huhu.. minggu kedua keje minggu lepas.. walaupun tak lah berapa
sibuk tapi tak sempat2 jgk nak update blog. lagipun tak kan nak update
blog kat opis pulak. tak baik le. kat rumah sibuk mmg tak abes.
dgn kes Sabrina dari hari khamis sampai ke hari ni 4 ari. tadi aku check
suhunya dan normal. 36.9"Celcius. Insyaallah dah baik la tu.
Kalau tidak semalam dia muntah makan pun tak mau.
Sib baik lah 3 kali je muntah tak berlarutan. Pengalaman dari
yang lepas2 kalau muntah tak boleh bagi minum susu or makan
nasik. Bagi dia minum 100 plus sebab dia tak nak air masak pastu
isi perutnya dengan bubur.
Cik Khalisha alhamdulillah sihat. Mula2 risau jgk bila kakaknya demam.
Terpikir jgk nak cuti so aku bleh jg Sabrina kat rmh, Khalisha pulak
letak kat rmh Wati, tpi sebab ada keje dan kena settlekan so tawakkal
aje lah. Jadi working mama ni byk kena korbankan.
Alhadulillah tak de menjangkit. Cuma pesan kat Wati jgn bagi Sabrina
selalu dekat ngan adiknya. Sib baik dia kat sana ramai kawan so tak
de la sibuk kacau adik je.
Hari selasa lepas pegi HKL follow up dgn doktor kanak2 pulak.
Mmg appoinment dah buat masa khalisa keluar wad lagi.
Timbang hari tu 3.7kg. Eiii.. naik lgi 300gm. Cepat jugak dia naik
patut la Wati kata dia kuat nyusu. Bagusss bagus..
Dah makin berisi khalisha! Kuat menyusu.. bagusla moga cepat besarr! *mesti mamanye yg dah tak sabar!* he he
ReplyDeleteMemang kuat. Susu mamanya pun byk. Mmg tak sabar nak tunggu dia besar. Dah ckp imunisasi bole le jalan2. ahakkk..
ReplyDelete