Lamanya tak posting.. sibuk sgt rasanya hari2 kerja.
Ni nak simpan kenangan masa balik kampung hari raya cina
2 minggu lepas. Aku balik hari Ahad pagi 25hb lepas abg
balik keje night shif. CNY 26,27hb aku just ambik cuti hari isnin je
sebab nak jimat cuti, lg pun kesian dgn org yg keje, ramai bercuti.
Sebelum balik kpg aku mintak abg bawakkan ke Klang Parade.
Beli kek kat Secret Recipe. Dah lama berhajat nak jamu family
kek yg sedap. Kemarin ke Seksyen 7 ada la terjumpa kedai kek
org melayu yg sedap tp itu lain kali lah pulak.
Org kat kpg mmg menanti. Sebab dah inform awal2 kat Uda takut
dia balik Klang awal. Alhamdulillah semua suka.
Hari Isnin sempat ke kenduri kahwin saudara. Abg Moen pn
ada balik dari KS. Petang kat rmh mak mmg meriah. Tapi aku
nak balik awal sebab nak ke MidValley. Nak tengok pameran
produk org2 Islam. Sebelum balik singgah rmh mertua dulu. Mak
sibuk nak masakkan talam ubi pulak.. Kena jgk lah tunggu.
Sudahnya lepas asar baru bertolak. Alang2 dah plan pergi jgk lah
lagi pun anak sedara aku ikut sama. Boring pulak dia nanti.
Sampai MV excibition dah nak abes pun. Tak brapa bya info yg
dapat di ambil. Jualan pn dah boring2. Nasib baik ada pertunjukan
acrobatik dari China sempena CNY ni kat centerpoint so tak le
boring sangat cik Mira. Habis tu kitaorg makan kat PizzaHut
dan bekalkan satu utk Mira bwk balik.
Hantar Mira balik ke rmh, barulah balik Meru. Dekat 11 malam
baru sampai rmh. Penat mmg penat.. tp tul e.. nak sgt berjalan.
No comments:
Post a Comment