Sep 28, 2008

Menjelang syawal

Malam ni malam last aku keje sebelum hari raya ni. Lepas ni off shif
dan sambung cuti utk raya. Tak sabar2 menunggu malam ni berakhir.
Letih dan membosankan keje minggu ni.

Aku lewat masuk hari ni sebab berbuka puasa bersama2 saudara
mara di lorong tmn aku. Mcm biasa la diaorg rajin masak memasak ni.
Sebelah petang aku dtg lepas bangun tidur ingat nak tolong rupanya
dah beres. So just lepak2 je lah.
Menu byk jugak. Ayam masak merah, sup ayam, sotong masak
berlada, kerabu tauge dan daun selom dan ikan goreng. Pastu
air tembikai , teh dan kuih muih yg dibeli.

Seronok dpt berjumpa seblm hari raya. Lagipun sepanjang bulan puasa
ni jrg bertemu jiran tetangga sebab time melepak tu tak ada. Memasing
sibuk di dapur je. Keakraban jiran2 ni yg buat aku suka dok kat area ni.
Hasrat nak rmh besar ada jgk, tp sebab mesti tak sama ngan jiran di
sini, so redha je lah.

Abg join jugak majlis berbuka nih. Tapi abg tak balik awal sgt. 6 lebih
baru sampai rmh, so aku dan Sabrina tak byk masa utk spend ngan
abg. Sabrina mmg suka sgt lah sebab dah 3 hari tak jumpa ayah. Kenal
sgt bunyi motor masuk rmh. Bijak2. Mulut dia kalau nampak ayah
mmg tak berhenti sebut ayah. Mama kadang2 jek.

Sep 27, 2008

Asma Ul Husna

Dari Abdullah bin 'Amr r.a., Rasulullah s.a.w. bersabda:
"Sampaikanlah pesanKu biarpun satu ayat..."
Dari Abu Hurairah r.a. bahwa Nabi s.a.w bersabda:
"Sesungguhnya Allah mempunyai 99 nama, iaitu 100 kurang satu.
Siapa yang menghafalnya akan masuk syurga." Sahih Bukhari.

1. Allah
2. Ar-Rahman - Maha Pemurah
3. Ar-Rahim - Maha Penyayang
4. Al-Malik - Maha Merajai/Pemerintah
5. Al-Quddus - Maha Suci
6.As-Salam - Maha Penyelamat
7. Al-Mu'min - Maha Pengaman
8. Al-Muhaymin - Maha Pelindung/Penjaga
9. Al-^Aziz - Maha Mulia/Perkasa
10. Al-Jabbar - Maha Pemaksa
11. Al-Mutakabbir - Maha Besar
12. Al-Khaliq - Maha Pencipta
13. Al-Bari' - Maha Perancang
14. Al-Musawwir - Maha Menjadikan Rupa Bentuk
15. Al-Ghaffar - Maha Pengampun
16. Al-Qahhar - Maha Menundukkan
17. Al-Wahhab - Maha Pemberi
18. Ar-Razzaq - Maha Pemberi Rezeki
19. Al-Fattah - Maha Pembuka
20. Al-^Alim - Maha Mengetahui
21. Al-Qabid - Maha Penyempit Hidup
22. Al-Basit - Maha Pelapang Hidup
23. Al-Khafid - Maha Penghina
24. Ar-Rafi^ - Maha Tinggi
25. Al-Mu^iz - Maha Pemberi Kemuliaan/Kemenangan
26. Al-Muthil - Maha Merendahkan
27. As-Sami^ - Maha Mendengar
28. Al-Basir - Maha Melihat
29. Al-Hakam - Maha Menghukum
30. Al-^Adl - Maha Adil
31. Al-Latif - Maha Halusi
32. Al-Khabir - Maha Waspada
33. Al-Halim - Maha Penyantun
34. Al-^Azim - Maha Agong
35. Al-Ghafur - Maha Pengampun
36. Ash-Shakur - Maha Pengampun
37. Al-^Aliyy - Maha Tinggi Martabat-Nya
38. Al-Kabir - Maha Besar
39. Al-Hafiz - Maha Pelindung
40. Al-Muqit - Maha Pemberi Keperluan
41. Al-Hasib - Maha Mencukup
i42. Aj-Jalil - Maha Luhur
43. Al-Karim - Maha Mulia
44. Ar-Raqib - Maha Pengawas
45. Al-Mujib - Maha Mengabulkan
46. Al-Wasi^ - Maha Luas Pemberian-Nya
47. Al-Hakim - Maha Bijaksana
48. Al-Wadud - Maha Pencinta
49. Al-Majid - Maha Mulia
50. Al-Ba^ith - Maha Membangkitkan
51. Ash-Shahid - Maha Menyaksikan
52. Al-Haqq - Maha Benar
53. Al-Wakil - Maha Berserah
54. Al-Qawiyy - Maha Memiliki Kekuatan
55. Al-Matin - Maha Sempurna Kekuatan-Nya
56. Al-Waliyy - Maha Melinuingi
57. Al-Hamid - Maha Terpuji
58. Al-Muhsi - Maha Menghitung
59. Al-Mubdi' - Maha Memulai/Pemula
60. Al-Mu^id - Maha Mengembalikan
61. Al-Muhyi - Maha Menghidupkan
62. Al-Mumit - Maha Mematikan
63. Al-Hayy - Maha Hidup
64. Al-Qayyum - Maha Berdiri Dengan Sendiri-Nya
65. Al-Wajid - Maha Menemukan
66. Al-Majid - Maha Mulia
67. Al-Wahid - Maha Esa
68. As-Samad - Maha Diminta
69. Al-Qadir - Maha Kuasa
70. Al-Muqtadir - Maha Menentukan
71. Al-Muqaddim - Maha Mendahulukan
72. Al-Mu'akhkhir - Maha Melambat-lambatkan
73. Al-'Awwal - Maha Pemulaan
74. Al-'Akhir - Maha Penghabisan
75. Az-Zahir - Maha Menyatakan
76. Al-Batin - Maha Tersembunyi
77. Al-Wali - Maha Menguasai Urusan
78. Al-Muta^ali - Maha Suci/Tinggi
79. Al-Barr - Maha Bagus (Sumber Segala Kelebihan)
80. At-Tawwab - Maha Penerima Taubat
81. Al-Muntaqim - Maha Penyiksa
82. Al-^Afuww - Maha Pemaaf
83. Ar-Ra'uf - Maha Mengasihi
84. Malik Al-Mulk - Maha Pemilik Kekuasaan
85. Thul-Jalali wal-Ikram - Maha Pemilik Keagungan dan Kemuliaan
86. Al-Muqsit - Maha Mengadili
87. Aj-Jami^ - Maha Mengumpulkan
88. Al-Ghaniyy - Maha Kaya Raya
89. Al-Mughni - Maha Penberi Kekayaan
90. Al-Mani^ - Maha Membela/Menolak
91. Ad-Darr - Maha Pembuat Bahaya
92. An-Nafi^ - Maha Pemberi Manfaat
93. An-Nur - Maha Pemberi Cahaya
94. Al-Hadi - Maha Pemberi Petunjuk
95. Al-Badi^ - Maha Indah/Tiada Bandingan
96. Al-Baqi - Maha Kekal
97. Al-Warith - Maha Membahagi/Mewarisi
98. Ar-Rashid - Maha Pandai/Bijaksana
99. As-Sabur - Maha Penyabar

Sep 25, 2008

Ketuk2 ramadhan

Isnin 22 sept.. Aku masih off shif lagi. So seharian dirmh lah merehatkan
badan. Tak habis lagi penat bershopping semalam.
Abg shif siang, so selepas sahur dan solat subuh dah keluar.
Hari ni aku cuba masak kuih talam gula merah utk berbuka. Percubaan
kali kedua selepas gagal pertama kali dulu.
Kali pertama tu mintak resepi dari mak, so semer main agak2 je. Masa
tu internet problem so tak leh nak google lah. Jadilah kuih talam yg
keras dan tawar. Separuh je termakan dek aku. Abg jamah sket je.
Kali ni aku dah ready salin resepi dari internet.

Sabrina panas badan siket. Penat semalam kot. So dia kerapalah sket
merengek jgk. Cabaran jgk nak memasak ni. Tapi alhamdulillah
menjadik jgk kuih talam sebelum berbuka. Pastu aku goreng sukun.
Hidangan yg simple tapi sedap dimakan. Kali ni kira secukup rasa abg
pun makan byk. Seronoknya..

Selasa 23 Sept.. Sabrina masih demam tapi aktif mcm biasa. Sebab
takut melarat, esok lak aku nak keje so hari ni aku kasi ubat demam.
Resepi berbuka hari ni goreng sukun dan cucur udang. Sebab teringin
nak yg pedas2 pulak. Abg balik awal sket jadi bole tgk2kan Sabrina.

Rabu 24 Sept..Demam Sabrina dah kebah. Alhamdulillah. Aku
bekerja shif malam. Jadi siang bila Sabrina tidur aku siapkan bahan
masak utk bwk bekal dan utk abg makan mlm nanti. Menu ari ni
talam berlauk dan sambal udang msk petai. Talam berlauk pun
pertama kali nak cuba. Resepi dari internet jgk. Masa mula2 masak
aku ingatkan tak jadi pasal lembik je, rupanya bila dah sejuk dia dah
boleh dipotong. So dpt lah aku bwk bekal, bagi kat babysitter dan
tinggalkan utk abg.

Pasal tgn aku penuh dgn beg bekal, beg susu, beg pampers, handbag yg
disandang, aku terlupa beg yg sangat2 penting. Beg pum!!
Aku sedar bila dah masuk Damansara. Punyalah kalut. Tension betul.
Apapun aku msk ofis dulu pkl 7. Buat keje dulu. Mula2 aku cadang
nak balik sekejap pastu dtg balik. Tapi dah duduk 2 jam rasa keje pun
tak banyak, mcm tak berbaloi pulak nak dtg balik. So aku decide ambik
half day aje. So kol 12tgh mlm aku cabut balik rmh. Abg tak tidur lagi
dok ngadap pc. Aku pump dulu baru la zzzz.. tidur tanpa gangguan la
malam ni. Sian Sabrina.. mama rindu.

Sep 21, 2008

Hari cuti


Sabrina dgn high chair baru. Senang nak makan katenye.. hehe


Baju raya ayah beli. Kaler purple dan oren. Sweet..

Hari ni aku bgn seawal jam 4pg. Mata dah tak mau nak tidur. Abg keje
so aku ngan Sabrina je kat rmh. Sabrina kejap2 nak nyusu so kena
sokmo ada sebelah dia lah. Sib baik aku boleh nyusukan sambil baring
je, so tak lah terasa penat sgt. Tekak rasa kering sgt, so aku bangkit
holick plus oat. Pastu ada ayam kfc seketul, lebih dinner mlm tadi aku
belasah skali. Ala2 bersahurlah walaupun sebenarnya cuti.. hehehe

Hari ni keje membasuh dah mengemas sebelum abg balik. Itu yg free
lepas tidurkan Sabrina ni. Terasa nak touch up sket blog. Biar nampak
fresh sket. Nampak otona (dewasa) sket. hehehe..
Dkt kol 10pg tadi aku dpt call dr sorang leader nak suruh aku standby
ari ni. Berat betul rasa hati sebab plan nak shopping ngan abg ptg
nanti. Sib baik aku ada alasan kukuh tak de org nak jaga Sabrina
sebab babysitter balik kpg, abg lak kepenatan. Sorry la yek. tak
dapek nolong.




entry lepas shopping

Lepas zohor hujan trn lebat sgt. Sib baik menjelang pkl 3ptg hujan
reda sket. Abg bangun tido bwk aku bershopping. Mula2 ke Plaza
Alam Sentral beli 2 pasang baju raya aku. Lepas tu ke Tesco
beli brg2 utk buat kek. Hehehe.. semangat nak bakar kek tahun nih.
Lepas tu stop kat berbuka kuetiau goreng kat seksyen 2o.
Balik tu singgah jusco pulak beli high chair dan baju raya Sabrina.
Aku sambar mixer brand sharp.
Sampai rmh dkt kol 10 mlm.. letih betul. Barang yg dibeli sket je
tapi kesana kemari yg ambek masa. Thanks abang sudi melayan
isterinya ni.


Sabrina good girl mama baik je. Dia menyusu dan tidur dlm kereta.
Ada sekali je kat jusco meragam jap nak susu. Letih pun nyer.
Sib baik ada baby room. Tapi tak bestnya bapak2 budak pun dok
sama dlm tu. Tak privacy sebab tak de bilik2 kecik mcm kat
bkt tinggi. Cover2 dgn tudung je lah. Dapat menyusu Sabrina ok balik.

Sep 18, 2008

Susu ibu

Isnin 15 sept.. Sebelah paginya aku masih di kampung. Kitaorg balik
menghantar mak mertua semalam. Tgh hari kitaorg balik ke Meru
sebab nak bw Sabrina ke klinik utk check up setahun.

Excited sebenarnya nak tahu perkembangan berat Sabrina. Rasa2 dia naik
byk jgk sebab terasa beratnya skang. Kali ni nak timbang dia tak nak pulak
dok kat tpt timbang tu, takut nak lepaskan mamanya. So, terpaksa la aku
naik timbang skali. Lepas kira2, berat Sabrina skang 7.2kg. Alhamdulillah.
Ada lah dekat 1/2 kilo dia naik. Dah lama tak naik byk tu. Ikut carta dia
ada kat line kuning. Tapi tak membimbangkan pun sebab fizikalnya sihat.

Baru2 ni kat tv keluar berita pasal bahan beracun dlm susu formula di
China. Kesian sungguh sampai ada yg mati. Walaupun baru seorang tapi
ikut laporan ramai yg kena batu karang. Hopefully benda tu tak berlaku
kat sini. Kalau semer org tau kepentingan bf, FM ni tak lah dirasakan
penting sgt.

http://www.thestar.com/News/article/498031

Nak berkongsi cerita yg dipos di SI.com

Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika.
Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan
sorang lagi anak pompuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku
yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak
lelaki le.... Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang
sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang
sebenar bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut, tiada lagi
ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan
dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah
tersebut. Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua
ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit
masalah tersebut! Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir,
macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata
Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada
penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir
tuh! Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu
berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari
mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya. Setelah
diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum. Ulama
mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak
tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan
sebagainya! Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan
ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut. Setelah dapat
keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama
tersebut. Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu
tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium,
zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu.
Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang
mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada
anak lelaki tersebut ! Maka doktor amerika tadi bertanya, apa
buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa,
bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak
perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka.
Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan
'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding
untuk anak perempuan !

Sep 12, 2008

Otanjoubi omedetou!!




Alhamdullih Sabrina genap setahun hari ini. Terasa kejap je masa berlalu.
Terasa baru je melahirkan dan menyusukan.
Syukur kepada Allah Sabrina sihat dan ceria. Semakin lama semakin
bijak. Cepat belajar, rajin bercakap, aktif. hehehehe..
Hingga hari ini mama masih dpt menyusukan Sabrina sepenuhnya
tanpa campuran susu formula. Lega. Kiranya separuh dari misi sudah
tercapai. Harap tiada halangan utk menggenapkan penyusuan hingga
2 tahun. Aminnn..

Minggu ni aku dan abg keje siang. Jadi malam dapatlah sama2 melayan
Sabrina. Malam tadi dia tidur lambat sgt hampir 1130mlm. Ingatkan dia
nak countdown pkl 12tgh mlm rupanya tak. Hehehe.. Mama pun tak larat
maklum lah hari2 kena bangun awal utk sediakan sahur.
Biasanya kalau dah pkl 10mlm.. aku susukan dia sambil baring, dia akan
tertidur, tp mlm tadi aktif le pulak. Lepas susu je, bangkit nak main2
sambil mulut tu bercakap tak henti2. Berjalannya tak pandai lagi tp
kadang gayanya mcm org dah boleh berlari. Seronok tgk.

Menurut pembacaan kalau baby dah setahun , sistem penghadamannya
sudah matang. Jadi sudah boleh di tambah garam dan gula ke dlm
makanannya. Lega sket rasanya sebab krg dah pantang. Tapi tak
lah cadangan nak tambah garam gula dan makanan yg aku masak utk dia.
Cuma kalau balik kpg ke, tak le risau org terbagi makanan kat dia.
Maklum lah pakcik makciknya ramai. Semua tak sabar nak sumbat
makanan dlm mulut Sabrina. Skang ni pun Sabrina kalau nampak org
makan mcm nak terkam, sure lah org yg tgk dia suka nak kasi.
Insyallah bab makan minum ni mama akan jaga sebaik mungkin.
Kena lagi rajin le surf resepi lepas ni. Tukar2 menu.

Sep 10, 2008

Pertama kali




Ahad 7hb.. hari ini plan asalnya nak bawak mak mertua pulang ke
kpg, tp sebab mak mertua tak jadi balik so kami tak kemana2lah.
Dari pagi sampai tgh hari dok layan tidur je sebab masing2 habis
shif malam.

Tgh hari aku ikut abg ke Tesco SA. Abg hantar borang mintak
kerja. Harap2 adalah rezeki. Dekat sket ngan rmh. Sementara tu aku
bawak Sabrina beli makanan. Beli yogurt dgn cheese aje sebab tak larat
nak bwk byk sambil dokong Sabrina.

Aku sebenarnya teruja hari ini, sebab pertama kali nak berbuka puasa
dgn abg shj sejak berkahwin. kekekekekeke.. pengantin lama.
Sebabnya tahun lepas aku berpantang dikampung, kemudian berberapa
hari sebelum ni mak mertua ada, lepastu kerja pulak.
Kebetulan mlm ni ada terawih di taman kitaorg. Kali ni giliran lorong
aku sediakan makanan. So aku masak mee goreng aje. Utk mlm hanya
ikan goreng dah sayur bayam.
Itu pun letih rasanya maklum lah Sabrina sibuk mengacau. Tak mau
pulak diletak tu. Sibuk dia nak tgk ape kita kacau kat dapur.

Rezeki berbuka, jiran2 ada yg bagi karipap, tauhu sumbat dan bihun
goreng. Sudahnya penuh jg meja walaupun kitaorg msk simple aje.
Insyaallah lepas ni nak merajinkan diri masak kuih. Boleh lah kongsi
sama2 dgn org dekat2.

Sep 5, 2008

Ramadhan dtg lagi

Alhamdulillah bertemu lagi di Ramadhan tahun ini. Tahun ini kali kedua
menyambut Ramadhan dgn Sabrina dan abg. Bezanya tahun lepas aku
berpantang di kampung dan abg berseorangan di rmh. Seronok rasanya
nak berpuasa bersama suami kali ni.
Kalau ikut bulan Islam Sabrina dah pun 1 tahun. Alhamdulillah.
Sudah sihat dan ceria mcam biasa. Lepas demam ni makin cpt dia blajar
sesuatu. Skang ni dah pandai nak masukkan benda dlm mulut. Asalnya
cuma dah ajar mkn biskut je, rupanya semer benda nak masuk. Lepas
tu Sabrina suka tiru ape kita sebut, walaupun dpt yg ujung2 aje.
Kalau dgr suara kat handphone dah pandai gelak2 dan cakap tak lah
tercengang je.

Isnin 1 sept.. hari pertama Ramadhan kami sambut di kampung. Kami
pulang petang semalam. Aku bersahur dan berbuka di rmh mertua
memandangkan dia keseorangan. Aku balik ke rmh mak waktu siang
je. Tak dpt lah nak menolong masak utk berbuka. Tapi sempat aku
belikan sedikit juadah utk mak dan keluarga di pasar Ramadhan.
Pasal penyusuan Sabrina rasanya tak byk masalah. Tambahan pulak
dia dah pandai makan. Jadi adalah gap jgk. Cuma jgn buat dia merajuk
kalau tak tak de lain di carinya. Hehehehe..

Lepas berbuka balik semula ke rmh mak sebab nak bersahur di rmh
mak pulak. Nasib baik abg bercuti ari ni so boleh lah tidur 2 rmh. Cuma
abg tak join skali ke rmh mak aku sebab nak temankan mak dia.

Ramadhan kali ni nampaknya susah lah nak pergi berjamaah terawih
di surau sebab Sabrina kecik lagi. Tapi insyaallah aku buat sendirian
di rmh. Disamping tu kena kerapkan lagi mengaji.
Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yg sebelumnya..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails