May 27, 2008

Persediaan


Erin bershopping. 1st time dok dlm troli tu..



Ahad 25 mei... Habis sudah keje malam utk minggu ni. Letih betul.
Kol 7pg balik, beli kuih utk sarapan. Sampai kat rmh abg dah ready
nak pegi keje, ada maintanance katanya. Lepas jamah seketul karipap
abg terus p keje. Aku mandi, pum susu, kemas botol2 tido jap.
Kol 10 ambek erin.
Kali ni lama jgk bersembang ngan kak ema, psl persiapan kenduri
dan persediaan dia nak bersalin. Kak ema dijangka bersalin
pertengahan bln 8. Tak lama lagi, babysitter blm dpt lagi. Hmmm..
Btw, aku dan abang merancang nak buat kenduri aqiqah utk erin.
Yelah sepanjang duduk rmh skang ni, tak ada lagi buat majlis ape2.
Ada rezeki lebih ni baik la kenduri kan utk anak. Dapat jamu org
skali. Seronok berkongsi rezeki ni, tp tu la masak memasak tak
pandai sgt.. hehehe kena harap kat mak, sedara mara dan jiran2
kat sini la. Mak aku dah pesan dtg 2 ari awal.

Kol 2 abg dah balik. Aku baru je bgn tido. Dapat la rest 2 jam.
Erin pun terjaga. Dah lama dia tak jumpa ayahnya. seronok dia.
Abg terus je stat keje memasang air-corn kat bilik utama.
Erin jaga bole la dia buat keje2 menggerudi. Sib baik abg tau bab2
elektrikal ni, jimat. Sementara abg bekerja, aku gorengkan mee.
Buat alas perut. Magrib baru le keje pasang aircorn siap. Huhuhu
sejuk le malam nih.


Isnin 26 mei.. abg keje mlm so siang ada la kat rmh. Kepenatan
dek keje2 semalam. Aku dari pagi dok mengemas dapur sambil
basuh baju. Tapi keje aku ni brenti2 la, pasal dok layan erin skali.
Dia pun dok merengek jek kalo tak de aku, sudahnya tunggu dia
tido baru le aman. Abg kol 9 baru bangun mengemas luar rmh.
Aku mmg tak sempat le nak nolong.

Tgh ari just masak ala kadar je. Lepas zohor kitaorg ke kedai 99
kat Setia Alam. Beli barang2 kering utk kenduri. Pastu p pekan
meru lak tambah mane yg tak ade. Alhamdulillah separuh barang
dah terbeli. Balik tu singgah pasal malam beli sup power, apam
balik, sayur dan ikan. Erin elok lak tak meragam nak tido ke apa.
Masuk kereta nak balik rmh baru nyusu dan tido.

May 22, 2008

Shif malam

Khamis 22 mei.. Aku keje shif malam minggu ni bermula semlam.
Skang mmg tak happy nak keje malam. Rasa kesian pulak tinggalkan
erin pasal dia mlm2 nyusu terus tido. Kalo jaga mlm pun tak nyah
tunggu lama kalo nak nyusu merengek jek terus leh kasi susu.

Manager bising pasal punctuality, mmg aku kategori yg lewat la tapi
tak de la melampau sgt. Yg jadi isu sebab ada yg lewat 2,3 jam.
Mmg le tak patut dan menggangu orang lain. Kena cuba lah dtg cpt,
tapi tak semangat betul nak shif lagi, melainkan shif siang je.
So dengan slambenye semlam aku tulis e-mail ke manager bagitau
situationaku, dah keinginan aku nak keje office hour. Harap ada respon
yg baikdari dia. Kebetulan abg pun online dr rmh semlm (abg shif siang),
abg pun setuju sgt kalau aku keje normal.

Mlm ni dtg keje tak ada lagi reply dr manager sebab dia out of office.
Paling cepat pun dia balas esok, or bila dia idea. Hehehe..
kalo tak kena carik keje lain la gamaknye. mmmm.. interview mmg le
tak suka, tp kalo terpaksa lantak le.

May 19, 2008

Erin 8 bulan







Erin sudah pun menjangkau 8 bulan 12 mei lepas. Tapi sebab
sibuk tak sempat nak tangkap gambar.
Skang ni erin dah pandai merangkak dan sibuk nak berdiri
pulak. Pantang ada tempat berpaut mula la nak berdiri.
Mula2 biasa la tergolek2, tp dua tiga ari ni nampak confident je.
Rasa bersalah gak bila tgk dia terjatuh, tapi kdg diluar kawalan.
Sib baik le anak mama ni kuat.
Alhamdulillah kesihatan erin pun setakat hari ni memuaskan.
Berat terbaru 6.4kg tinggi 66cm. Berat tak byk bertambah tp
sebab erin ceria, sihat dan aktif so tak de lah dibimbangkan.
Erin masih makan 2 kali sehari. Menu yang sama.
Bubur nasi + carrot + kentang + ikan bilis yg dilecek dan ditapis.
Ada sesekali aku letak ayam rebus, tp erin lg suka ikan. Skang
kalo makan laju jek. Kuantiti aku tambah sket je sebab tak nak erin
krg nyusu. Erin jg sedikit sensitif 2,3 minggu ni. Pantang aku hilang
dr mata mula la dia merengek, sambil merangkak carik aku.
Kdg ayahnya ada pun dia tak mau. Nak carik mama jugak.
Agaknya dia takut aku tinggalkan lama2 mcm p kerja kot.
Nak main pn pun kat keliling mama je. Manja betul.
Susah sket nak buat keje time erin jaga, mcm balik ke masa di
2,3 bulan la pulak. Tapi harap sementara je la.
Apapun moga anak mama ni terus sihat , ceria, bijak , sabar.. amin.


May 16, 2008

Abah masuk wad

Isnin 12 mei... Abg keje shif mlm minggu ni . Tp psl kena teman
kak yaya ke mahkamah, pagi2 abg dah kuar. Aku cam biasa la
ari cuti kemaskan rmh, basuh baju yg bertimbun tu. Dpt le
3 round baru lega.
Aku puasa ganti, insyaallah hari yg ke 11, so tak le sibuk nak msk.
Abg sure mkn ngan kak yaya .

Tgh hari kol 1 abg dah balik. Awal dr biasa. Abg kata kena balik
kpg pasal abah kena masuk wad. Pagi td p klinik sg besar sebab
sakit dada, doktor soh p hospital.
Aku call mak nak bgtau balik kpg, tp rupanya mak dah tau sebab
pg tadi mak terjumpa abah kat klinik. Mak temankan kak long
bawak anak dia.

Sampai kat kpg kol 330 mertua dah ready packing brg2. So terus
la ke hospital, buat check darah semer mmg abah kena tahan wad.
Problem jantung lah ni. Abah senang semput. Mmg kalo tgk abah
pun susah beno nak bernafas. Dada nya trn naik kuat.
Kol 6 baru kitaorg balik. Aku tidur rmh mak abg tidur rmh mertua.

Selasa 13 mei.. Abg kol 10 baru datang rmh. Aku dah siap mandikan
erin, tidokan. Dekat kol 12 ikut abg ke hospital lawat abah. Mak ngan
abah mmg suka tgk erin datang. Pandai lak erin gelak2 ngan depa.
Nurse2 pun rajin melayan. Abg nampak sihat sket. Tp blm boleh
keluar. Mak ikut kitaorg balek rmh. Nak tgk ayam2 nye.
Ptg aku nak ikut abg ke hospital tp psal erin meragam nak tido
so cancel je lah niat tu. Nak tinggalkan pun tak sampai hati. Susah
mak je nanti. Erin kadang skang kalo menangis tak mau org lain,
nak aku jgk yg ambek dia baru la diam.

Malam lepas dinner kt rmh mak aku ikut abg blk rmh mertua.
Jagakan rmh. Elok nak tidur dlm kol 10, abg ipar sefamily balik.
Hilang le privacy sket. Dah mmg rmh diaorg pun. Sejak aku pantang
mmg tak jumpa diaorg. Maklum la dok kat Ipoh. Meriah le rmh.

Pagi2 kakak ipar masakkan sup ayam utk mak. Tgh ari kami tolong
hantarkan ke hospital. Abah makin sembuh. Boleh dah duduk dan
main2 ngan erin.Kol 2 lepas hantar mak mertua balik rmh dia,
kami lunch kat rmh mak aku. Mak mertua p hospital ptg nanti dgn
abg ipar . Bergilir2 la pulak.
Kitaorg lepas lunch, kol 4 balik meru.
Letih.. kepanasan kat kampung.
Moga abah cepat sembuh.

Mihas 2008

Sabtu 10 mac, aku still keje shif siang ari ni. Mlm td kak long ada call
ajak ke Mihas. Tapi masa tu tak de mood rasanya nak pegi.
Lagipun kak long call ms aku sibuk melayan karenah erin
yg nak tido.
Kat ofis tak byk pulak keje, call mak kat kpg dlm kol 10 kata yem
dah p ikut kak long dan anak2 ke Mihas. Teruja le pulak nak
pegi. Ajak ofismate nak pulak dia pegi. Lagi pun keje 3 org.
Hazizi ok je tinggal sorang. hehehee.. jahat betul aku ni lah.

Asalnya nak pegi lepas kak long sampai, tp pasal boring kat
opis pegi awal. Lepas kitaorg dua2 selesai pum kol 1130 blah
ke Mihas kat bangunan Matrade kat jln duta. Alhamdulillah dpt
parking dkt depan dewan jualan. Pkl 1 kak long call dah sampai
tapi tak de parking. So aku pn decide nak tukar parking.
Kitaorg pun dah beli frozen food, kurma ngan
Tp nak jadik cerita, ada la pulak makcik ni yg konon dah tunggu
lama blakang kereta member aku ni, tak kasi kak long aku msk.
Sanggup dia berdiri dpn kete kak long. Hiss tak senonoh betul
la. Aku tak sempat tunggu lama sebab guard dah halau.
Kata kak long dia akhirnya mengalah , pastu terus p masjid.
Lepas tu diaorg guna shuttle bus je dari masjid.

Kol 6 lebih aku call kak long baru nak balik dari Mihas. So ajak
diaorg tido rmh aku je la. Follow dari opis. Sampai rmh kol 8.
Abg dah ade kat rmh ngan erin. Nak msk brg ada tp psal dah niat
nak blanja mak mkn nasi briyani , so ajak semer ke sana.
Sempena Hari Ibu la ni.

May 6, 2008

Balik umrah




Khamis 1 may ... Aku msk keje mlm. Abg shif malam tp mlm ni cuti
sebab hari pekerja. Jrg abg cuti ms public holiday tp katenye
mlm ni production tak byk yg running. Ok lah dpt le abg brehat
nanti.


Pkl 2 ptg flight yg membawa adikku Wahid plg dr umrah dijangka
tiba. Yem akan bw kak long dan mak ngah dr kampung. Dr klang
aku dan uda sefamily. Yem kata nak singgah mkn kat rmh aku.
So pepagi lepas kemas rmh dah membsh, aku siapkan bhn
utk msk. Sebenarnya stat agak lewat sebab bz sgt ngan
ngemas bilik. Maklum le masih fobia ngan peristiwa ular tu.
Menu aku cuma tomyam ngan sambal udang je. Ok le tu kot.
Hope org dr kampung bwk lauk lebih. hehehehe

Kol 12 lebih yem baru sampai. Alasan lambat cam biasa le tunggu
kak long bersiap. Diaorg bwk bekal nasik impit ngan sambal kcg
ngan sambal kelapa. Tak sempat nak jmh sgt psl aku sibuk
kat dapur. Kol 1.45 baru bertolak ke KLIA. Kol 2.10 wahid call
kata dah turun dr flight. Abg ngan yem mmg
bwk laju tak ingat le.. 45minit dah sampai. Alhamdulillah.
Uda sefamily dah tunggu kat sana.
Wahid lum keluar dlm 20minit kemudian. Nampak kurus sket
tp sihat dan ceria mcm biasa. Katanya dpt buat 10x umrah.
Seronoknye lah dengar. Sebelum balik kitaorg dijamu burger
dan ais krim burger king. Yem blanje. syukran.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails