Showing posts with label gambar. Show all posts
Showing posts with label gambar. Show all posts

Jul 24, 2010

MInggu demam

d caption
 


Gambar terkini Nur Sabrina dan Nur Khalisha.


Dalam seminggu ini, anak2 tidak berapa sihat. Minggu yang mencabar lah
kalau anak tak sihat ni. Mula2 Sabrina demam di ikuti dengan batuk dan 
selsema. Berjangkit dari kenkawan kat rmh Wati. Lepas tu Khalisha pulak
menunjukkan tanda nak batuk. Mmm sabar je lah. Abang pulak kerja malam..
dah dua tiga malam rasa tak ckp tidur melayan karenah Sabrina yg meragam
tengah2 malam. Tak selesa lah kot. Tapi kadang2 hilang sabar juga kalau
ape saje yg kita buat tak kena. Memang jadi mama ni bab urus anak2
mmg mencabar. Moga2 Allah memudahkan segala urusan.
Aminnnnnn

Jun 10, 2010

Hari keluarga

On off pulak update blog skang. Tak istiqamah mcm dulu. hehehe..
Bila dah masuk keje mcm tu lah. Tambah pulak dgn position baru skang ni.
Tak pe lah.. alhamdulillah. Dpt mcm2 pengalaman baru makin seronok
rasa keje sekarang.

Ni nak share gambar2 masa pergi rmh kakak abg kat damansara permai,
Kak Yaya. Tujuannye nak ambik baju2 utk Sabrina sambil2 tu bertanya kabar,
lunch same ngan layan anak2 main.


                                                           Sabrina dgn aksi BESTnye



                                                       Pandai dah Khalisha pandang mama


                                     Dewi dah pandai gaya manja. Sabrina gaya bebas je..



                                       Abang ngan anak2. Susah nak ambik gambar nih..                                                             Suke tgk gambar ni..



                              Cik Khalisha dengan baby carrier hadiah dr officemate.

May 23, 2010

Dah pandai mengiring

Cik Khalisha pn suka duduk jgk. Sib baik dpt hadiah ni..

Ameda yg byk berbakti di opis. Hasil diatas bkn selalu
mcm tu. hehehe kebetulan hasil meriah!

Petang ahad ni Alhamdulillah rasa lega siket. Byk urusan rmh tangga
yg dpt dibuat. Pagi byk round dah membasuh. Masak2 simple2 je sebab
abg pun keje. Makan dgn Sbarina so ikut apa yg dia suka.
Keje2 mengemas je belum abis. Rihat sekejap sebab skang cpt lenguh
kaki kalau asyik berdiri je.
Semalam Khalisha genap 4 bln. Makin besar dia.
Khalisha 2 hari n kalau nak tidur pandai mengamuk pulak.
Kadang disusukan pun tak mau. Kena la dukung2 dulu. pujuk2
Satu lg dia suka mengiring kalau nak tidor. Agaknya psl
kdg2 susu baring kot. Entahlah.. tulangnya pun dah keras tu
dia seronok kot posisi mcm tu.
Khamis depan nak pegi timbang. Excited nak tengok berat tekini dia.

May 9, 2010

Cerita seminggu

Nampak cantik pulak die.. puji anak sendiri lak. hehe




huhu.. minggu kedua keje minggu lepas.. walaupun tak lah berapa
sibuk tapi tak sempat2 jgk nak update blog. lagipun tak kan nak update
blog kat opis pulak. tak baik le. kat rumah sibuk mmg tak abes.
dgn kes Sabrina dari hari khamis sampai ke hari ni 4 ari. tadi aku check
suhunya dan normal. 36.9"Celcius. Insyaallah dah baik la tu.
Kalau tidak semalam dia muntah makan pun tak mau.
Sib baik lah 3 kali je muntah tak berlarutan. Pengalaman dari
yang lepas2 kalau muntah tak boleh bagi minum susu or makan
nasik. Bagi dia minum 100 plus sebab dia tak nak air masak pastu
isi perutnya dengan bubur.

Cik Khalisha alhamdulillah sihat. Mula2 risau jgk bila kakaknya demam.
Terpikir jgk nak cuti so aku bleh jg Sabrina kat rmh, Khalisha pulak
letak kat rmh Wati, tpi sebab ada keje dan kena settlekan so tawakkal
aje lah. Jadi working mama ni byk kena korbankan.
Alhadulillah tak de menjangkit. Cuma pesan kat Wati jgn bagi Sabrina
selalu dekat ngan adiknya. Sib baik dia kat sana ramai kawan so tak
de la sibuk kacau adik je.
Hari selasa lepas pegi HKL follow up dgn doktor kanak2 pulak.
Mmg appoinment dah buat masa khalisa keluar wad lagi.
Timbang hari tu 3.7kg. Eiii.. naik lgi 300gm. Cepat jugak dia naik
patut la Wati kata dia kuat nyusu. Bagusss bagus..

Apr 23, 2010

Semakin hampir

Insyaallah minggu depan hari Isnin aku akan kembali berkerja.
Terasa malas pun ada tapi dah jadi tanggungjawabnak menjana pendapatan kena kuatkan semangat. Entah macam mane aku handle uruskan family dan kerjananti. Harap2 semuanya berjalan lancar.
Beberapa hari lepas aku ada call babysitter, Wati, ingatkan nak hantar Khalisha sehari dua minggu ni nak tgk dia boleh ke minum susu botol tapi memandangkan Wati sibuk dgn persiapan kahwin adiknya Katy so terus je hantar minggu depan. Minggu ni hari2 lah kena train Khalisha minum dgn botol. Sehari dlm dua kali. Kadang2 kena cuba berkali2 baru dia mahu. Harap nanti takde masalahlah. Tawakkal kepada Allah...

Kat bawah ni saja aku menempel gambar Khalisha tanpa baju.
Nak menayangkan tubuhnya yang berisi. Kalau tengok2 gambar
dia dulu2 mmg lah jauh beza. Alhamdulillah sihat dia.. mungkin dan
3.5kg . Semalam dah 3 bln. Minggu depan insyaallah timbang.







Apr 8, 2010

Hadiah istimewa







Alhamdulillah sejak Khalisha balik, dah ramai yang datang
berkunjung. Jiran2, sanak saudara dan kenkawan . Rasanya tiap
hujung minggu sibuk melayan tetamu.
Masing2 pulak datang bkn dgn tangan kosong, ada yang
kasi hadiah dan bersedekah utk Khalisha. Terima kasih.
Semua rezeki kalian murah selalu.

Tapi kat sini aku nak kongsikan hadiah dari Miss G kawan baik
sejak masuk U dulu. Miss G belum dtg rmh lagi tapi dia ade lah
jenguk masa aku kat hospital. Cik G ni mmg minat sgt mengait
sejak dulu lagi... kebetulan aku dpt anak yg saiz comel ni,
mula2 dulu susah sgt nak dpt saiz sarung tgn dan kaki yg
seswai tu teringat nak suruh cik G buat. Ingatkan nak order
rupenya mmg dia dah plan nak bagi.. rezeki.
Cik G kasi kasut 2, sarung tangan, baju dan topi.. comel..
Tapi kasut je yg seswai dgn Khalisha skang.. Baju ngan topi
nampaknya kena tunggu dia besar sket. Sabrina pun
muat jg pakai.. bagi dia la gayakan dulu.. hahhaa..
berkenan betul.






Stok susu part2




Hmm lama dah nak masukkan posting ni tapi gambar tak syok
pulak. Actually nak memotivasikan diri sendiri dan sesiapa
yang tengah kumpul ebm.
Gambar tu stok ebm utk Khalisha setakat ni. Stok tu di buat selama
2 minggu semasa aku menjaga Khalisha sebelum dia keluar hospital.
Alhamdulillah masa tu susu melimpah ruah, Khalisha pun minum susu
sket je, jadi sementara tunggu Khalisha bangun tidur or lepas dia
direct feeding aku akan pam susu yg tak abes. Kat hospital guna
pum Medela Lactina. Kat rmh aku guna pum Ameda double pum.
Kadang2 pum lama aku Avent berguna jgk terutama kalau nak
pum dlm kereta masa pegi or balik jenguk Khalisha.
Sangat lega sebabnya stoknya banyak nak dibandingkan Sabrina dulu.
Orang kata pengalaman mematangkan kita. Sekarang lebih muda
nak uruskan stok susu.
Memandangkan aku akan mula berkerja hujung bulan ni, mulai
minggu ni aku berazam kumpul semula stok susu di samping
ajar Khalisha minum ebm dgn botol. Dalam beberapa hari ni
Khalisha ok je. Puting NUK sesuai dgn dia. So tak de lah susah
hati sangat. Harap2 segala urusan terus dipermudahkan
Allah s.w.t. Amin...

Apr 5, 2010

Ummppp sedapnye sushi





Kenangan tahun lepas.. Dah lama dah gambar ni.. tak silap
bulan 10. Bulan2 awal mengandunkan Khalisha. Bersama kenkawan
satu batch ke Jepun. Mostly ibu2 mengandung. Hebat2 semua.
Lari dari rutin sebagai ibu dan pekerja.
Berkaraoke dan menikmati sushi yang sedap.
Oishikatta.. maji de manzoku shita.


Makin mantap



Nur Khalisha telah genap 2 bulan pada 22 mac lepas. dah hampir 2 minggu berlalu.
Setakat ni tak ada masalah menjaganya. Boleh dikatakan dia senang nak jaga,
tak banyak ragam banding ngan kakaknya dulu.
Harap2 terus begitu lah.
Berat terkini timbangan seminggu lepas 2.7kg. Alhamdulillah.
Timbangan terakhir sebelum keluar hospital 1 mac 1.8kg.. 900gm
peningkatan.
Macam baby 2 bulan yang lain.. dia dah pandai memandang2.
Kalau nak susu tu mmg menangis kuat lah.. boleh tahan.
Semoga anak mama ni terus sihat walafiat. Amin...

Mar 16, 2010

Sabrina dan gaun

Gaun Pak Uda(abg ipar) beli.

Susah sebenarnya nak ambil dia senyum.
Gambar ni lepas snap gambar di atas.

Iklan gigi yg tak berapa berjaya...


Nak bergambar ngan basikal kesayangan.



Dah lama Sabrina tak pakai gaun. Beberapa hari lepas aku berjaya
pujuk Sabrina pakai balik gaun. Alasannya nak bergambar.
Cik kak ni skang suka betul bergambar. So kita suruh apa
pun dia buat.

Mar 13, 2010

Setelah 13 hari












Hari ini genap 13hari, hampir 2 minggu Khalisha kembali dari hospital.
Alhamdulillah dia nampak sihat dan semakin tembam.
Pastinya susu mama je dia minum. Susu untuk Khalisha pun
meriah sangat. Sabrina 2,3 hari ni dapat di pujuk utk berpisah susu.
Sebetulnya cuma time nak tidur je dia nak manja ngan mama tapi
kadang2 tak mau mengalah. Lagi pun ada yg tak berapa setuju
walaupun rasanya ramai yg berjaya dgn tandem nursing.
Apapun aku tak mau menyesakkan fikiran dgn benda remeh.
Sabrina pn dah lebih 2 tahun menyusu jadi harap dia pun dah ready
utk lebih independent.



Dec 8, 2009

Sabrina di hari raya korban











Sekarang ni bertambah2 kurang masa utk update blog nampaknya.
Kerja bertambah2 sampai kena access kat rmh jgk. Kalau tidak makin
bertimbun2 rasanya. Tapi sebab ada team work, kerja byk pun tak de
la rasa nak berhenti pulak. hehehe..
Cuma sedihnya kompeni tak de kenaikan gaji lagi kabarnya.. huhuhu..
Moga2 Allah murahkan rezeki anak2. mungkin dgn cara lain.
Insyaallah.
Btw, gambar2 kat atas di ambil sehari sebelum dan selepas hari raya
korban yg lepas. 27 Nov 2009. Yang syoknya kali ni aku dah tak pyh
apply cuti sebab cuti dah ikut Malaysia pulak. Alhamdulillah.
Senang le hati sket.
Gambar Sabrina berbaju tidur tu sebelum hari raya. Dia main2 kat
dpn rmh sementara tunggu mak Udanya sampai. Aku terpaksa tumpang
kakak sebab abg keje sampai pg raya.
Gambar yg pakai gaun tu, hari raya ke2 ambil depan rmh Cik Wok,
mak sedara abg kat Janda Baik Pahang. Bawak mak abg p jalan jumpa
adik beradiknya. Tempat yang sangat menarik. Betul2 suasana kpg.
Ada mcm2 pokok buah2an, kolam ikan, reban ayam kpg, ayam belanda
dan lembu yg byk. Cuma gambar2 tu tak ambil la pulak. Kecoh layan
Sabrina psl ayahnya sibuk kutip buah langsat.
Tanoshikatta.



Aug 17, 2009

Mak pergi umrah

Ahad 25 Syaaban 16 Ogos .. Mak selamat berangkat ke Tanah
Suci untuk mengerjakan umrah kali ke 3. Alhamdulillah kami
adik bradik dpt menunaikan hasrat mak nak berpuasa di
Makkah. Insyaallah diizinkan Allah mak dpt merasa seminggu
pertama Ramadhan di Makkah.

Penerbangan mak pukul 11 pagi jadi kami dari kampung
bertolak lepas sholat subuh. Alhamdulillah perjalanan tak
ada aral. Moga2 mak selamat disana kini dan selamat
kembali pada 29 ogos nanti.







Jul 30, 2009

Sabrina kakak yang comel




Anak mama dah pandai bergaya dgn tudung
mama. Yg nampak gigi tu bkn sbb senyum tp
sebab suruh tunjuk gigi. Kalo tidak sure rapat mulut.
Comel!!!.. moga jadi kakak yg baik ye.
Gambar kat atas di ambil malam tadi. Masa mamanya solat
isya Sabrina sibuk nak kacau so pakaikan tudung. Baru dia tak kacau.
Bila tgk comel sgt, so lepas solat ambil lah gambar.
Ayahnya keluar skejap jumpa kawan. Kalau tgk mesti dia pn
sibuk nak ambil gambar. hehehe...
Hari ini hari ke 4 aku MC. Actually nak sambung cuti sehari je smlm
tp doktor panel dgr je bleeding terus sambung lg sehari.
Dia suggest jumpa specialist utk confirm kan condition baby.
Hari ni la insyaallah nak check balik kat An-Nisa.
Rasanya baby ok, sbb ari ni tak de bleeding pn.
Hopefully esok bole la p keje.

Jul 8, 2009

Pantai Jeram

Kerapu stim, Udang masak merah, Sotong goreng tepung
dan kailan ikan masin.



Sejak hantar mak mertua balik kpg lepas umrah, belum ada lagi kami
balik kpg. So hari Jumaat lepas magrib, abg, aku dan Sabrina terus
bertolak balik kpg.
Kitaorg singgah makan di Pantai Jeram. Ini kali ke 2 pergi lepas
makan2 dgn family dulu. Makan malam yg agak mewah jgk la
kali ni. Maklum la bertiga beranak je. Sabrina pn mkn sket2 je.
Biasa la perut budak mana le beso sgt.
Balik dgn perut kenyang, mata pun berat sangat. Tetidur
separuh jalan. Hehehe..
Malam pertama terus ke rmh mertua sebab mak aku pun tak ada.
Dia pulak ke Klang rmh adik dia merangkap Pak Usu aku.
Bertentang arah kitaorg nih.
Mak hari Sabtu baru balik, so habis masa belah abg lah.
Kitaorg bwk mak mertua ke Sg Remis , Perak rmh akaknya.
Pasal mak bising2 dah lama sgt tak jumpa kakaknya tu.
Daripada sebelum umrah mak nak sgt pergi tapi tak
kesampaian. Alhamdulillah dpt berjumpa jg.
Lepas asar, jalan2 kat pekan konon nak carik bekas air Sabrina
yg tertinggal di Perak. Tp tak jumpa terbeli la pulak baju dan
kasut utk anak Kak Long.
Pastu singgah minum kat kedai mamak, dpt pulak sms dr kak
Ijan kakak abg katanya mak kirim durian.
hehehe...pandai je dia.
So beli la durian utk 2 buah rmh. Lepas abg hantar aku
rmh mak, baru dia balik hantar durian rmh mak dia pulak.
Hari Ahad seharian habiskan masa kat rmh mak pulak.
Pkl 6 balik ke rmh mertua semula, layan Sabrina main
ngan anak2 kak Ijan.
Lepas isyak baru balik ke klang.
mmm.. seronok tapi letih la sket. Adat balik kpg.

Jun 22, 2009

Gambar2 Khursus HPA

Wahyuni org Indonesia.

Kak Saira dan Kak Fauziah


Muzaiha dari Sg Besi


Kawan2 yg penuh dgn idea, Halijah, Zamzarina,
Muhaiza dan Hanim.


Kak Halijah ibu mithali dari Bangi.
Gambar-gambar sepanjang menghadiri kursus di Bangi.
Semoga ilmu yg diperolehi dimanfaatkan.
Semoga ukhwah sesama kita berpanjangan.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails