Showing posts with label puasa. Show all posts
Showing posts with label puasa. Show all posts

Feb 28, 2011

Buka puasa 2010

Tengah datang angin meng-upload gambar.
Gambar2 semasa hari bebuka puasa bersama kawan2 ofis 2010.
Tempatnya di KLGCC, Damansara.

Posing sebelum masuk waktu berbuka.



Ex-officemate Konaka n manager Chong.

                                 Antara menu buffet hari tu. Specialnya ada daging kambing panggang.

Aug 23, 2009

Ramadhan al mubarak

Alhamdulillah hari ini hari ke2 kami umat Islam di Malaysia
khususnya menyambut ramadhan.
Abg keluar dr hospital petang Jumaat lepas pembedahan
membuang tonsil. Jadi ada la kawan menyambut permulaaan
puasa. Tapi memandang abg belum boleh bergerak kuat jadi
pergerakan agak terbatas. Harap dengan keberkatan bulan
ini kami terhindar dari penyakit dan ditambahkan dgn Iman.

Kalau ikut bulan Islam, Sabrina sudah pun 2 tahun. Tahun ni agak
mencabar sbb aku sedang mengandung dah terpaksa menyediakan
keperluan makanan Sabrina di siang hari. Tahun lepas cuma masak
bubur aje, skang ni dah mkn nasik kena la ada lauk2 sket walaupun
ringkas. Hehehe.. bertambah pengalaman sebagai ibu.

Alhamdulillah dlm 2 hari puasa ni tak ada alahan yg teruk. Berbanding
masa puasa ganti bulan Syaaban lepas, aku senang loya. Lega
terasa mudah aje. Moga2 dapat berpuasa penuh tahun ini.
Insyaallah.

Mar 1, 2008

Luahan rasa

Sabtu 1hb... Kejap je dah masuk bln 3. Masa mmg cpt berlalu. Org tak
aktif mcm aku ni dok takat tu je la.. isk isk.. bile la nak stat projek2
tergendala. hmmm..Actually aku keje ari ni. Minggu ni day shif. Hari
ni lastday.Tu yg sempat update blog. Kalo tidak.. bz betul. Minggu ni
bz ngan traning client baru lagi. CCIBS. Sebenarnya dah naik tension.
Training tak abes.Asyik blk lambat.Keje makin bertambah, org sket,
yg sekepala krg, masa pump dah kurang.sib baik ade gak naik gaji
aritu. Syukur lah.Mmg banyak kali dah rasa nak quit je.Tapi camno
ngan belanja rmh, loan rmh, kete lagik. Eiiii...kalo aku kawen ngan org
kaya senang la cite.Kekeke.. mcm le layak kawen ngan org kaye. Abg
pun dah ckp baik. syukur..syukur..bertanggungjawab,penyanyang...hihihi.
malu lak.Nampaknya kena la bersabo keje beberapa thn lagi. Kena carik
backup gakcamni. Projek serai merai jadik ke tak ekkk. Tak balik kpg tak
bincang lagi ngan family. Mlm td kak cat kasi msg dr ofis. Dia pun tension
jgk. Ada lagi yg dok ckp tension2 ngan keje. MMmmm... boring lak
environment cam ni.

Ari ni aku puasa ganti. Hari yg kedua. Hari pertama dah buat rabu
kemarin. Insyaallah kalo pnh ari ni lagi 28hari kena ganti.
Takpelah sket2. aku target sebln 5,6 ari so menjelang ramadhan
nanti selesai lah 30 hari. Hope diberikan kesenangan.
Mmg saje aku pilih hari keje. Kalau tidakmaybe tak tahan sebab
siang erin kuat nyusu.Minggu ni best lah sebab keje 3 hari. Actually 4
tapi khamis ambek cuti sebabkak ema p check up. Dpt jgk le terus
manjakan erin.Kak ema dah pregnant 4 bln lebih. Katanya still larat nak
jg erin. Syg nak suruh org lain jaga. Aku pun senang tgk kakema jaga.
Kemas je erin. Dapat aku blajar skali. Tapi kalo dah kak ema sarat dan
tak larat kena lah jgk carik org lain. Lagi satu kak ema dah tau berapa,
bila nak ks ebm kat erin.Bkn senang nak ajar org balik nanti.
huhuhu.. tak bestnye lah.

Hari ni banyak melalut la pulak. Hehehe..luahan perasaan kpd diri sendiri.


Terbaca luahan rasa kat SI.com .. insaf la pulak.
Maksud Ayat 1000 dinar
Barangsiapa bertakwa kepada Allah, nescaya Dia akan mengadakan
baginya jalan keluar.Dan memberi rezeki kepadanya tanpa di sangka-
sangka.Dan barangsiapa yang bertawakal kepada Allah, nescaya Allah
akan mencukupkannya.Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan
yang dikehendakiNya.Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan
bagi tiap-tiap sesuatu.

Ya Allah, semoga aku sentiasa menjadi hamba yang bersyukur....

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails