Showing posts with label Nur Khalisha. Show all posts
Showing posts with label Nur Khalisha. Show all posts

Apr 22, 2011

Khalisha setahun tiga bulan

Salam..

Hari ni genap usia Nur Khalisha setahun 3 bulan.
Alhamdulillah anak mama yang seorang ni semakin sihat.
Dalam 2 minggu ni Khalisha dah makan nasi biasa je . Bubur
memang dia dah tolak.
Berat Khalisha bulan lepas 5.8kg. Seleranya drop sekejap masa
demam. Tapi seminggu ni nampak berisi balik. Harap2 terus naik lah.

                                            Dah boleh duduk dgn gembiranya kat baby chair.



Khalisha dah ade 4 batang gigi depan. 2 atas dan 2 bawah. Kalau menggigit
memang le sakit tak ingat. Huhu..
Skang dah pandai menyusur. Mama kena rajin kasi dia exercise utk berjalan.
Ada dpt advise utk selalu urut bahagian belakang utk mudahkan dia berjalan.
Kadang2 ingat2 kadang2 lupa. Tapi dah nampaklah gayanya nak berjalan.


Gambar kakak main kat McDonal.

Mar 11, 2011

Khalisha yg comel


Sudah agak lama tak ada entry khas utk Khalisha.
Alhamdulillah Khalisha sudah mencecah 1 tahun 2 bln. Kejap
aje yer.. terasa macam baru semalam melihat dia di dlm balang
kaca. Dah besar dan sihat. Syukur kepada Allah.
Sejak semalam Khalisha sudah dpt merangkak setapak dua.
Kalau seminggu sebelum ni cuma buat gaya aje..dah maju la tu.
Berdiri pegang meja, kerusi dah kira kuat lah. Keras kakinya.



Susu masih dapat bekalkan susu badan sepenuhnya. Walaupun
dlm seminggu ni agak kurang supplynya, nasib baik lah ada stok
yg dapat membantu.
Tapi setakat ari ni cuma tinggal 4 stok beku. Hasil pum dari 3 botol
ke 2 botol jadi kena lah turunkan stok beku sebotol sehari.
Harap bertahan lah..
Kena start survey2 susu formula utk waktu akan datang nih.
mmmm... terbaca pasal susu ilham di sini . Nampak menarik.
Sebabnya penghasilannya dgn proses IMP dan ada makanan sunnah.
Insyallah nak cuba nanti.

Aug 29, 2010

Stok susu Ramadhan - Khalisha 7 bulan


                                                Stok susu Khalisha setakat hari ini.



Khalisha sudah 7 bulan dgn berat terkini 4.5kg. Alhamdulillah.
Kalau dibandingkan dengan berat bulan lepas cuma naik 200gm.
Agak sedikit kenaikannya kali ini, sebab di pertengahan bulan
Khalisha demam seminggu dan kurang selera nak makan dan menyusu.
Skang sudah kembali normal.

Khalisha skang pantang nak baring sendiri. Kalau dulu rasa amat mudah,
lepas meyusu je biarkan dia baring sendiri tgk tv nanti dia tidur sendiri.
Tapi skang pantang kita baringkan walaupun sekejap, dah menangis sakan.
Memang agak mencabar saat ini.
Hanya Allah aje yang tahu kenkadang rasa tension tpi kena lah kawal
perasaan. Kalau Sabrina pulak mengada2 lagilah . Nakal jgk Kak ayong
ni. Tertumpah lah, terpijak , terketuk adik mcm macam ter.. kena angin
tak baik aku pn hilang sabar laju je tgn mencubit or pkl kakinya.
Kadang kesian jg, tapi kalau redha dia tak tau pulak benda tu salah.

Bebalik pada Khalisha, stok ebm utk Khalisha agak byk berkurangan.
sblm ini byk kali jg aku pum 2 kali shj kat opis. Atas alasan tak sempat.
Bila stok dah menyusut baru aku pastikan pum 3 kali. Dan pum juga
hujung minggu. Insyaallah masih mencukupi.
Khalisha perlukan sehari dlm 12oz sahaja. Aku tinggalkan dia dr jam
8 sampai 630 otg. Biasanya last menyusu pkl 730 or pkl 8.

Buat masa ni aku kekalkan ambil kopi radix, spirulina, koko radix
dengan harapan bdn aku dpt supply susu sebanyak demand Khalisha.
Insyaallah.

Selain tu doa kepada Allah tak putus agar anak2 mama menjadi
anak2 yang solehah, senang dididik, mendengar kata, sihat, pintar,
dijauhkan dari sebarang penyakit. Amin Ya Rabbal alamin....

Aug 7, 2010

Dugaan sekejap

Kalau ada yang baca posting sebelum ni tajuknya "Minggu Demam".
Aku ingatkan seminggu je menjaga anak demam, rupanya demam Khalisha
tak baik sampai lah 2 hari lepas.
Dari Allah datangnya penyakit Allah jua yang Maha Menyembuhkan.

Hari Sabtu minggu lepas abg ajak balik kampung. Masa tu demam Sabrina
dah ok, Khalisha tinggal batuk dan selsema. So ajak abg p buat rawatan
kat Klinik Dr Salleh kat kpg. Rawatan Sonotron. Kata doktor tujuannya utk
melancarkan peredaran darah. Caranya dengan menghalakan satu alat yang
memancarkan gelombang macro ke tempat yg nak di rawat. Macam Khalisha
di halakan ke hidung dan tekak.
Aku cuba je sebab dia tak menggunakan ubat. Sebaliknya aku yg kena mkn
sedikit ubat dgn di suruh ambil vitamin utk menambah kualiti darah since
Khalisha menyusu badan. Menarik penarangan doktor tu.

Petang Ahad masa aku di rumah mak, kepala Khalisha dah mula rasa panas.
Lepas Isyak kitaorg balik ke Meru badan Khalisha dah panas. Apa yg aku buat
cuma lap kan dengan towel basah. Khalisha masih selesa tidur.
Hari Isnin walaupun Khalisha panas, sebab ada tugasan aku still kerja walaupun
rasa tak sedap hati. Alhanmdulillah dapat balik cpt.
Hari Selasa bawak Khalisha ke KPJ Sel utk check darah. Dari pagi sampai
ke petang menunggu je kejenya. Sebabkan anak bersabar jgk lah.
Hasil ujian darah, Khalisha dijangkiti virus. Tapi masih boleh di kawal jadi
doktor bekalkan antibiotik selain ubat demam, batuk dan selsema.

Hari rabu, ingatkan nak pegi keje elok je nak bersiap Khalisha menangis
tak berhenti. Nasib baik abg ada sebab abg cuti malam sebelumnya.
Ambik masa jgk nak berentikan menangis, rupenya Khalisha kembung.
Meragam aje lah sepanjang pagi sampai lah ke tengah hari.
Lepas zohor baru la lega bole baring kat bawah.
Nak masak pun dah malas so ajak abg ke Pizza Hut n beli barang dapur
kat 99 dengan kedai HPA meru.

Hari Khamis, masa nak pergi kerja nampak muka Khalisha merah padam.
Badan dah tak panas batuk pun nampak kurang. Tapi aku biarkan aje
kot merah sementara.
Balik dari keje wati kata ruam naik satu badan.
Eiiiiikkkkk.. dah rasa lomah dah. Apa lagi lah agaknya. Tak mungkin campak
pulak. Apapun mlm tu aku bgtau mak dan abg yg keje.
Abg pesan jgn bagi ubat dan sapu losyen.
Mak pulak kata biarkan aje kalau campak biar semua keluar.
So aku just sapu sket losyen kat muka Khalisha nak tengok kot ada
perubahan.

Hari Jumaat muka Khalisha dah macam biasa. Tak merah2 lagi.
Merah panas kot.. lega. Just pesan dgn wati jangan kasi ubat batuk dan selsema.
Takut dia tak tahan ubat tu. Lagipun Khalisha dah tak teruk.
Balik dari keje wati bgtau Khalisha ok je tak meragam.
Barulah lega rasanya..

Disaat2 macam ni kalau ikutkan hati mmg rasa lemah je. Sib baik lah ada
beli buku pasal " Terapi Ayat Suci" , Dalam buku tu adalah kasi tips tentang
ayat penyembuh. Antaranya baca Surah Fatihah ulang 7x, ayat Kursi, tiga Qul,
Al baqarah 285, 286.  Ayat-ayat suci ni mampu membetulkan sel-sel yang
rosak dlm tubuh manusia termasuklah kanser.
Wallahualam..

Jul 24, 2010

MInggu demam

d caption
 


Gambar terkini Nur Sabrina dan Nur Khalisha.


Dalam seminggu ini, anak2 tidak berapa sihat. Minggu yang mencabar lah
kalau anak tak sihat ni. Mula2 Sabrina demam di ikuti dengan batuk dan 
selsema. Berjangkit dari kenkawan kat rmh Wati. Lepas tu Khalisha pulak
menunjukkan tanda nak batuk. Mmm sabar je lah. Abang pulak kerja malam..
dah dua tiga malam rasa tak ckp tidur melayan karenah Sabrina yg meragam
tengah2 malam. Tak selesa lah kot. Tapi kadang2 hilang sabar juga kalau
ape saje yg kita buat tak kena. Memang jadi mama ni bab urus anak2
mmg mencabar. Moga2 Allah memudahkan segala urusan.
Aminnnnnn

Jul 9, 2010

Anak-anak

Syukur kepada Allah sampai juga ke penghulu segala hari,
hari Jumaat. Lebih istimewa hari ini 27 Rejab antara  hari2 yg sangat
elok utk kita menambah amalan.
Semalam dengan hari ini Insyaallah aku berpuasa sunat.
Setakat ni tak ada effect pada ebm. Yang penting kena pastikan
sahur dgn makanan berat iaitu nasi.
Kalau tidak lepas pum mmg rasa letih la dulu. Bagus juga sesekali
berpuasa ni, jadi lebih bersedia utk Ramadhan nanti.

Khalisha dah hampir seminggu pandai meniarap. Tapi kepala
tak pandai angkat lagi. Mungkin 2,3 hari lagi dah boleh. Nampak
perkembangannya lebih cepat dari Sabrina. Mungkin sebab
badannya lebih ringan.
Sekarang sudah 5 bln setengah.. mungkin ada 4kg.
Penyusuan bagus. Sekali minum skang boleh sampai 3oz. Tapi
stok ebm pulak agak susut. Sebabnya mungkin aku kurang pum
di rumah. Takut stok terus merundum, dah 2 hari aku bangun
perah pagi2. Dulu masa Sabrina sebelum tidur dgn pagi mmg aku
akan pum susu, sekarang agak malas sket.. hihi.. tak boleh
diteruskan. Skang ni malas nak pakai pum kalau di rumah,  aku prefer
pakai tangan je sebab malas nak basuh pum. Sedikit sebanyak skill
hand expression bertambah lah. Yakin juga kalau tak de pum.

Sabrina sudah totally tak menyusu badan. Minggu ini dia ok je.
Tidur pun senang tak de meragam macam seminggu sebelum ni.
Alhamdulillah. Sebenarnya bukan satu kebanggaan memberhentikan
anak menyusu, tapi rasanya sudah sampai masanya utk Sabrina berhenti
setelah 2 tahun setengah menyusukannya.
Mulutnya makin bising. Kadang tak terlarat nak layan.
Tapi bahayanya dia dah pandai nak angkat adik. Dah 3 kali dia
angkat Khalisha agak jauh. Fuhhh.. berderau darah mama!!
Mentang2 lah Khalisha tu ringan sangat senang2 je dia angkat.
Khalisha pulak tak menangis langsung jd kadang aku tak perasan.
Orang kata pantang lepa Sabrina ni. Kena lebih bagi perhatian.

Sukanye tengok Khalisha tidur nyenyak cam ni. Aman je rasa..

Jun 24, 2010

Anak-anak

Hari ni nak pergi ke klinik Meru utk monthly check up Khalisha. Dah 5 bulan.
So masuk ofis lewat sket .

Anak-anak sejak dua minggu lepas kurang sihat sket. Cuaca panas yg lain
macam skang ni mmg ramai yg ditimpa demam.
2 minggu lepas Khalisha demam 4 hari. Tapi masa tu dia still aktif dan kuat
menyusu. Kalo time suhu naik aku lap2 dan bagi ubat demam yg dpt dr
Klinik Meru. Hari ke 3 sebab demam nya kejap dtg dan pergi, baru dpt
bawa ke klinik panel. Doktor kata baby bwh 4 bln sepatutnya tak bagi ubat
demam. Uikkk.. terkejut makcik. Walaupun Khalisha dah 4 bulan lebih masa
tu tapi actual age di 2 bln lebih baru.. huhuhu..sib baik tak ape2.
Doktor kata tak membahaya tp ikut amalan perubatan tak digalakkan.
mm. confius aku ngan doktor gomen dan swasta ni.. Nurse kat meru tu
kata lepas cucuk terus bg ubat demam nak elak demam. So salah la tu..mmm


                                   Gambar terkini khalisha. Muka bulat mata bulat badan mcm tak
                                   naik sgt sebab dia aktif. Dah gaya2 nak meniarap.





                                   Kak Yong Sabrina.. tengah rajin menulis . Sambil jaga adik
                                   la konon...

Sabrina pulak dari hari Isnin demam 2 hari. Sib baik la tak lama.  Hari pertama panas
sampai 38.5". Lepas masuk ubat demam turun.. cukup 6 jam naik balik.. ulang2.
Sabrina sudah berhenti susu badan sejak seminggu lepas. Aku buat keputusan
berhentikan susu sebab dia asyik nak lekat nye sampai adiknya pun kena kacau.
So minggu lepas kami bawak dia ke Darus Syifa .. ikhtiar. Malam2 kenkadang
nak tidur tu dia teringat gak nak susu mama tapi kena la pujuk jgk.. alih topik.
Mula2 mmg payah.. 2,3 kali dia bgn malam teringat susu mama.
Makin hari makin senang nak handle.. alhamdulillah.

May 23, 2010

Dah pandai mengiring

Cik Khalisha pn suka duduk jgk. Sib baik dpt hadiah ni..

Ameda yg byk berbakti di opis. Hasil diatas bkn selalu
mcm tu. hehehe kebetulan hasil meriah!

Petang ahad ni Alhamdulillah rasa lega siket. Byk urusan rmh tangga
yg dpt dibuat. Pagi byk round dah membasuh. Masak2 simple2 je sebab
abg pun keje. Makan dgn Sbarina so ikut apa yg dia suka.
Keje2 mengemas je belum abis. Rihat sekejap sebab skang cpt lenguh
kaki kalau asyik berdiri je.
Semalam Khalisha genap 4 bln. Makin besar dia.
Khalisha 2 hari n kalau nak tidur pandai mengamuk pulak.
Kadang disusukan pun tak mau. Kena la dukung2 dulu. pujuk2
Satu lg dia suka mengiring kalau nak tidor. Agaknya psl
kdg2 susu baring kot. Entahlah.. tulangnya pun dah keras tu
dia seronok kot posisi mcm tu.
Khamis depan nak pegi timbang. Excited nak tengok berat tekini dia.

May 9, 2010

Cerita seminggu

Nampak cantik pulak die.. puji anak sendiri lak. hehe




huhu.. minggu kedua keje minggu lepas.. walaupun tak lah berapa
sibuk tapi tak sempat2 jgk nak update blog. lagipun tak kan nak update
blog kat opis pulak. tak baik le. kat rumah sibuk mmg tak abes.
dgn kes Sabrina dari hari khamis sampai ke hari ni 4 ari. tadi aku check
suhunya dan normal. 36.9"Celcius. Insyaallah dah baik la tu.
Kalau tidak semalam dia muntah makan pun tak mau.
Sib baik lah 3 kali je muntah tak berlarutan. Pengalaman dari
yang lepas2 kalau muntah tak boleh bagi minum susu or makan
nasik. Bagi dia minum 100 plus sebab dia tak nak air masak pastu
isi perutnya dengan bubur.

Cik Khalisha alhamdulillah sihat. Mula2 risau jgk bila kakaknya demam.
Terpikir jgk nak cuti so aku bleh jg Sabrina kat rmh, Khalisha pulak
letak kat rmh Wati, tpi sebab ada keje dan kena settlekan so tawakkal
aje lah. Jadi working mama ni byk kena korbankan.
Alhadulillah tak de menjangkit. Cuma pesan kat Wati jgn bagi Sabrina
selalu dekat ngan adiknya. Sib baik dia kat sana ramai kawan so tak
de la sibuk kacau adik je.
Hari selasa lepas pegi HKL follow up dgn doktor kanak2 pulak.
Mmg appoinment dah buat masa khalisa keluar wad lagi.
Timbang hari tu 3.7kg. Eiii.. naik lgi 300gm. Cepat jugak dia naik
patut la Wati kata dia kuat nyusu. Bagusss bagus..

Apr 29, 2010

Timbang lagi

Hari ni kena bawak Khalisha ke klinik utk monthly check up.
Timbang dengan amik jab utk standard imunisasi.
Asalnya appoinment pagi tapi pk2 malas pulak nak pegi keje
tengah2 hari so tukar kan pagi keje petang baru p klinik.
Sib baik keje tak bz sangat lagi. Manager pun ok je..
Syukur syukur.

Sebelum ambik Khalisha p lunch ngan abg dulu kat kedai minang.
Tempat yang biasa kitaorg p kat Meru. Kat Meru ni tak bestnya
sebab tak byk pilihan kedai makan yang sedap. Banyak tak sedap
dari sedap. Asal cuba asyik fail aje.. boring betul.

Balik pada citer Khalisha check up ari ni kejap je. Orang pun tak
ramai. Sampai klinik 3.15 . Timbang dia berat terkini 3.4kg maknanya
naik 700gm dari bulan lepas. Ok la tu. Janji naik. Tinggi pulak dah
55cm. hihihi. Alhamdulillah membesar dengan sihat.
Kemudian la aku tempik gambar ari ni tak sempat nak snap.

On the way balik, singgah kat satu kedai baju nih. Dah lama nak
beli blouse baru. Baju murah2 pulak tu.. rm20 je.. so sambar 2 pasang.
Kebetulan owner kedai tu ada kedai jahit sebelah tu, dan dia ada
ajar sulaman manik , mmg pucuk di cita lah.
Insyaallah tak lama lagi nak asah balik bakat terpendam nih.. kekeke.
Untuk masa depan....

Apr 23, 2010

Semakin hampir

Insyaallah minggu depan hari Isnin aku akan kembali berkerja.
Terasa malas pun ada tapi dah jadi tanggungjawabnak menjana pendapatan kena kuatkan semangat. Entah macam mane aku handle uruskan family dan kerjananti. Harap2 semuanya berjalan lancar.
Beberapa hari lepas aku ada call babysitter, Wati, ingatkan nak hantar Khalisha sehari dua minggu ni nak tgk dia boleh ke minum susu botol tapi memandangkan Wati sibuk dgn persiapan kahwin adiknya Katy so terus je hantar minggu depan. Minggu ni hari2 lah kena train Khalisha minum dgn botol. Sehari dlm dua kali. Kadang2 kena cuba berkali2 baru dia mahu. Harap nanti takde masalahlah. Tawakkal kepada Allah...

Kat bawah ni saja aku menempel gambar Khalisha tanpa baju.
Nak menayangkan tubuhnya yang berisi. Kalau tengok2 gambar
dia dulu2 mmg lah jauh beza. Alhamdulillah sihat dia.. mungkin dan
3.5kg . Semalam dah 3 bln. Minggu depan insyaallah timbang.







Apr 5, 2010

Makin mantap



Nur Khalisha telah genap 2 bulan pada 22 mac lepas. dah hampir 2 minggu berlalu.
Setakat ni tak ada masalah menjaganya. Boleh dikatakan dia senang nak jaga,
tak banyak ragam banding ngan kakaknya dulu.
Harap2 terus begitu lah.
Berat terkini timbangan seminggu lepas 2.7kg. Alhamdulillah.
Timbangan terakhir sebelum keluar hospital 1 mac 1.8kg.. 900gm
peningkatan.
Macam baby 2 bulan yang lain.. dia dah pandai memandang2.
Kalau nak susu tu mmg menangis kuat lah.. boleh tahan.
Semoga anak mama ni terus sihat walafiat. Amin...

Mar 13, 2010

Setelah 13 hari












Hari ini genap 13hari, hampir 2 minggu Khalisha kembali dari hospital.
Alhamdulillah dia nampak sihat dan semakin tembam.
Pastinya susu mama je dia minum. Susu untuk Khalisha pun
meriah sangat. Sabrina 2,3 hari ni dapat di pujuk utk berpisah susu.
Sebetulnya cuma time nak tidur je dia nak manja ngan mama tapi
kadang2 tak mau mengalah. Lagi pun ada yg tak berapa setuju
walaupun rasanya ramai yg berjaya dgn tandem nursing.
Apapun aku tak mau menyesakkan fikiran dgn benda remeh.
Sabrina pn dah lebih 2 tahun menyusu jadi harap dia pun dah ready
utk lebih independent.



Mar 4, 2010

Gambar2 Khalisha











Khalisha balik rmh

Lega hari ni baru ada masa di rumah. Alhamdulillah Khalisha
sudah keluar dari wad hari isnin 1 mac 2010 setelah 39
hari di hospital. Tapi sebelum dia keluar tu 6 hari aku
tidur di wad sebab nak tengok perkembangan dia dan
susukan dia. Sebelum tu aku hari2 selama 3 hari aku ulang
alik dari meru ke Kl utk bf Khalisha. Memang tak ada
berpantang sangat.

Khalisha keluar dari inkubutor ahad 21 Feb. Sehari sebelum
tu aku diminta pihak wad datang hari2 utk susukan Khalisha.
Mula2 mmg agak payah dah ajar Khalisha kenal puting mama
tapi lepas beberapa penyusuan senang aje.
Susu pun banyak so Khalisha tak byk meragam. Susu .. tidur..
susu.. tidur. Mama la jadi penunggu di wad baby.

Hari rabu 24 Feb mama di minta masuk wad. Kebetulan
minggu tu abg keje siang jadi malam bole jaga Sabrina.
Cuma pagi kena hantar awal la ke rmh Wati. Pkl 6 pagi.
3 malam pertama Sabrina mmg meragam.. kesian dia.
Tapi dpt juga abg handle. Ok lah.

Di wad Khalisha di susukan on demand. Hari2 mak2 semer
kena mandikan baby sendiri. Nurse cuma sediakan air
mandian dan kemas tpt baby. Lepas mandi 7.30 pagi terus
timbang baby. Khalisha hari2 naik 30-40gm. Masa mula aku
tidur wad berat dia 1.65kg. Sepatutnya 1.7 + bole kluar wad
aku ingat 2,3 malam je kat wad tapi pasal doctor tukar2 so
dah hari ahad walaupun dah 1.79kg doktor tak bagi juga
kluar. Kena tunggu jugak Isnin.

Ahad tu adik aku kawin di kpg. Jadi minta pertolongan nurse
utk jga Khalisha sementara aku balik kpg. Abg datang jemput
dgn Sabrina. Dpt la jumpa Sabrina lepas 4 mlam tak jumpa.
Aku jadi tetamu di rumah sendiri. Makan2 tanya kabar balik
semula ke Meru. Sabrina tak sihat pulak.. muntah 3 kali
sepanjang ari tu. So tinggalkan di kpg minta mak jaga.

Balik ke klang terus ke Jusco beli tpt tidur Khalisha dan bajunya
terus ke HKL semula. On the way wad call sebab susu nak abes
sib baik dah nak sampai. 9 mlm sampai semula ke Hkl.
Khalisha ok je.. lega.

Isnin pagi lepas mandi timbang 1.83kg. Doktor kasi kluar tapi
rabu kena dtg balik utk check mata pulak.
Biasala budak prem organ ada yg tak lengkap jadi byk ujian
kena buat. Setakat ni ujian pendengaran, mata peringkat pertama
ok. sebelum balik suntik bcg dulu. buat itu ini, pkl 5 baru kluar
ters blk kpg utk ambik sabrina.

Feb 18, 2010

Semakin bertambah

Hari ni sudah 28 hari Khalisha di hospital. Abg keje malam. So lepas
dia balik keje, lelapkan mata, lepas zohor kami ke hkl.
Khalisha pindah dari bilik 6 ke bilik 7. Skang dah tak minum pakai
mesin, tapi tukar semula ke manual. 3 jam sekali nurse kasi dengan
shringe. Ada jgk mereka cuba kasi dengan cup, tp nampaknya
Khalisha belum pandai menghisap.
Harap 2,3 hari lagi bole cuba2 direct feeding.
Berat hari ini 1.52kg. Lega. Beratnya naik dalam 20-30gm sehari.
Seluruh badannya pun dah nampak berisi. Muka pun dah bulat.
Kalau diangkat pun senang la sket tak rasa takut2. hihi..

Sabrina makin paham tentang kehadiran adik. Harap2 nanti bila
baby dah balik rmh bole le kak ayong tolong jaga. haha..
Balik dari hospital singgah ke rmh babysitter nak ambil susu
Sabrina yg lebih. Punyala menangis bila masuk je ke taman Wati.
Haru betul bila nak hantar nanti.
Minggu depan Sabrina tak bole join le ke hospital sebab nak susukan
Khalisha kena lama sket la dok kat spital.

Feb 14, 2010

Dalam dakapan

Alhamdulillah aku skang semakin sihat. Minggu ni dah boleh le uruskan
rumah. Basuh baju sket2. Kemas rmh sket. Tak de la berselerak je.
Sabrina sejak aku sihat ni dah tak dihantar ke rmh babysitter.
Tak ade sape pun nak hantar plus dia pun tak mahu.
Jimat le duit sket utk itu. Haha..
Tapi kadang letih gak melayan kak ayong ni. Nak main bola le,
basikal la.. Sabrina ni lebih pada pemainan lelaki. Ganas2 pulak tu.
Baju pulak yg berseluar je, gaun2 tak mau. Ni byk sgt kawan ngan
budak lelaki la ni. Sayang je gaun yg aku beli.. huhu

Lepas asar Mak, Uda dan anak2, Wahid sampai dari kampung.
Diaorg nak pergi rmh Mak Andak kat Keramat.
Kebetulan aku mmg nak pegi hkl jenguk Khalisha so ajak diaorg
sekali. Walau pun agak lewat sampai dapat jugak lah semuanya
naik ke wad. Nurse yg bertugas pun sporting, so dia tolong keluarkan
Khalisha dari incubutor untuk aku dukung dan tunjukkan pada
family kat lorong pemerhatian.
Pertama kali aku dapat dakat Khalisha. Alahai.. comel je. Dia masa
tu nak tidur so tak berapa aktif.
Sayang tak ambil gambar. Keadaan tak mengizinkan.

Berat terkini sudah 1.38kg. Semalam hari yg ke 22. Nampaknya
terus meningkat. Lega mama. Cumanya Khalisha belum pandai
menghisap so kena kasi susu ikut tiub lagi. Hopefully lepas ni cepat
pandai menghisap so bole mama lekas2 direct feeding.
Apapun moga sihat sentiasa.

Feb 8, 2010

Perkembangan Nur Khalisha

Semalam jenguk Nur Khalisha dengan abg dan kak ayong Nur Sabrina.
Dah 5 hari Khalisha di pindahkan dari MNICU di hospital bersalin
ke Institiut Pediatrik. Sebab dipindahkan sebab Khalisha cuma perlu
tambah berat je tak de problem lain.
Kat tempat baru ada lorong pemerhatian utk org luar tengok baby,
so bole le kalau ada yg nak tengok.
Dulu mak dah p tengok, tapi sebab ada kematian di kampung rancangan
di batalkan.

Semalam genap Khalisha 17 hari berat terkini 1.27kg.
Alhamdulillah
Keperluan susunya pun bertambah. Skang dia perlu 13ml setiap
jam dan berehat setiap 2 jam. Maknyanya mama kena lebih berusaha
tambahkan ebm utk Khalisha. Cabaran jgk nih.
Skang ni pam 4,5jam sekali. Hasilnya dlm 40ml. Cabarannya kalau
malam Sabrina pun sibuk nak nyusu dulu.. sabo je la.
Harap2 dengan demand bertambah susu pun bertambah.

Jan 29, 2010

Kelahiran awal







Sambungan dari posting sebelumnya.


20hb jan.. Doktor ambil air ketuban aku. Proses yg agak menyakitkan.
Abg tak sempat sampai hospital. Aku cuma tawakkal aje lah.
Air ketuban tu di hantar ke makmal DNA di bangi dengan kos rm950.
Sebelum tu ingat nak hantar ke Singapura tapi sebab nak keputusan
cepat jadi doktor Baskaran suruh hantar dlm negara aje.
Doktor kata kalau baby normal terus keluarkan aje. Kalau tak normal
kita pikir lain. Hari keputusan 2,3 hari kemudian.
Berdebar2 juga menunggu hasil ujian DNA, aku harap semuanya normal.

22hb jan.. 11pg Doktor Jumeah bgtau keputusan DNA anak aku sihat dan
bebas dari sindrom yg biasa terjadi. Jadi dia suruh bersedia utk pembedahan.
Aku call abg yg tengah bawak Sabrina jalan2 ke kedai. Aku ingat pembedahan
dalam pukul 3,4 petang sebab doktor pesan suruh berpuasa dulu.
Pukul 1.30 nurse bgtau aku di panggil ke bilik pembedahan. Semuanya jadi
kelam kabut. Aku dan abg cuma sempat bermaafan di telefon aje.
2:15 petang anakku dikeluarkan dari rahimku dengan ceaseran.
Kuat bunyi tangisannya. Alhamdulillah aku bersyukur sangat.
Kluar dari bilik bedah baru nampak abg. Abg kata dia dha jumpa baby yg
dihantar ke NICU. Lega dah selamat.

Kami namakan Nur Khalisha yg bererti Cahaya Suci/murni.
Nama ni kami jumpa di majalah Pa&Ma lepas tahu kandungan aku girl.
Dapat Sabrina adik perempuan. Beratnya 1.16kg




Masalah kandungan

Sudah lama tak update blog. Macam2 yang berlaku sebulan yang lalu.
Alhamdulillah masih diberi kesempatan utk meneruskan kehidupan
harian dgn sihat dan selamat. Insyaallah.

Sebenarnya aku telah selamat melahirkan anak kedua, perempuan
yang diberi nama Nur Khalisha. Khalisha terpaksa dilahirkan
setelah aku mengalami komplikasi akibat tekanan darah yg tiba2
naik melambung tinggi sejak kandungan 29minggu.
Khalisha lahir setelah 32minggu 6 hari dlm kandungan ku.

Untuk ingatan sendiri aku coretkan catatan ringkas masalah yg
berlaku yg membawa ke kelahiran awal Nur Khalisha.

7 jan 2010 .. Aku ke KK Meru untuk menjalani rawatan rutin. Tujuan
utama utk scan sebab nak tau perkembangan berat badan baby.
Scan 2 minggu sebelumnya berat baby cuma 900gram. Tapi kali
ini aku dtg dengan sakit kepala yg amat sangat.
Bila check tekanan drah 130/100. Dua tiga kali nurse check.
Aku ingat mungkin sebab malam2 sebelumnya tak ckp rehat.
Maklumlah Sabrina baru kluar hospital sebab demam.
Bila jumpa doctor dia kata aku ada simptom sawan pulak.
Dia suruh p hospital klang terus dengan ambulan.
Aku ditahan di hospital klang sampai 12hb. Hari2 cuma check
tekanan darah dan Bsp utk kencing manis.
Last2 abang mengamuk sebab tak ada benda lain yg dibuat.
Mintak kluar sahaja walaupun doktor pelatih tak bagi.
Lagipun Sabrina sepanjang aku tinggalkan tak sihat kembali
dan badanya jadi kurusssss sangat. kesian.

12hb Jan.. Lepas magrib sampai rmh. Tak lama lepas tu terus
keluar ke darul shifa.. Ikhtiar cara Islam pulak utk kesihatan
Sabrina dengan aku. Pak aji tu kata kemungkinan buah pinggang
ku yg ada masalah sebab tu dlm air kencing ada protein. Bkn
sebab nak sawan.

14hb.. aku kena ke klinik sebab hospital suruh check tekanan
darah 2 hari skali. Kali ni pun masih tinggi. Lebih tinggi lagi.
140/110. Doktor suruh ke hospital klang lagi tapi aku dan abg
menolak. Kami decide ke KPJ Selangor pulak.

Di KPJ mmg sah tekanan darah tinggi. Makin tinggi. 150/110.
Doktor terus suruh masuk wad dan start bgi ubat.
Selain tu buat scan berat baby 1.1kg.. ujian air kencing positif
protein.. ujian darah .. urik asid tinggi..

16hb jan.. msih di KPJ. Doktor tambah ubat utk darah tinggi
sebab masih tak stabil. Doktor bgtau ujian darah tunjuk urik asid
semakin tinggi dan kalau dibiarkan boleh merosakkan buah pinggang
aku. Baby kena di keluarkan awal.
Jadi doktor cucuk ubat utk matangkan paru2 baby.

17hb jan.. Doktor bgatau dia kata terpaksa bedah esok arinya. Cuma
katanya baik pindah ke hospital kerajaan sebab baby kecik lg dah kena
duduk lama dalam incubutor. Aku dah abg setuju. Mula2 kami suggest
hospital sg buloh, serdang dan putrajaya tapi semua tempat tu tak ada
incubutor yg kosong. Jadi doktor call hospital lain dan dpt HKL.
Ingatkan boleh pergi HKL sendiri tapi tekanan darah tinggi pulak.
Terpaksa naik ambulan lagi ke HKL pulak. Kesian abg kejar ambulan
ke sana ke mari..

18hb jan.. di HKL aku diberi ubat darah tinggi. Sebab darah tak stabil
terpaksa makan 2 jenis ubat darah tinggi. Buat detail scan ngan pakar
Dr Jumeah mmg sah banyak problemnya. Darah ke baby tak mengalir
dengan cukup baik. Selain kandungan baby yg kecil. Dr suruh abg dtg
jumpa keesokan harinya.

19hb jan.. Dr Jumeah jumpa aku dan abg. Sebelum tu dr tunjukkan
kan hasil scan pada abg. Salur darah yg semakin kurang ke baby.
Doktor kata mmg aku kena bersalin awal. Tapi sebab saiz baby yg kecil
dari biasa, walaupun dah 32 minggu saiz rahim masih macam 28minggu,
doktor suggest kami buat ujian DNA untuk baby supaya dapat pastikan
dia normal dan tak ada sindrom2 yg merbahaya.
Kami setuju. Ingatkan dapat ambil air ketuban hari yg sama tapi doktor
Baskaran yg sepatutnya bertugas MC pulak. Tangguh keesokkan harinya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails