Jun 9, 2009

Sabrina setahun 9 bulan



Alhamdulillah kemarin 12 Jun genap usia anak mama 21 bulan
atau setahun 9 bulan.
Hari Isnin 8hb, mama dah bawak dia pegi check up mcm biasa
kat klinik kesihatan Meru. Imunisasi sudah habis bila dia genap
setahun 6 bulan lepas, so kali ni cuma timbang dah soal selidik je.
Hasil timbang 8.5kg. Masih mengekalkan berat dibawah line kuning.
Hehehee.. rasa2 bila dukung dah semangat. Ada la jgk
peningkatan. Yang penting badan sihat, makan minum, buang air
lawas. Yehhhh.. sesuai le ngan kemampuan mamanye pun.
Skang ni ada sama mama ngan ayah, Rina (panggilan ayahnya guna)
ni punya la bising mulutnya. Lagi2 kalau dlm kereta. Macam bertih
goreng. Start aje enjin sampai le sampai tpt tujuan.
Sampai tak larat nak layan. Bila nyusu or time balik je dia senyap
siket. Rasa2 nak di rakam je, tp kang kita ambik video dia pulak
nak tunjuk pandai ambik gambar kita.
Semoga anak mama kekal sihat dah cergas. Menyebut nombor
dah huruf rumi, jepun dah boleh difahami. Alhamdulillah.
Moga2 hatinya terang dan senang dibentuk.
Amin ya robbal alamin...

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails