Showing posts with label HPA. Show all posts
Showing posts with label HPA. Show all posts

Apr 15, 2010

Obsesi

Canggih sket tajuk posting kali nih.. hehe..
Obses tu kira word yang tepat la nak citer kat sini.
Tak ade la citer ape sangat.. cuma lepas2 bersalin ni aku rasa
macam obses sgt nak mencantikkan diri. Hahaha.. dan terasa
tua.. takut pulak. Ish isk...patutnya nak cantikkan dalaman sama.

Ok.. ringkas je lah ceritanya. Lepas2 bersalin ni aku banyak
jgk shopping kosmetik la, makanan kesihatan la utk tujuan
diatas. Nak ulang word tu segan la pulak..hahaha..

Antara benda yang aku beli
Bulan lepas.. Make up FCC- eyeshadow, foundation, cocoa collagen
Bulan ni.. eyliner, evergreen centella HPA, set detox HPA

Selain tu malam sebelum tido makin rajin la pakai brg HPA utk
haluskan kulit. hihihi.. Pagi2 make up sket.. pakai krim kecantikan
syahirah sebelum berbedak. Kalau dulu jgn harap la.
Konon2nye natural beauty jek.. kikiki..
rasa sedap sket la mataku memandang. Cik abang no komen
lagi.. tapi dia pun dah setat pakai sabun pegaga HPA sejak kawan
dia order. Nak berubah gak kot.. hahaha..



Posting ni syok sendiri je.. kepada pembaca harap bersabar yek.

Jun 22, 2009

Gambar2 Khursus HPA

Wahyuni org Indonesia.

Kak Saira dan Kak Fauziah


Muzaiha dari Sg Besi


Kawan2 yg penuh dgn idea, Halijah, Zamzarina,
Muhaiza dan Hanim.


Kak Halijah ibu mithali dari Bangi.
Gambar-gambar sepanjang menghadiri kursus di Bangi.
Semoga ilmu yg diperolehi dimanfaatkan.
Semoga ukhwah sesama kita berpanjangan.

Jun 15, 2009

Kursus HPA




13-14 Jun aku menghadirkan diri ke PBC HPA dia Uniten Bangi.
Sebenarnya hari Jumaat aku baru confirm tempat. Maklum le
decide nak pegi pun last minute.

Sebenarnya ada member ofis kawen di Perak. Hajat di hati mmg lah
nak pegi sebab dulu dia dtg masa kawen. Tapi abg keje normal mlm
Ahad tu. Pulak tu dah 2 minggu dia cakap aku asyik soh dia
bawak ke sana ke mari. Terasa bersalah le pulak.
Walaupun abg ckp ala main2 tp kena paham2 jgk lah.
So minggu ni tak de lah ke mana ngan abg.
Sembang ngan Wati sanggup pulak dia jaga Sabrina kalo aku
p kursus. Isk.. isk.. bersemangat le pulak jadinya.

Alhamdulillah le aku dah biasa drive sensorang. So tak la takut sgt.
Yang penting naik highway lah. Bayar lebih tak pe la, janji selamat.
Nak ikut jln biasa bknnye aku paham sgt dr Klang.
Program dari 9pg Sabtu sampai 5 ptg hari Ahad.
Sebenarnya malam, lepas abis program bole pulang kalau dpt
kebenaran, mula2 mmg nak balik je sebab malas sgt nak pum susu,
maklum la dah sebulan pencen. Tapi bila masuk kol 10 program
akhir aku dah start letih le pulak. Rasa malas nanti nak peningcarik
jalan balik. Bila contact Wati katanya Sabrina pun ok je.
So lega lah. Tawakkal je lah.
Aktiviti pum susu buat kat bilik je lah.

Pkl 445 ada program Qiamullaill tp tak de rezeki pulak nak join.
So hanya dengar kuliah subuh je lah. Bagus sangat.
Penceramahnya adik Ustaz Asri Rabbani . Dia ni juga org HPA.
Yang lainnya program ni, semua motivator, penerangan dr org
yg berpengalaman dlm HPA sendiri. Tak de la motivator luar
yg tak tau ape2 benda ni.

Keseluruhannya, aku mmg seronok dapat join. Alhamdulillah
dikurniakan kekuatan walaupun aku loneranger je. Semua main
gamble. hehhee.. Walaupun abg tak join, maybe belum minat lagi
tp yg penting kata Ustaz , suami beri kebenaran.
Yes yes.. itu paling penting. Tapi kalau abg ada mesti lg seronok.

Aku sebenarnya berasa sangat insaf, terasa sgt lemahnya org
Islam. Berita dari Ambon dan Palestin paling menyayat hati.
Pembunuhan sesuka hati. Rasanya kalau kita bersatu, ekonomi
kuat, pasti org non muslim hormat.
Kagum sungguh dgn usaha pengasas HPA ni. Sudah lah pemurah
sangat. Pandanganya jauh, bukan harta dunia yg dipandang.

Iskk.. nampaknya sudah silap meletakkan matlamat.
Wang bkn segalanya sebab itu buat kita bahagia sementara saja.
Yang penting kita buat sesuatu utk umat Islam, rezeki utk kita
Allah tetapkan. Bila ada wang lebih penting kita dapat gunakan
ke jalan Allah, utk bekalan kemudian hari.
Alhamduillah syukur, sebab aku masih diberi kesempatan
untuk berubah. Masih diberi waktu. Insyaallah akan berubah.
Dari pakaian, perbuatan, cara hidup.. Insyaallah.

* utk yg mengenali andainya anda merasa sy masih sama,
tegur2 lah ye.

Feb 18, 2009

Pengorbanan

Pelik rasanya mengadap komputer pada masa ini. Selalunya lepas
balik kerja mmg le tak de keje lain selain melayan Sabrina mama.
Hari ini jadual bertukar sket. Masa kerja still mcm biasa cumanya
sebab aku nak ikut kelas mingguan HPA mlm ni so Sabrina
masih di rmh Wati.

Actually aku plan nak ambek Sabrina lepas balik kerja tp Wati
takut nanti malam aku hantar menangis pulak dia. So dia
suggest aku tak payah ambek Sabrina dulu.
Ebm mmg ada aku bekalkan lebih dari biasa.
Walaupun terasa sedih sket, tp utk kebaikan terpaksa lah
berkorban sket. Moga2 semernya berjalan lancar.
Jgn marah mama yer manja mama..

**updated**

Kelas malam bermula lewat sejam dr jadual asalnya. Eiii angin
le jgk. Tapi pasal dah alang2 datang tunggu jgk lah. Kira dugaan
je la nih..
Tapi yg merisaukan Sabrina la, nanti lewat sgt pulak ambeknya.

Ingat nak balik awal dlm 10:45mlm tp rasa rugi pulak tak dgn
presentation sampai habis. Menarik sebab baik ilmu yg dicurahkan
psl marketing plan dah produk HPA.
Kol 11 aku msg Wati ckp lewat sket ambek Sabrina. Pastu Wati
reply tak pyh le ambik psl Sabrina dah tido. Esok pagi dia soh
aku hantar baju ngan ebm je.
Aduihhhh!!! tak sanggup le pulak aku nak berpisah semlm
ngan Sabrina.Dah la sehari suntuk tak jumpa anak mama ni.

Pkl 1130pm baru balik dkt kol 12 sampai rmh Wati. Diaorg
mmg tak tido lagi.. so tak le mengganggu. Sabrina aku angkat
je terus tersedar dan menangis kuat. Tapi sib baik kejap je la.
Terkejut kot tetiba je mamanya muncul .
Sayang anak mama.. ngantuk2 pun sempat gak dia melambai
kat ibu Wati. Sampai kat rmh nyusu2 terus sambung tido.
Alhamdulillah tak meragam ke apa..

Kopi radix, Radix koko, Teh herba, Madu asli, spirulina, kapsul roselle
dan coscinium plus.

Feb 17, 2009

Monthly check up


Cik Sabrina tgh sibuk tulis appointment. BZZZZ


Harini mama ambik cuti sebab nak bawak Sabrina ke klinik
gomen. Nak kena timbang dan ambek result poo poo dia.
Abang cuti so lega sket ada tukang bawa.

Bangun pagi sementara Sabrina tidur lagi, aku ngemas membasuh
dan sarapan ngan abg. Lemang pasar malam semalam plus buah
epal. Hehehee.. sedikit healthy.

Dekat pkl 9 baru Sabrina jaga, lewat sket pasal semalam tidur
dkt kol 11. Siap2 dkt kol 10 baru keluar ke klinik. Appointment
pkl 10;30 so kira awal sket lah. Sampai klinik org punya la ramai.
Aku ingat sure la lambat lagi, rupanya utk budak2 punya la
cpt. Dlm 30 minit dah siap timbang dan interview ngan nurse,
boleh balik. Result ujian poo poo dia belum keluar lg so tgg
next month baru tau.
Timbang kat klinik 8.0kg. Ok lah ada naik sket.

2,3 hari ni Sabrina byk minum je. Maybe sebab panas kot.
Bagi la air ke susu prediasure je mau je. Tapi makan sket2
je pasal dah kenyang air kot. Sampai sendawa2 kdg tu.

Lepas tu kitaorg ke stokis HPA klang. Aku baru je join HPA
minggu lepas sebabnya lepas kempen boikot brg2 Amerika
dan Israel aku tercari2 produk keluaran tempatan yg senang
di beli, halal, berpatutan di samping boleh kumpul point skali.
Lagipun byk keperluan harian ada dlm senarai produk HPA,
stokis pun dekat senang nak beli ape2.

Actually aku rasa ini kali ke3 aku nak melibatkan diri
secara serius dgn MLM nih. Dulu masa bujang dah cuba 2
jenis lama2 tak jgk dpt ke mana. Walaupun dah kawin ni masa
tu terhad, tp dgn adanya internet mungkin bukat setakat
pengguna je. Insyaallah dgn sokongan suami dan Sabrina,
hopefully bole le tambah sket income nanti.
Sabrina kena jagi model mama le nanti. hahahahaa..

sorry la termelalut lak.. hehehe..kot le ada yg terbaca
blog nih, terminat nak kongsi pulak bole la kontek2 yek.
ngeh ngeh ngehhhhh




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails