Cik Sabrina tgh sibuk tulis appointment. BZZZZ
Harini mama ambik cuti sebab nak bawak Sabrina ke klinik
gomen. Nak kena timbang dan ambek result poo poo dia.
Abang cuti so lega sket ada tukang bawa.
Bangun pagi sementara Sabrina tidur lagi, aku ngemas membasuh
dan sarapan ngan abg. Lemang pasar malam semalam plus buah
epal. Hehehee.. sedikit healthy.
Dekat pkl 9 baru Sabrina jaga, lewat sket pasal semalam tidur
dkt kol 11. Siap2 dkt kol 10 baru keluar ke klinik. Appointment
pkl 10;30 so kira awal sket lah. Sampai klinik org punya la ramai.
Aku ingat sure la lambat lagi, rupanya utk budak2 punya la
cpt. Dlm 30 minit dah siap timbang dan interview ngan nurse,
boleh balik. Result ujian poo poo dia belum keluar lg so tgg
next month baru tau.
Timbang kat klinik 8.0kg. Ok lah ada naik sket.
2,3 hari ni Sabrina byk minum je. Maybe sebab panas kot.
Bagi la air ke susu prediasure je mau je. Tapi makan sket2
je pasal dah kenyang air kot. Sampai sendawa2 kdg tu.
Lepas tu kitaorg ke stokis HPA klang. Aku baru je join HPA
minggu lepas sebabnya lepas kempen boikot brg2 Amerika
dan Israel aku tercari2 produk keluaran tempatan yg senang
di beli, halal, berpatutan di samping boleh kumpul point skali.
Lagipun byk keperluan harian ada dlm senarai produk HPA,
stokis pun dekat senang nak beli ape2.
Actually aku rasa ini kali ke3 aku nak melibatkan diri
secara serius dgn MLM nih. Dulu masa bujang dah cuba 2
jenis lama2 tak jgk dpt ke mana. Walaupun dah kawin ni masa
tu terhad, tp dgn adanya internet mungkin bukat setakat
pengguna je. Insyaallah dgn sokongan suami dan Sabrina,
hopefully bole le tambah sket income nanti.
Sabrina kena jagi model mama le nanti. hahahahaa..
sorry la termelalut lak.. hehehe..kot le ada yg terbaca
blog nih, terminat nak kongsi pulak bole la kontek2 yek.
ngeh ngeh ngehhhhh
No comments:
Post a Comment