Mar 4, 2010

Khalisha balik rmh

Lega hari ni baru ada masa di rumah. Alhamdulillah Khalisha
sudah keluar dari wad hari isnin 1 mac 2010 setelah 39
hari di hospital. Tapi sebelum dia keluar tu 6 hari aku
tidur di wad sebab nak tengok perkembangan dia dan
susukan dia. Sebelum tu aku hari2 selama 3 hari aku ulang
alik dari meru ke Kl utk bf Khalisha. Memang tak ada
berpantang sangat.

Khalisha keluar dari inkubutor ahad 21 Feb. Sehari sebelum
tu aku diminta pihak wad datang hari2 utk susukan Khalisha.
Mula2 mmg agak payah dah ajar Khalisha kenal puting mama
tapi lepas beberapa penyusuan senang aje.
Susu pun banyak so Khalisha tak byk meragam. Susu .. tidur..
susu.. tidur. Mama la jadi penunggu di wad baby.

Hari rabu 24 Feb mama di minta masuk wad. Kebetulan
minggu tu abg keje siang jadi malam bole jaga Sabrina.
Cuma pagi kena hantar awal la ke rmh Wati. Pkl 6 pagi.
3 malam pertama Sabrina mmg meragam.. kesian dia.
Tapi dpt juga abg handle. Ok lah.

Di wad Khalisha di susukan on demand. Hari2 mak2 semer
kena mandikan baby sendiri. Nurse cuma sediakan air
mandian dan kemas tpt baby. Lepas mandi 7.30 pagi terus
timbang baby. Khalisha hari2 naik 30-40gm. Masa mula aku
tidur wad berat dia 1.65kg. Sepatutnya 1.7 + bole kluar wad
aku ingat 2,3 malam je kat wad tapi pasal doctor tukar2 so
dah hari ahad walaupun dah 1.79kg doktor tak bagi juga
kluar. Kena tunggu jugak Isnin.

Ahad tu adik aku kawin di kpg. Jadi minta pertolongan nurse
utk jga Khalisha sementara aku balik kpg. Abg datang jemput
dgn Sabrina. Dpt la jumpa Sabrina lepas 4 mlam tak jumpa.
Aku jadi tetamu di rumah sendiri. Makan2 tanya kabar balik
semula ke Meru. Sabrina tak sihat pulak.. muntah 3 kali
sepanjang ari tu. So tinggalkan di kpg minta mak jaga.

Balik ke klang terus ke Jusco beli tpt tidur Khalisha dan bajunya
terus ke HKL semula. On the way wad call sebab susu nak abes
sib baik dah nak sampai. 9 mlm sampai semula ke Hkl.
Khalisha ok je.. lega.

Isnin pagi lepas mandi timbang 1.83kg. Doktor kasi kluar tapi
rabu kena dtg balik utk check mata pulak.
Biasala budak prem organ ada yg tak lengkap jadi byk ujian
kena buat. Setakat ni ujian pendengaran, mata peringkat pertama
ok. sebelum balik suntik bcg dulu. buat itu ini, pkl 5 baru kluar
ters blk kpg utk ambik sabrina.

2 comments:

  1. la...tak dpt join sgt le ek kenduri kawin adik? sapa yg kawin tu wah? tahniah utk dia. anyway, sori. acik noora tak sempat lagi nak jenguk khalisha kat umah. memacam hal nye bila tiba weekend. tapi, kami sentiasa doakan moga khalisha dan kak sabrina nyer (serta mama n papa nye) sihat selalu. jaga diri eh wah!

    ReplyDelete
  2. Memang tak dpt join sgt kenduri adek. Balek makan jek. Anak kat spital terpaksalah dulukan dia. Adik nombor dua sy Wahid. Tak pe lah.. doa pun dah cukup. Alhamdulillah dia makin sihat. Makin bulat mukanya.

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails