takmo sekolah,asik gaduh dgn adik beradik,pemarah,baran..kesian kat anak tu nanti.tapi kalau emergency kena juga bawa keluar especially malam.., amalkan lah yang saya pesan tadi. boleh juga ambil segenggam biji lada hitam, goreng atas kuali tanpa minyak,letak dalam kain buat bunjut,baca ayat Kursi dan selawat hembus padanya.bawa bunjut lada hitam ni kalau nak keluar malam.Syaitan dan jin tidak suka pada lada hitam dan juga bau Sandalwood. kalau ade kawan2 atau sedara pegi mesir, order cincin kayu koka-kayu yang digunakan untuk buat bahtera nabi Nuh AS-. Syaitan dan jin tak suka bau kayu ni.""

Jan 7, 2008

Hari minggu







Bangun pg dgn perasaan lega, tak yah p keje. Hehehe..
Abg keje jgk buat OT. Tapi blk awal katanya.
Aku lepas tidokan erin kol 8, setat le kemas rmh. Basuh baju
yg tak cuci 4 ari. Tapi aku bsh separuh je dlu. Mane larat bebyk
mesin pun manual jek. Ade gak terpk nak ganti, tp sayang psl
mesin tu dah guna lama. 10thn ade kot sejak abg bjg lg.
Tak pe la aku off pn lame, byk mase lagi.
Pastu mandi sambil cuci bilik air.

Erin bgn, main2 susukan, tido blk. Sempat gak layan YM ngan
member opis , Su. Diapun off jgk. Tukar2 gambo anak.
Tgh ari, stop msk . Simple je asam pedas ikan kembung letak
kcg bendi. Sejenis psl dah ade sayur dlm tu.
Sambil tu aku rebus longan kering yg beli ari tu. Seperiuk
kecik je. Cuba dulu.Patutnya letakgula melaka ks sedap, tp psal
tak ade letak je gula pasir.Sedap jgk..
Abg blk kol 3 tolong lyn erin.
Ptg hujan lak, so goreng le sukun mkn panas2.
Dada ku rasa berdenyut2 je.. penangan lngan kot.

Mlm lepas dinner, kemas dapur semer, aku try pum susu sbb
rasa berat je. Beria je gn botol besor, tp dp 3oz je. hehehe..
Tak pe la rezeki erin jgk. Gaknya kena try longan 2,3 hari kot
baru nampak hasil.


Jan 3, 2008

Salam tahun baru 2008

Akemashite omedetou gozaimasu ... dah lame dah tak cakp benda
tu.Kalo tak itu la di ulang2 awal2 thn ni. Kat melesia biasa la ,
konsert pastu main bunga api. Berbondong2 la org
p lepak kat luar.. buang ms ekk. Tapi dulu pernah la aku p
skali. Syok nye tang bunga api je, kandou(terharu) sgt.
Tang bersesak2, bising2 tu tak best langsung.

Mlm thn baru kat taman kitaorg ada buat BBQ. Lorong rmh
kak ema. Abg dijemput sehari sblm tu, takde benda lain pn
nak buat so join jgk lah. Walaupn buat mlm , tp pasal pk leh
tumpang rmh kak ema, orait le nak join kan. Suka kalo xtvt
mkn2 nih. hehehee.. Tp menunya tak byk. Cuma ayam bkr,
sosage, kentang grg, coselaw. So lyn ayam je la. Tp aku byk
dok dlm rmh kak ema je, jaga erin tido. Risau le kot dia terkejut
kang tak prasan lak. Maklum la kat luar bising ngan radio pstu
ade karaoke lak.

Tak kurus le prt aku cam nih. makan makan makan.. senam tak.
Baru buat sit up 2,3 je.
Kataorg nyusukan bdn senang kurus. Agaknya kot. Tapi tang
perut tu still lagi ala2 pregnant 3bln. Harapkan pakai girdle je
ms keje mintak2 ade la kesan.

Pagi tu dpt call dr uda, bgtau Ngah kiah dah meninggal.
Innalillah... dia ditanam kat pantai dlm dkt rmh kak pesah.

Petang lps zohor hujan.. aku plan nak p carefour kapar.
Dah buai2 erin , tgk abg tido ado , aku pn lyn mata la kejap.
Kol 3 bgn solat , mkn.
Lepas asar baru kluar. Tukar arah ke carefour SJ psl tkt
kang tak de lak karpet kat kapar.
Erin dlm kete lepas nyusu tertido , so msk je dlm stroller.
Kira tak le susah bwk jln kali nih. Elok je dia baring.
Kat carefr tu ramainye la org. Tak best tp terpaksa la sesekali.
Just tgk2 je karpet, mhl jgk. Pastu beli susu segar, horlick, longan
kering (nak tmh susu) n brg dapur yg lain.
Sampai rmh 8 lebih. Dah letih sgt. Mandi manda, mkn roti,
susukan erin. Masa buai2 kan dia dah tak larat , abg ambek
turn. Aku terus zzzzzzzz

Dec 30, 2007

Start keje shif

Bln ni aku start keje shif balik. Skang ni aku kena jg account
laverage, 2 lg geng jg pfizer. Susah sket la nak cuti. Ikut schedule
kalo nak siang semer, kena tukar dgn hafiz.
Tapi dia pulak dah tak larat keje mlm. Mau tak mau kena la keje

mlm gak. Sib baik kak ema tak de problem. Aku nak p pum susu
time ofis pn mula2 serba salah sebab kalo aku kuar sah2 le yg 2 org
tadi kena cover keje aku selain buat keje diaorg.
Satu sessi pum 30-40min kalo org tak phm leceh jgk. Pastu aku
tulis email pd semer team member psl aku still bf baby nih.
So hope diaorg kasi kerjesama lah.. Lebih krg cam tula ayat.
Semernya yg satu shif kasi respon positive. Hilang le rasa
bersalah. Lega...

Bila msk shif, pasal masa kj 12jam aku sengaja bekal kan ebm

lebih sket. Pasal sehari 14jam kena dok ngan BS.
Kalo keje normal aku kasi 6 x 3oz, bila msk shif aku tambah lg

2 ebm beku, walaupun aku rs tak byk beza sgt.
Aku pesan msk kan aje yg beku dlm freezer, bila nak guna baru

keluarkan. Tapi bila aku blk keje semer 8 bekas tu abes kata BS.
Yg last tu dia kasi ms aku dtg nak ambek Sabrina. Ms tu Sabrina
br dikejutkan dr tidur so tak nak
minum sgt. Sudahnya 2 oz terbuang. Pasal kalo bwk balek,

sabrina nak nysu direct. terkjt aku 8 bks abes. Yg 6 ebm tu pn
terkial2. Esoknya hal yg sama jd ada ebm yg buang so aku ckp nak
krgkan ebm. Syg je bazir 2oz. punyalah susah aku nak pum.
Baru la kak ema ckp mmg erin tak minum abes. Kenkadang
sket kendg byk. Bila sembang kat phone br le aku tau erin cuma
perlu 6 ebm je. 4 x 3oz dan 2 x 2.5oz.
Maknenye ms aku keje normal byk kali le buang ebm, psal masa

lg pendek. Slama ni BS kejutkan erin dr tido (walaupun tak
sampai ati) sbb dia nak abeskan bekal yg aku kasik, risau ktnya
nanti aku pk dia x jg erin betul2.
Pasni kalo dia tido 2,3 jam tu aku psn tak pyh le kejut. BS pn sng

ati. Tak pelah, maybe hikmahnya otak aku dpt signal utk
keluarkan lebih susu. hehe.
Hilang satu problem lagi.

2 minggu pertama bln 12 average satu hari 5 x pum dpt 15oz.

Ckp utk erin pasal bole top up ngan stok dibuat ms weekend.
Bila abes seminggu pertama keje shif, still ada stok berbaki 3 botol.
Minggu kedua hasil pum terus meningkat tak silap aku
minum holick ngan halba kot. Halba ni member SI yg dok soh
minum. letak dlm milo panas. tp aku suka lg horlick so letak la
secubit. Bila habis minggu ke2 hasil pum stok makin tmbh. Ada la
6 ebm. Alhamdulillah.
Abg pn lega agaknya tgk stok ade je.

Thanks abg yg tolong beli itu ini.

Terbaca kat SI anak yg memilih utk minum susu ibu, ank yg
bijak psl di nk yg terbaik utk dirinya.Bijak.. bijak anak mama .
Alhamdulillah erin dah tak ada meragam. Tido pun ikut time.
Batuk, selsema tak pnh.Demam ada bila bwk p cucuk tp esoknye
dah baik. Kira sng jgk menjaganya skang.


Nov kembali bekerja



Genap 2 bln maternity leave 12 nov aku kembali ke HP. Kali ni dtg keje kena la
bwk beg avent selain dr handbag. hehehe.. sib baik beg comel je.
Takut2 gak susu tak ckp , maklum le aku tak pernah pun satu hari penuh
kasih ebm je kat Sabrina. Tah dia mau ke tak risau gak.
Bila call kata kak ema tak de problem. lega Sket.
Bln ni aku keje normal hour, 5 hr seminggu.

Minggu pertama pum kat opis dpt 2.5oz skali pu kdg2 2oz. Ngam2 jumlah yg Sabrina
minum utk skali nyusu. Mula2 aku pum 2x sehari tp pas2 jdk 3x. Mula2 pum
kat surau je, pas tu bila ada org bgtau ada nursing room kat A4, bila petang mesti
aku ke sana pasal surau penuh. Tak sangka ada HP ni sokong bf. Tu yg buat semangat tu.
Melalui pembacaan kat SI , cara paling baik nak upkan susu, bykkan sessi pum.
Aku mmg siang mlm kena pum utk ckpkan bekal Sabrina.
Kat opis pum 3x kat rmh pum lagi 3x. Sbenarnya tak ckp gak tp pasal ada stok
sket bole la cover2. Minggu pertama dgn jayanya bekal ebm utk sabrina.
Stok illekkk!!

Minggu kedua keje ms weekend aku sibuk psl ada sepupu kenduri.
Masa pum lari, plus sabrina meragam psl tido tak ckp.
Esoknya nak keje ebm cuma ada 4 je, so BS top up ngan FM 2x. Pastu erin
(panggilan bs pd sabrina) muntah2 3x kat rmh die.
Bkn muntah sket, tp semer susu yg dia minum.
Masa aku ambek sabrina tgh tido.Kesian aku tngok pasal dia jdk
tak bermaya je. Blk rmh trs nyusukan , pas tu dia muntah .
tkr baju semer ksi dia relek. Bila dia lapar blk nyusukan lg muntah gak.
Kiranya 5x muntah br le dia nyusu cam biasa dan tido lena.
Aku ckp kat diri sendiri kena usaha gak cukup kan ebm.
Abg lak cuba nak carik FM yg lain, tp dek kerana byknya FM skang ni, dia pun
pening nak pilih yg mane. Sudahnya tak terbeli. Hehehe.. tak pe akan aku buktikan
susuku cukup utk Sabrina. Minggu kedua pn berjaya bekalkan ebm
sama jgk ngan last week tk ade stok.

Minggu ketiga aku rasa hasil susu ku meningkat. Sabrina minum skang
3oz dan aku still dpt ckp kan bekalnya. 3oz x 6. Camnepun hasil kat opis still
utk 3x nyusu. So mlm2 aku still sibuk ngan pum. Nak msk mmg tak sempat la.
Ala kadar je. SIb baik le abg paham.. kemas rmh pn kurang.
Aku br blajar buat double pumping, nyusu sblh pum sblh. Hasil yg dpt ms tu
masih sama, tp jimat masa. Average pum skang 3-4oz kalo kat opis. Kat rmh
krg sket 2-3oz tp campur2 still ckp utk bekal erin.

Petua yg baru aku cuba ulam pegaga, jantung pisang, air horlick, buah prune, air tin

sengkuang china.
Air horlick paling aku suka dan hasilnya bagus. susu pun rasa jg lebh lemak manis.
tah aku perasan tak tau la. hehehe




Berpantang di Meru

Seminggu lepas raya aku balik ke Meru. Tinggal 5 hr nak abis pntang.
Alasannya nak cpt temankan abg.
Sebenarnya aku pn nak start buat stok. Mane la tau balik meru dpt
pum byk sket. Aku pn kena blajar urus anak sendiri. Slama ni dok
harap kat mak aja.

Sabrina awal tu byk jgk ragamnya. Kalau siang mmg susah nak tido . Tak
macam cerita bb lain yg aku dengar. Dibelikan buaian bwh, seminggu je
ok nye. Bila tido nk buat kj rmh lak, masak, bsh bj, sudahnye aku tak de
masa nak pum susu. Bdn pun letih ya amat.
Stress jgn ckp laa. Nak harap abg tlg buat keje rmh susah le sket psl dia pun
keje 12jam, 7hr. Sekejap je ade kt rmh.
Sib baik abg dah mskkan internet sesekali bole la ngadu kat
kenkwan SI. ifa still rajin contact bg nasihat itu ini,
Mcm2 aku cuba tp hasil pum still tak naik sgt , 1-2oz gak.
Slalunya 2x pum br dpt 1 x minum.
Mcm ade putus asa je nak exclusive bf masa tu.

Aku cb mcm2 gak petua nak tambh susu nih.
Minum byk air, air msk suam, air milo, barli, oat, susu , soya.
mkn syr lobak putih, sawi, pucuk manis, kurma, kismis tah ape lg yek.
Hidup aku ni memike kan camne nak tambah susu je la.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails