Jun 30, 2009

Minggu2 penyakit

Sekarang sudah masuk minggu ke2 aku, Sabrina dan abang
ditimpa penyakit. Aku dan abg demam dan batuk , Sabrina
pulak demam batuk dan selsema.

Bagi kami dah dewasa ni tak de lah masalah sgt. Insyaallah
kejap je baiknya. Tapi bila anak kecil yg sakit, isk isk.. mencabar
jgk lah. Yang aku blajar org sakit sebab kifarah kepada dosa2nya.
Tapi utk org dewasa je lah kan.
Moga2 terhapus lah dosa2ku yang lalu. Aminn..

Sejak Sabrina batuk dan selsema seminggu lepas, selera makan
nampak sgt berkurang. Apa bg pun tak mau. Dah pandai bercakap
kalau kita nak paksa pn susah lah kan. Kang mau di baling2nya
makanan tu. Sib baik lah minum susu masih mau. Susu badan
mcm biasa. Sesekali dia mintak tunjuk gak nak susu tin, tapi
tak de lah minum byk sgt pun. Aku pun bancuh sekadar 2-3oz
tapi slalunya tak habis. Rasanya byk aku yg minum FM dari
dia kot. hehehe..

2,3 malam ni dah Sabrina jg dr jam 2-5pg.. Aku pun dah beberapa
kali lewat masuk ofis. Sib baik lah jenis keje yg tak strict sgt.
Kalo tak mau le kena tindakan.
Skang ni cuaca kalau belah petang dah kerap hujan. Kalau tak
hujan panas sgt la pulak. Sebab tu ramai yg jatuh sakit.
Selsema Babi pun dah makin merebak2. Eeee mintak2 kita
semua dijauhkan . Itulah , Allah pn dah bgtau babi tu punca
macam2 penyakit. Tapi ramai manusia ni tak paham2.
Di radio IKIM kata, babi hanya membuang 20% kotoran dr
badannya 80% lg tertinggal dlm bdn. Eiii.. kotornya.

Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui setiap kejadian.

Jun 22, 2009

Gambar2 Khursus HPA

Wahyuni org Indonesia.

Kak Saira dan Kak Fauziah


Muzaiha dari Sg Besi


Kawan2 yg penuh dgn idea, Halijah, Zamzarina,
Muhaiza dan Hanim.


Kak Halijah ibu mithali dari Bangi.
Gambar-gambar sepanjang menghadiri kursus di Bangi.
Semoga ilmu yg diperolehi dimanfaatkan.
Semoga ukhwah sesama kita berpanjangan.

Jun 15, 2009

Kursus HPA




13-14 Jun aku menghadirkan diri ke PBC HPA dia Uniten Bangi.
Sebenarnya hari Jumaat aku baru confirm tempat. Maklum le
decide nak pegi pun last minute.

Sebenarnya ada member ofis kawen di Perak. Hajat di hati mmg lah
nak pegi sebab dulu dia dtg masa kawen. Tapi abg keje normal mlm
Ahad tu. Pulak tu dah 2 minggu dia cakap aku asyik soh dia
bawak ke sana ke mari. Terasa bersalah le pulak.
Walaupun abg ckp ala main2 tp kena paham2 jgk lah.
So minggu ni tak de lah ke mana ngan abg.
Sembang ngan Wati sanggup pulak dia jaga Sabrina kalo aku
p kursus. Isk.. isk.. bersemangat le pulak jadinya.

Alhamdulillah le aku dah biasa drive sensorang. So tak la takut sgt.
Yang penting naik highway lah. Bayar lebih tak pe la, janji selamat.
Nak ikut jln biasa bknnye aku paham sgt dr Klang.
Program dari 9pg Sabtu sampai 5 ptg hari Ahad.
Sebenarnya malam, lepas abis program bole pulang kalau dpt
kebenaran, mula2 mmg nak balik je sebab malas sgt nak pum susu,
maklum la dah sebulan pencen. Tapi bila masuk kol 10 program
akhir aku dah start letih le pulak. Rasa malas nanti nak peningcarik
jalan balik. Bila contact Wati katanya Sabrina pun ok je.
So lega lah. Tawakkal je lah.
Aktiviti pum susu buat kat bilik je lah.

Pkl 445 ada program Qiamullaill tp tak de rezeki pulak nak join.
So hanya dengar kuliah subuh je lah. Bagus sangat.
Penceramahnya adik Ustaz Asri Rabbani . Dia ni juga org HPA.
Yang lainnya program ni, semua motivator, penerangan dr org
yg berpengalaman dlm HPA sendiri. Tak de la motivator luar
yg tak tau ape2 benda ni.

Keseluruhannya, aku mmg seronok dapat join. Alhamdulillah
dikurniakan kekuatan walaupun aku loneranger je. Semua main
gamble. hehhee.. Walaupun abg tak join, maybe belum minat lagi
tp yg penting kata Ustaz , suami beri kebenaran.
Yes yes.. itu paling penting. Tapi kalau abg ada mesti lg seronok.

Aku sebenarnya berasa sangat insaf, terasa sgt lemahnya org
Islam. Berita dari Ambon dan Palestin paling menyayat hati.
Pembunuhan sesuka hati. Rasanya kalau kita bersatu, ekonomi
kuat, pasti org non muslim hormat.
Kagum sungguh dgn usaha pengasas HPA ni. Sudah lah pemurah
sangat. Pandanganya jauh, bukan harta dunia yg dipandang.

Iskk.. nampaknya sudah silap meletakkan matlamat.
Wang bkn segalanya sebab itu buat kita bahagia sementara saja.
Yang penting kita buat sesuatu utk umat Islam, rezeki utk kita
Allah tetapkan. Bila ada wang lebih penting kita dapat gunakan
ke jalan Allah, utk bekalan kemudian hari.
Alhamduillah syukur, sebab aku masih diberi kesempatan
untuk berubah. Masih diberi waktu. Insyaallah akan berubah.
Dari pakaian, perbuatan, cara hidup.. Insyaallah.

* utk yg mengenali andainya anda merasa sy masih sama,
tegur2 lah ye.

Jun 9, 2009

Sabrina setahun 9 bulan



Alhamdulillah kemarin 12 Jun genap usia anak mama 21 bulan
atau setahun 9 bulan.
Hari Isnin 8hb, mama dah bawak dia pegi check up mcm biasa
kat klinik kesihatan Meru. Imunisasi sudah habis bila dia genap
setahun 6 bulan lepas, so kali ni cuma timbang dah soal selidik je.
Hasil timbang 8.5kg. Masih mengekalkan berat dibawah line kuning.
Hehehee.. rasa2 bila dukung dah semangat. Ada la jgk
peningkatan. Yang penting badan sihat, makan minum, buang air
lawas. Yehhhh.. sesuai le ngan kemampuan mamanye pun.
Skang ni ada sama mama ngan ayah, Rina (panggilan ayahnya guna)
ni punya la bising mulutnya. Lagi2 kalau dlm kereta. Macam bertih
goreng. Start aje enjin sampai le sampai tpt tujuan.
Sampai tak larat nak layan. Bila nyusu or time balik je dia senyap
siket. Rasa2 nak di rakam je, tp kang kita ambik video dia pulak
nak tunjuk pandai ambik gambar kita.
Semoga anak mama kekal sihat dah cergas. Menyebut nombor
dah huruf rumi, jepun dah boleh difahami. Alhamdulillah.
Moga2 hatinya terang dan senang dibentuk.
Amin ya robbal alamin...

Ceramah Ustaz Zahazan


Dah lama sangat nak update pasal isi ceramah bersama Ustaz
Zahazan sempena Hari Ibu di Meru tapi asyik tersibuk ngan
cerita2 lain pulak.

Topik utama mestilah tentang pendidikan anak. Antara perkara
yg penting dalam mendidik anak2:
1. Mementingkan didikan agama.
2. Memberi sumbangan utk sekolah mengikut kemampuan.
3. Jangan mendera anak fizikal dan mental.
4. Mendidik dgn penuh ilmu.
-memandang anak dgn penuh kasih
-mengajar kemahiran
-mengajar tentang adab

"Sesiapa yg diuji Allah dan tidak biasa dengan adab, dia akan musnah"

Ustaz jg mengingatkan kita tentang tangungjawab memilih media
yang sesuai dgn ajaran Islam. Kerana kebanyakan sumber media
yang ada adalah berbentuk hiburan dan melalaikan.

Sebagai alternatif beliau memperkenalkan majalah SOLUSI edaran
Telaga Biru. Insyaallah akan dptkan dlm ms terdekat.
Buat masa ini katanya edarannya masih terhad tapi boleh didapati
ni MPH atau membeli secara online di web Telaga Biru.

Nao-chan datang




Antara 'omiyage' dari Nao-chan. Kebanyakannya mmg
brg comel kitty-chan. Cadar, bantal peluk, set cawan
dan sudu dewasa, set cawan kanak2, mangkuk salad,
yukata utk Sabrina dan lain-lain.

28 Mei.. Nao dan adiknya datang lagi ke Malaysia. Tak
pasti kali yg keberapa. Rasanya setahun sekali mesti dia dtg
sini nak beli barang2 keperluan.
Kali ni aku dpt jumpa sekejap je. Kitaorg lunch sama kat
Midvalley sebab aku nak bergegas balik kpg... kononnye lah.

Aku ambik half day, 1230 kuar opis pkl 1 lebih baru msk
MV. Hari jumaat penuh gile parking. Tak pasti pulak sebab
apa. Bila jumpa kitaorg terus p makan kat food court.
Naochan katanya lepas ni nak p ngajar Japanese kat
Swizeland. Fuhhh.. jauh tu. Harap2 ade la rezeki aku ke sana.
Hehehe.. berangan je lah.
Tak tau lah lepas ni dapat ke dia jalan2 ke sini lagi.
Biasanya barang2 yg nak di carinya serbuk kari, keropok udg,
gula perasa durian ke mangga, jeli mangga apa2 la makanan
yg ada citarasa Malaysia. Punya la minatnya dia ngan
Malaysia. Kagum pulak aku.

Actually mereka kawan Noora, tp sebab masa bujang2 tu aku
dah pernah ikut skali diaorg jalan2 sini, makanya dah jadi
kawan aku le jugak. Dia pun punyalah pemurah asal datang
macam2 hadiah dia angkutnya esspecially barang2 kitty.
Rasa bersalah pun ada jgk. Sebab yg aku tolong tu brapa kali
aje, tapi tiap kali dtg pulak dia kasi mcm2 hadiah.
Salah satu sifat orang Jepun yg aku kagum, mereka ni mmg
pemurah dan mengenang jasa orang. Walaupun dah lamaaaaa
benda tu berlaku.
Moga2 aku pun dikurniakan sifat2 tu lah.
Yang baik kita tiru yg buruk kita lupakan.

Jun 5, 2009

Mak ke umrah




Jumaat 5 Jun.. Mak mertua aku selamat berangkat mengerjakan
umrah dgn Al Fajh Travel. Dia berlepas dr KLIA pkl 10pg.
Memandangkan pergi berkumpulan pkl 730pg dah kena kumpul
di KLIA. Kami dari rmh seawal jam 6.10pg lepas solat subuh
dan menjamah sedikit sarapan.
Yang menghantar mak cuma sebuah kereta je. Kak Ijan
dah dtg ke rmh ptg semlam. Adik beradik abg yg lain bersalam
ikut telefon je. Mak mertua aku mmg pertama kali nak ke Mekah,
jadi agak nervous. Risau jgk lah sebab kakinya bkn kuat sgt.
Mata alhamdulillah dah agak terang lepas pakai satu ubat
mata nih. Tapi Insyaallah ada yg menjaga nya nanti.
Allah bersama org2 yg mengingati-Nya.
Aku pun teringin jgk nak bersama mereka.
Insyallah akan menyusul kemudian.

Jun 4, 2009

Blog yg sepi

Nampaknya buat seketika blog ni sepi je. Hari tu sibuk ngan urusan
keluarga, pulak tu kena ambil exam pulak disaat Sabrina baru
baik dari demam. Letih jgk la rasanya.
Actually ms Sabrina demam dia lebih byk tidur sebab letih sgt kot,
tp internet kat rmh pulak ada problem.
Rasanya Sabrina demam sebab cuaca panas yg lain mcm rsnya
skang ni. Hari tu aku bwk Sabrina ke ceramah Ustaz Zahazan
mmg hari tgh panas. Balik terus badannya panas.

Walaupun ada sedikit masa habiskan ngan study je la.. sib baik lah.
Ada soalan bocor dpt jgk le lepas. Itupun En Hazizi kasi tau
sejurus sebelum exam.

Exam tu kat sebelah MidValley je. Kebetulan abg keje malam
so dia pun ikut sekali. Habis exam yg tak sampai setengah jam
tu, aku ajak abg shopping sampai lenguh kaki.
Melepaskan geram le konon. Hehehe.. lagipun terlanjur
keluar sama kan. Dapat le di beli beberapa brg utk
Sabrina dan sepasang kasut utk diriku.

Balik dr Midvally ajak abg ke Ikea pulak. Berjalan sakan.
Memerah tenaga abg habis-habisan. Hehehe..
Niatnya mencarik brg dapur dan kerusi Sabrina.
Alhamdulilah dpt kedua2nya. Tak sudah2 rasanya mengucapkan
syukur sebab dpt apa yg dihajati. Thanks abg juga sudi melayan
kerenah isterinya ini.

Minggu lepas mak mertua buat kenduri doa selamat nak pergi
umah esok 5 Jun. Mak ikut sekali kitaorg balik Meru. Seminggu
ni mak mertua ada la kat rmh. So takkan le aku nak ngadap PC
pulak kan. Kena lah hormat. Insyaallah esok aku dan abg bercuti
utk hantar mak mertua ke airport. Mak aku akan dtg dr kampung
petang ni. Harap tak de aral lah.

Di opis, dlm 2 minggu ni aku sibuk la mengajar 3 org kohai
yg baru masuk. Maklum la dah senior. Tu yg tak sempat nak
tgk internet langsung pun di opis.
Hari ni insyaallah berpuasa ganti.. tu la ade la siket ms
tgh hari ni..

gambo nanti le aku upload.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails