Showing posts with label balik kampung. Show all posts
Showing posts with label balik kampung. Show all posts

Aug 23, 2010

Berbuka di kampung

Hari Ahad pagi lepas kemas2 rmh, kami sekeluarga balik kampung
sebab nak ambik mak Abg bawak ke rmh kak Awa di Taman Medan.
Bertolak dari rmh pukul 10pg, jalan smooth je Alhamdulillah
sampai kat rmh mak Abg pukul 12 tgh ari.
Sembang2 dgn mak, bg Sabrina dan Khalisha makan lepas tu baru
mintak abg hantar balik ke rmh mak sendiri pulak.

Asalnya nak pegi kejap aje, sebab nak temankan mak mertua berbuka.
Tapi bila tau Ucu Baah yg baru je balik dr Pahang ngan Wahid , abg
Alang pun ade jgk so tukar plan. Abg pun ok je , so dia je la yg balik
temankan mak dia berbuka. Insyaallah next time lah.
Tp Abg Alang tak jadi pun berbuka sama, dia balik berbuka rmh mertua.

Berbuka rmh mah biasanya banyak tukang belinya, so kitaorg cuma
masak mee goreng je main utk buka. Pastu mak buat kuih kacau
jagung yang sedap ( rasa lepas berbuka yerr :)) . Pas tu buat sup ayam ngan
kuah asam pedas utk diner dan sahur diaorg nanti.
Air , aku kopek 2 bijik kelapa muda yang Cik kasi. Tapi sayang kelompong je,
isi tak berapa tebal.
Sponsor berbuka :
 Wahid - murtabak, popiah goreng/basah
 Uda- air oren, laksa, kuih2
Cik - kuih muih
Acid - kuih

Senarai menu semalam mmg panjang dan banyak, tp dengan ahli keluarga
yang besar, 6 beradik campur anak2 dan pakcik makcik sekejap je.
Alhamdulillah rasa seronok sangat dpt buka sama.
Walaupun kejap je dapat balik rmh mak, tp puas hati sebab dpt berkumpul
dgn semua adik beradik.

Aug 7, 2010

Dugaan sekejap

Kalau ada yang baca posting sebelum ni tajuknya "Minggu Demam".
Aku ingatkan seminggu je menjaga anak demam, rupanya demam Khalisha
tak baik sampai lah 2 hari lepas.
Dari Allah datangnya penyakit Allah jua yang Maha Menyembuhkan.

Hari Sabtu minggu lepas abg ajak balik kampung. Masa tu demam Sabrina
dah ok, Khalisha tinggal batuk dan selsema. So ajak abg p buat rawatan
kat Klinik Dr Salleh kat kpg. Rawatan Sonotron. Kata doktor tujuannya utk
melancarkan peredaran darah. Caranya dengan menghalakan satu alat yang
memancarkan gelombang macro ke tempat yg nak di rawat. Macam Khalisha
di halakan ke hidung dan tekak.
Aku cuba je sebab dia tak menggunakan ubat. Sebaliknya aku yg kena mkn
sedikit ubat dgn di suruh ambil vitamin utk menambah kualiti darah since
Khalisha menyusu badan. Menarik penarangan doktor tu.

Petang Ahad masa aku di rumah mak, kepala Khalisha dah mula rasa panas.
Lepas Isyak kitaorg balik ke Meru badan Khalisha dah panas. Apa yg aku buat
cuma lap kan dengan towel basah. Khalisha masih selesa tidur.
Hari Isnin walaupun Khalisha panas, sebab ada tugasan aku still kerja walaupun
rasa tak sedap hati. Alhanmdulillah dapat balik cpt.
Hari Selasa bawak Khalisha ke KPJ Sel utk check darah. Dari pagi sampai
ke petang menunggu je kejenya. Sebabkan anak bersabar jgk lah.
Hasil ujian darah, Khalisha dijangkiti virus. Tapi masih boleh di kawal jadi
doktor bekalkan antibiotik selain ubat demam, batuk dan selsema.

Hari rabu, ingatkan nak pegi keje elok je nak bersiap Khalisha menangis
tak berhenti. Nasib baik abg ada sebab abg cuti malam sebelumnya.
Ambik masa jgk nak berentikan menangis, rupenya Khalisha kembung.
Meragam aje lah sepanjang pagi sampai lah ke tengah hari.
Lepas zohor baru la lega bole baring kat bawah.
Nak masak pun dah malas so ajak abg ke Pizza Hut n beli barang dapur
kat 99 dengan kedai HPA meru.

Hari Khamis, masa nak pergi kerja nampak muka Khalisha merah padam.
Badan dah tak panas batuk pun nampak kurang. Tapi aku biarkan aje
kot merah sementara.
Balik dari keje wati kata ruam naik satu badan.
Eiiiiikkkkk.. dah rasa lomah dah. Apa lagi lah agaknya. Tak mungkin campak
pulak. Apapun mlm tu aku bgtau mak dan abg yg keje.
Abg pesan jgn bagi ubat dan sapu losyen.
Mak pulak kata biarkan aje kalau campak biar semua keluar.
So aku just sapu sket losyen kat muka Khalisha nak tengok kot ada
perubahan.

Hari Jumaat muka Khalisha dah macam biasa. Tak merah2 lagi.
Merah panas kot.. lega. Just pesan dgn wati jangan kasi ubat batuk dan selsema.
Takut dia tak tahan ubat tu. Lagipun Khalisha dah tak teruk.
Balik dari keje wati bgtau Khalisha ok je tak meragam.
Barulah lega rasanya..

Disaat2 macam ni kalau ikutkan hati mmg rasa lemah je. Sib baik lah ada
beli buku pasal " Terapi Ayat Suci" , Dalam buku tu adalah kasi tips tentang
ayat penyembuh. Antaranya baca Surah Fatihah ulang 7x, ayat Kursi, tiga Qul,
Al baqarah 285, 286.  Ayat-ayat suci ni mampu membetulkan sel-sel yang
rosak dlm tubuh manusia termasuklah kanser.
Wallahualam..

Mar 24, 2010

Bercuti di kampung

Minggu ini aku bercuti di kampung. Aku dan anak2,
Sabrina dan Khalisha balik ke kampung pagi Isnin
dengan adik aku yang kebetulan balik diving di
Terengganu.
Memang dah lama nak bercuti di kampung sebab
masa berpantang habis di rumah sendiri sebab
Khalisha di hkl, jadi bila dan lega skang baru lah balik
kampung. Dah lama tak berkumpul adik beradik.

Kat kampung mmg meriah sebab uda dan kak long
anak beranak , adik2 aku masih duduk rmh mak.
Malam bila semua kumpul kat rumah bising sungguh.
Biasalah budak2. Sabrina masih belum berdikari
sangat, kenkadang masih sensitif. Harap2 balik dari
kampung ni ada perubahan.

* gambar akan diupdate kemudian.

Mar 4, 2010

Khalisha balik rmh

Lega hari ni baru ada masa di rumah. Alhamdulillah Khalisha
sudah keluar dari wad hari isnin 1 mac 2010 setelah 39
hari di hospital. Tapi sebelum dia keluar tu 6 hari aku
tidur di wad sebab nak tengok perkembangan dia dan
susukan dia. Sebelum tu aku hari2 selama 3 hari aku ulang
alik dari meru ke Kl utk bf Khalisha. Memang tak ada
berpantang sangat.

Khalisha keluar dari inkubutor ahad 21 Feb. Sehari sebelum
tu aku diminta pihak wad datang hari2 utk susukan Khalisha.
Mula2 mmg agak payah dah ajar Khalisha kenal puting mama
tapi lepas beberapa penyusuan senang aje.
Susu pun banyak so Khalisha tak byk meragam. Susu .. tidur..
susu.. tidur. Mama la jadi penunggu di wad baby.

Hari rabu 24 Feb mama di minta masuk wad. Kebetulan
minggu tu abg keje siang jadi malam bole jaga Sabrina.
Cuma pagi kena hantar awal la ke rmh Wati. Pkl 6 pagi.
3 malam pertama Sabrina mmg meragam.. kesian dia.
Tapi dpt juga abg handle. Ok lah.

Di wad Khalisha di susukan on demand. Hari2 mak2 semer
kena mandikan baby sendiri. Nurse cuma sediakan air
mandian dan kemas tpt baby. Lepas mandi 7.30 pagi terus
timbang baby. Khalisha hari2 naik 30-40gm. Masa mula aku
tidur wad berat dia 1.65kg. Sepatutnya 1.7 + bole kluar wad
aku ingat 2,3 malam je kat wad tapi pasal doctor tukar2 so
dah hari ahad walaupun dah 1.79kg doktor tak bagi juga
kluar. Kena tunggu jugak Isnin.

Ahad tu adik aku kawin di kpg. Jadi minta pertolongan nurse
utk jga Khalisha sementara aku balik kpg. Abg datang jemput
dgn Sabrina. Dpt la jumpa Sabrina lepas 4 mlam tak jumpa.
Aku jadi tetamu di rumah sendiri. Makan2 tanya kabar balik
semula ke Meru. Sabrina tak sihat pulak.. muntah 3 kali
sepanjang ari tu. So tinggalkan di kpg minta mak jaga.

Balik ke klang terus ke Jusco beli tpt tidur Khalisha dan bajunya
terus ke HKL semula. On the way wad call sebab susu nak abes
sib baik dah nak sampai. 9 mlm sampai semula ke Hkl.
Khalisha ok je.. lega.

Isnin pagi lepas mandi timbang 1.83kg. Doktor kasi kluar tapi
rabu kena dtg balik utk check mata pulak.
Biasala budak prem organ ada yg tak lengkap jadi byk ujian
kena buat. Setakat ni ujian pendengaran, mata peringkat pertama
ok. sebelum balik suntik bcg dulu. buat itu ini, pkl 5 baru kluar
ters blk kpg utk ambik sabrina.

Nov 4, 2009

Awal november

Pejam celik sekejap je dah nak sampai ke hujung tahun. Cepat
betul masa berjalan skang ni. Kandungan skang alhamdulillah hampir
5 bulan. Sihat walafiat. Mamanya pun tak de lah rasa sakit2.

Hujung minggu lepas 30 oct dan 1 nov kami balik kpg. Awalnya
abg nak balik lepas beli ubat mata utk tapi sebab nanti ambik masa
pulak so ptg Sabtu lepas Sabrina jg dari tidur kami bertolak balik.
Sampai kat Tjg Krg singgah makan soto ngan sate daging sket
baru sambung perjalanan. Kat sg besar singgah beli sate ayam
pulak utk jamu keluarga aku dan abg. Maklum lah baru dapat
bonus nak lah kongsi. Hajat asal nak ajak family makan seafood
tapi pasal kak long still berpantang, merajuk pulak nanti kalau
dia tak dapat ikut. Lain kali lah..

Kali ni aku tidur rmh mak sendiri pulak. Abg balik rmh mak dia.
Kak Ijan pn ada balik kpg katanya.
Esok pgnya abg datang bwk ke pasar. Beli ketam sekilo utk setiap
rmh. Mmg plan nak mkn ketam kat kpg sebab kat Meru susah
nak jumpa. Lagi pun bukan reti masak pun. Elok gak aku beli
at least dpt belajar cara siang ngan masak ketam. Kalo tidak
aku ingat basuh2 terus goreng camtu je. Hehehe.. rupanya kena
buang kulit luarlah, taik dia la. Haru haru.. sib baik mak abg tak
kisah siang. Kak Ijan pulak tolong masakkan goreng berlada.
Tp kak Ijan tak makan pn sebab dah mkn dulu sebelum ketam
sampai. Suruh jgk dia bwk balik tak mau pulak.

Mak mertua pn tak makan ketam sebab takut resdungnya makin
teruk. Jadinya sekilo ketam, dlm 5 ekor cuma aku berdua ngan
abg je makan. Mmmm... kenyang betul . Itu pun 2 kali makan
lunch ngan dinner.
Lepas magrib baru bertolak balik Meru. Letih melayan sabrina
nak main je dlm kereta. Tambah pulak kali ni tak depan, mulut
punya la bising tak larat nak layan.
Sib baik sampai rumah dia terus tido, dpt lah merehatkan bdn.

Jul 8, 2009

Pantai Jeram

Kerapu stim, Udang masak merah, Sotong goreng tepung
dan kailan ikan masin.



Sejak hantar mak mertua balik kpg lepas umrah, belum ada lagi kami
balik kpg. So hari Jumaat lepas magrib, abg, aku dan Sabrina terus
bertolak balik kpg.
Kitaorg singgah makan di Pantai Jeram. Ini kali ke 2 pergi lepas
makan2 dgn family dulu. Makan malam yg agak mewah jgk la
kali ni. Maklum la bertiga beranak je. Sabrina pn mkn sket2 je.
Biasa la perut budak mana le beso sgt.
Balik dgn perut kenyang, mata pun berat sangat. Tetidur
separuh jalan. Hehehe..
Malam pertama terus ke rmh mertua sebab mak aku pun tak ada.
Dia pulak ke Klang rmh adik dia merangkap Pak Usu aku.
Bertentang arah kitaorg nih.
Mak hari Sabtu baru balik, so habis masa belah abg lah.
Kitaorg bwk mak mertua ke Sg Remis , Perak rmh akaknya.
Pasal mak bising2 dah lama sgt tak jumpa kakaknya tu.
Daripada sebelum umrah mak nak sgt pergi tapi tak
kesampaian. Alhamdulillah dpt berjumpa jg.
Lepas asar, jalan2 kat pekan konon nak carik bekas air Sabrina
yg tertinggal di Perak. Tp tak jumpa terbeli la pulak baju dan
kasut utk anak Kak Long.
Pastu singgah minum kat kedai mamak, dpt pulak sms dr kak
Ijan kakak abg katanya mak kirim durian.
hehehe...pandai je dia.
So beli la durian utk 2 buah rmh. Lepas abg hantar aku
rmh mak, baru dia balik hantar durian rmh mak dia pulak.
Hari Ahad seharian habiskan masa kat rmh mak pulak.
Pkl 6 balik ke rmh mertua semula, layan Sabrina main
ngan anak2 kak Ijan.
Lepas isyak baru balik ke klang.
mmm.. seronok tapi letih la sket. Adat balik kpg.

Mar 2, 2009

Weekend d kampung

Dah dekat sebulan tak balik kpg rasanya. Bagi aku yg kerap
jumpa family mmg la lama sgt rasanya. Mak pulak bulan lepas
tak de dtg jalan2 ke klang. Eiii sabishikatta.
Hari jumaat lepas, pulang dari keje aku uruskan Sabrina.
Tak masak pun sebab plan nak mkan kat luar je. Lagi pun
mengharapkan abg cuti je esok. hehehe..

Lepas magrib abg balik keje dia kata esoknya Sabtu keje.
Tapi aku pujuk2 le soh cuti je..hehehee.. at least bole 2 mlm
kat kpg, semalam rmh mak dia semlam kat rmh mak aku.
So fair n lovely la kan.
Sib baik my darling lembut hati, terus call member keje dia
n inform nak cuti esoknya.
Lepas isya kitaorg dah siap2 kemas rmh. Habis aku angkut baju
kotor yg dah seminggu tak basuh. Maklum la mesin semi-manual
hari kerje aku jrg dpt membasuh. Dah malas sebenonya nak
bangun semata2 basuh baju. heheehe..
Kitaorg singgah dinner kat Meru, kol 11 sampai rmh mertua.
Mmg dia seronok sgt le cucunya balik.
Sempat Sabrina main ngan opah dia kejap sebelum sambung tido.

Lepas subuh aku terus cuci baju. Banyak nye la.. 4 round baru siap.
Mesin basuh mak mertua pn semi-auto jugak. Letih jgk le dibuatnye.
Sambil tu melayan Sabrina yg terjaga awal. Punyala suka dia dpt
jalan2 kat luar rmh. Isk isk..

Tgh hari aku keluar jap ke pekan Sabak.
On the way p pekan aku singgah rmh mak, ajak mak aku join
ke pekan skali. Mak aku bab jalan2 mmg le suka. Hehehe...
Mak mertua suroh beli anak pokok longan ngan rambutan. Ni nak mengabis kan masa
kat tanah la ni. Aku pulak beli anak pokok limau purut ngan bunga.
hehehe. biar berseri sket rmh nanti.



Ni le rupenya pokok2 yg ditanam abang. Aku tolong beli je
sebab tak sempat nak tanam. Hehehe..
Pokok jenjarum, limau purut, krismas, cili.
Pokok2 orkid tu hasil semaian arwah bapa mertua.

Balik dr pekan hantar mak aku balik rmh, balik ke rmh mertua semula.
Kak Ijan dan family dah sampai. Masak pun dah nak siap. Aku dapat
tolong2 basuh2 pinggan , kacau kuah je sebab semer dah siap.
Lepas makan melayan mata ngan Sabrina. Dia mmg dah ngantuk
sangat sebab terjaga awal ari ni.

Kol 4 baru jaga, kebetulan kak ijan nak pegi berurut. So aku
pun join le skali, maklum le badan pun dah senang sakit2.
Hehehe... umur dah meningkat. Kena beringat lah.
Dekat magrib baru balik rmh. Lepas makan, tunggu magrib
baru le balik rmh mak aku pulak.
Hari ahad dihabiskan kat rmh mak. Aktiviti masak2 je lah.

Lepas asar balik semula ke Meru. Sempat ambil tanah,
baja cacing ngan anak pokok cili dari Uda. Kononnya nak
bercucuk tanam le sket kat rmh. Hope hidup le pokok.

Feb 8, 2009

Balik kampung

Lamanya tak posting.. sibuk sgt rasanya hari2 kerja.
Ni nak simpan kenangan masa balik kampung hari raya cina
2 minggu lepas. Aku balik hari Ahad pagi 25hb lepas abg
balik keje night shif. CNY 26,27hb aku just ambik cuti hari isnin je
sebab nak jimat cuti, lg pun kesian dgn org yg keje, ramai bercuti.


Sebelum balik kpg aku mintak abg bawakkan ke Klang Parade.
Beli kek kat Secret Recipe. Dah lama berhajat nak jamu family
kek yg sedap. Kemarin ke Seksyen 7 ada la terjumpa kedai kek
org melayu yg sedap tp itu lain kali lah pulak.
Org kat kpg mmg menanti. Sebab dah inform awal2 kat Uda takut
dia balik Klang awal. Alhamdulillah semua suka.

Hari Isnin sempat ke kenduri kahwin saudara. Abg Moen pn
ada balik dari KS. Petang kat rmh mak mmg meriah. Tapi aku
nak balik awal sebab nak ke MidValley. Nak tengok pameran
produk org2 Islam. Sebelum balik singgah rmh mertua dulu. Mak
sibuk nak masakkan talam ubi pulak.. Kena jgk lah tunggu.
Sudahnya lepas asar baru bertolak. Alang2 dah plan pergi jgk lah
lagi pun anak sedara aku ikut sama. Boring pulak dia nanti.

Sampai MV excibition dah nak abes pun. Tak brapa bya info yg
dapat di ambil. Jualan pn dah boring2. Nasib baik ada pertunjukan
acrobatik dari China sempena CNY ni kat centerpoint so tak le
boring sangat cik Mira. Habis tu kitaorg makan kat PizzaHut
dan bekalkan satu utk Mira bwk balik.
Hantar Mira balik ke rmh, barulah balik Meru. Dekat 11 malam
baru sampai rmh. Penat mmg penat.. tp tul e.. nak sgt berjalan.

Sep 5, 2008

Ramadhan dtg lagi

Alhamdulillah bertemu lagi di Ramadhan tahun ini. Tahun ini kali kedua
menyambut Ramadhan dgn Sabrina dan abg. Bezanya tahun lepas aku
berpantang di kampung dan abg berseorangan di rmh. Seronok rasanya
nak berpuasa bersama suami kali ni.
Kalau ikut bulan Islam Sabrina dah pun 1 tahun. Alhamdulillah.
Sudah sihat dan ceria mcam biasa. Lepas demam ni makin cpt dia blajar
sesuatu. Skang ni dah pandai nak masukkan benda dlm mulut. Asalnya
cuma dah ajar mkn biskut je, rupanya semer benda nak masuk. Lepas
tu Sabrina suka tiru ape kita sebut, walaupun dpt yg ujung2 aje.
Kalau dgr suara kat handphone dah pandai gelak2 dan cakap tak lah
tercengang je.

Isnin 1 sept.. hari pertama Ramadhan kami sambut di kampung. Kami
pulang petang semalam. Aku bersahur dan berbuka di rmh mertua
memandangkan dia keseorangan. Aku balik ke rmh mak waktu siang
je. Tak dpt lah nak menolong masak utk berbuka. Tapi sempat aku
belikan sedikit juadah utk mak dan keluarga di pasar Ramadhan.
Pasal penyusuan Sabrina rasanya tak byk masalah. Tambahan pulak
dia dah pandai makan. Jadi adalah gap jgk. Cuma jgn buat dia merajuk
kalau tak tak de lain di carinya. Hehehehe..

Lepas berbuka balik semula ke rmh mak sebab nak bersahur di rmh
mak pulak. Nasib baik abg bercuti ari ni so boleh lah tidur 2 rmh. Cuma
abg tak join skali ke rmh mak aku sebab nak temankan mak dia.

Ramadhan kali ni nampaknya susah lah nak pergi berjamaah terawih
di surau sebab Sabrina kecik lagi. Tapi insyaallah aku buat sendirian
di rmh. Disamping tu kena kerapkan lagi mengaji.
Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yg sebelumnya..

Aug 2, 2008

Balik kampung

Sabtu 26hb.. balik dr shif mlm terus bersiap utk blk kpg. Abg pun shif
mlm jgk, sama2 lah letih. Tapi nak tidur mmg tak boleh lah sebab
mlmnya ada kenduri arwah di kampung.

10pg lepas mandi, sarapan, kemas brg baru bertolak blk kpg.
Sampai rmh mertua 12 tgh hr. Kak Mah ngan Kak Awa sibuk buat
prepare brg2 msk. Hebat betul 2 org ni.. mmg expert lah. relek jek.
Kak Nurul tak balik dengarnya p bercuti kat Pulau Bertam.
hehehe.. nampaknya aku la sorang menantu perempuan kali nih.
Sib baik la tak kena buli sgt. Menolong pun tak dpt sgt sebab Sabrina
nak berkepit je dgn mamanya. Sama jgk lah Sabrina blm mau dgn
org lagi. Blk kali ni musim durian dgn rambutan. Dapat lah rasa sket.
Sabrina pun sibuk nak dibagi rasa. Eeiii seram aku tengok. Sib baik
cuma sket je, lepas tu di reject.

Menu kenduri ayam kampung masak kicap, gulai kari ikan, sayur campur
goreng, sambal petai dan udang, tembikai. Pastu ada serawa durian
ngan pulut utk pencuci mulut. Mmg best lah.
Org perempuan sikit je yg datang. Mak aku dtg ngan uda sekeluarga.
Kak long tak dtg sebab anaknya demam.

Ahad 27hb.... Pagi2 Sabrina dah bangun bila aku bgn.. Hii tak bagi
can langsung aku nak tunjuk rajin kat rmh mertua. Hehehehe..
Layan anak je la kejenya. Kol 10 aku cabut balik rmh mak sendiri.
Otw balik sempat singgah rmh aku jumpa penyewa yg nak keluar.
Kebetulan isterinya baru ada baby 4 bulan so topik penyusuan keluar
lah jgk. Wani keje cikgu so katanya sebab anaknya tak mau susu perah
terpaksa bagi fm sedikit. Tapi sebab dia carik pengasuh yg dekat
sekolah, jd boleh lah dia p direct feeding bila time rehat. Aku syorkan
jgk guna cara lain utk kasi susu perah (ebm) mcm picagari or sudu
so tak perlu bergantung pada fm. Hope baby mau lah.

Lunch tak masak pun sebab byk
lauk yg mak abg bekalkan. Uda cuma kukus ikan siakap je.
Mak masak nasi. Dlm pada tu badan Sabrina kejap panas kejap
sejuk. Aku lumurkan dgn air asam jawa satu badan.
Panas2 pun still aktif lagi.
Panas durian ke.. Nak ditidurkan dia tak mau, padahal rupa
mengantuk sgt. Dlm kol 2 Sabrina muntah dgn byknya sampai
aku pun kena bersalin baju. Lepas muntah baru la dia nampak lega
dan badan pun kurang panas.

Sebelah petang pegi teman uda kait rambutan kan rmh Cik pastu
nak jumpa Ucu yg balik dari Pahang . Tapi Ucu tak de so kait rambutan
je. Rambutan dah tak byk sebab ada org dah ambik dulu. Jadik la
dpt gak merasa. Pastu p rmh mak ngah pulak. Ucu ada kat sana.
Puas jgk la memusing rmh saudara kali ni.

Jun 23, 2008

Kenduri arwah

Isnin 16 Jun.. persiapan untuk mengkebumikan arwah abah sibuk
dilakukan sejak awal pagi lagi. Pkl 8 pg jiran2 sudah datang.
Mak walaupun sedih dpt mengawal perasaan. Sedih dan letih.
Maklum lah sudah 13hari mak temankan arwah abah di hospital.
AJK dari surau sg lias mengambil
peranan utama. Abg cuma ikut arahan , tak da pengalaman.

Pkl 1030pg selepas mandi, kapan dan di sembahyangkan, arwah abah
dibawa dgn van ke perkuburan sg besar. Aku tak dpt ikut sebab takut
erin mengganggu. Khabarnya urusan pengkebumian berjalan lancar.
Alhamdulillah.


Sebelah petang ramai yg tetidur keletihan di rmh mertua. Bgn tidur
aku tgk akak2 ipar sibuk buat persiapan memasak bihun goreng
utk dihantar ke surau. Utk 3 mlm pertama kenduri arwah di
surau saje. Hjg minggu nanti barulah kenduri arwah buat kat rmh.
Sebelum magrib aku pulang ke rmh mak aku. Keletihan.



Selasa 17 Jun.. Selepas zohor aku kembali ke rmh mertua. Tolong
masak nasi ayam utk dibawa ke surau. Sempat le belajar skali.
Aku puasa ganti utk hari yg ke 18.
Lepas magrib warga perempuan membaca yassin di rumah. Lelaki
dah ke surau. Pkl 1030 aku bertolak balik ke Meru sebab esok mlm
nak kerja. Kak Yaya pn tumpang sekali so kenalah ke Damansara dulu.
Tgh mlm baru tiba di Meru.


Khamis 19 Jun.. Mlm tadi abg yg jaga erin. Pkl 8 plg dari kerja erin dah
pn jaga. Tak sabar nampaknya. Kata abg erin krg menyusu mlm tadi.
Agaknya tak biasa abg bg susu kot. 14jam aku tinggalkan cuma 6oz
aje yg luak. Sepanjang hari ni mmg erin menyusu aja. Susah nak
berenggang. Pkl 6 ptg abg bwa pulang ke kpg lagi. Aku dpt cuti ihsan
3 hari abg guna unpaid leave. Sampai di kpg singgah dulu rmh mertua
baru balik rmh mak aku.


Sabtu 21 Jun.. Dari pagi sibuk menolong keluarga mertua buat persiapan
utk kenduri arwah sebelah tgh hari. Sebenarnya dr petang semalam dah
ready brg2 yg nak dimasak jd tak kelam kabut walaupun tukang masak
sorang aja. Erin pulak tak byk ragam legalah sket.
Menu kenduri kari daging ayam kampung, jelatah, sayur goreng, cencaru
masak taucu dan tembikai.
Sebelah petang kakak2 dan abg ipar semer balik. Tinggal kami je meneman
kan mak. Sempat jg temankan abg ke hospital menziarah Wak Lamin.
Aku tak dpt masuk sebab erin tido.

Mak mertua berbelah bagi nak tinggal di kpg or ikut kami balik.
Macam2 yg dirisaukannya. Selain ayam, rmh, kenangan di kpg. Tapi
tak ada saudara mara atau jiran2 yg boleh diharap nak temankan mak.
So dgn terpaksa mak ikut jgk kami balik Meru. Sementara aja. Jadilah
sementara mak mendapat semangat semula.

Apr 11, 2008

Balik kpg lagi

Dah lamenye tak update blog nih. Tak sempat sgt nak akses
internet sebab keje pun dah bz plus kat rmh lak makin
sibuk layan erin yg sokmo ajak main2.

Last week keje mlm jadualnya mlm jumaat sampai ahd. Tapi
mlm sabtu tu abg sms, tanya keje sampai bile. Dia nak balik
kpg pasal mlm ahad tak keje. Aku kalo pasal balik kpg ni mmg
le suka, walaupun baru je jumpa family sebenarnya.
Tgh2 mlm tu sibuk le sms kohai yg off utk ganti, sib baik le
ade yg sudi. Dpt le aku cuti mlm esoknya. hehehee..
Sukenya ati. Lagipun mmg tgh tension dgn keje yg byk nih,
kira dpt lari balik kpg senang lah ati. Tak pe lah terkorban
cuti. Satu lagi nak jumpa adik aku yg bakal p umrah tgh bulan
nanti.

Blk keje pg sabtu tu , aku call uda. Mmg ada plan ke pesta buku
kat pwtc. So ajak uda p pagi2. Abg warning lepas dia bgn tido
nak terus je balik kpg. Aku budget2 dlm kol 3ptg dah kena
ada kat rmh. Uda sampai dlm 9pg, sempat gak aku pum susu dl.
Call kak ema, erin lak tgh tido so kak ema offer nak tolong jg.
Just dia soh aku top upkan bekal susu jek.Hehehe.. dgn senang
atinye lah. Bekal pun ada. Kesian gak erin nanti kepanasan kat
tgh orang ramai.
Aku sampai pwtc 1030 ronda itu beli siket2 majalah, buku motivasi,
ngan cd. Beli jgk flash card ngan buku utk erin. Uda ngan anak2
beli buku2 ngan majalah gak. Dalam kol 1 lebih kitaorg bertolak
balik meru. ALhamdulillah perjalanan pergi balk tak de jam,
lega dpt sampai meru dlm kol 2. Uda minum2 kejap terus blk.

Kitaorg dlm kol 3 bertolak balik kpg. 5 lebih dah sampai. Call
emak dia otw ke Pahang ikut wahid hantar Ucu. Esok lak mak
nak ikut wahid p kursus umrah. Harap2 sempat jumpalah.
So malam ahad tidur kat rmh mertua lah. Kesian mak sebab
kitaorg tetiba balik dia pun terpaksa la tambah lauk. Aku tak
sempat nak nolong pasal dok layan erin jek.

Pagi ahad kak long call dr rmh emak. Dia berdua beranak je. So
lepas beli brg dapur mak mertua, brg erin , soh abg hantar blk
rmh mak. Dah nak tgh ari pun so masak2 le lauk yg ada. Just
goreng ikan ngan sayur. Kak long goreng sotong, jadik le lauk
tgh ari yg simple. Erin tak dpt tidur sgt sebab panas kot. Tapi
tak de la mengamuk cuma nak dilayan je lah. Dlm kol 3 mak
balik ngan wahid. Dapat jgk le berjumpa. Wahid katanya nak
buat kenduri doa selamat tgh minggu dpn(minggu ni) tp psl
aku keje tak dpt le balik. Bertolak p umrah nanti pun 17 april
3 pg.. mmm susah le nak hantar. Moga2 adik aku ni selamat
pergi dan balik. Insyaallah.

Feb 5, 2008

Balik kpg


Erin bersama makcik2 dan sepupunye kak Dewi dan kak Anis.


Sabtu 2 Februari... sekejap saja dah bulan 2 ye. Hari ni hari last keje
utk minggu ni. Tak sabar nak cuti. Hari ni ada 3 report kena buat.
Kalo last month Razak tolong buat, kali ni kena ganbaru sendiri la kot.
Aku dah ready beli roti, nasi lemak kat PBD before dtg opis.
Kol 8 sampai kol 12 aku dpt siapkan 2 report. Pum kol 10 pun tertunda
sampai kol 12 sebab aku tak boleh tinggalkan PC lama. Nak teruskan
dgn report ke3 dah rasa tension so, aku stop mkn nasi lemak n p
pum kat surau. Dapat la 6oz walaupn dr pg tak pum.
Balik sml ke opis stat report ke3, report marketing lebih sng sbb run
skrip kat unix server ikut manual. Tapi sesekali tak keluar error ape2
tu yg bengang je. Dah le tak pandai sgt psl unix ni, sib baik le razak
ada tinggalkan manual dia. Aku pn dah malas nak piker sgt error tu,
janji siap sampai habis sudah lah.
Kol 430 ptg siap semer nye. Rasa nak tumbang je, letih betul. Letih
berpk sebenornya.
Aku p pum susu dah solat asar. Pastu p PBD beli kek kat secret recipe.
Beberapa hari ni aku teringat nak mkn kek. Since nak balik kpg, so aku
beli la seketul bole la sama2 merasa nanti. Masa beli kek abg call, ckp
nak p ambek kak yaya nak sama blk kpg. Psl aku dah dkt ngn rmh kak
yaya so aku offer kan diri ambek kak yaya.
645ptg aku cabut balik. Terus ke damansara damai. Sampai dkt magrib.
Kak yay dah ready ngan anaknya dewi. Otw tu call abg, dia kat shah
alam lagi. Tayar pancit pulak. So aku le ambik erin dlm 815.
Abg kol 930 baru sampai. Kesian dia, sure tension sgt. Kata abg kete
terlanggar lubang ms p keje, sampai rim bengkok. Hmmm duit lg.
Kol 10 bertolak blk kpg. Kelam kabut gak ms nak keluar sbb hjn.
Sampai kpg kol 1130. Tido kat rmh abg. Baru perasan kelambu, tilam
erin ngan beg pumsusu tertinggal. Alahai.. mintak2 le tak sakit nanti.
Sib baik kelambu anis ank kak ijan ada. Kak ijan sefamily dah sampai
kampung pg td. Meriah le sket rmh mak kali nih.

Ahad 3 februari... tak de ape nak tolong pg2 ni. Mak dah siap goreng
nasik. Lepas tu kak ijan lak goreng pisang. Erin elok je pg nih, tak
byk kerenah. Seronok la kak ijan melayan.
Kol 10pg aku blk ke rmh mak pulak. Uda ngan kak long ada.
Bawak kek sekali. Kek yg beli smlm
simpan dlm kete je mlm td, pg ni tgk dah cair sket. Mak ada msk bubur
asyura. Kol 12 upacara ptg kek bermula, kek lom le keras sgt tp since
abg nak cpt blk rmh mak dia, so potong je la. Bkn abg pun ptg, anak
sedara aku ijah, arif ngan mira yg mengadap. Mmg nak jamu diaorg
pun. Tak lama pas tu mkn nasik pulak. Abg dtg balik, so mkn skali lah.
Lepas zohor abg balik rmh mak dia, aku tidokan erin sambil tido skali.
Dlm 530 abg dtg semula so ajak le jalan ke sg besar. Kat pdg ada
pameran ape tah. Nak perkenalkan produk2 sg besar kot.
Kol 7 blk rmh. Uda blk ke klang lepas dinner. Tak lama pastu kak long
lak blk. Sunyi balik rmh mak. So sng je aku tidokan erin. Kol 9 dia
dah lena.

Dec 31, 2007

Balik kampung 22-25 dec

Hari tu hari sabtu, hisashiburi ni nak blk kpg. Erin skang dah 3 bln
setengah rasanya baru 2 kali balik kpg. Sblm ni pun kecik lagi tak
reti nak bwk
dia jln. Kali ni plan balik lama sket sampai hr krismas.
Blk kali ni dapat le tido kat rmh mertua dan rmh mak.
Mertua mskkan rendang ayam kampung psl katanya ms raya ari tu
aku tak mkn sebab berpantang. 3 ekor dimasaknya. byk betul.. org
lain pulak kata tak nak balik.. ish ish.. tak cam mane la nak abeskan.

Hari ahad ada kenduri belah abg kat bendang. Aku dah agak
mesti erin ngamuk psl panas dan susah nak tido.
Mmg ye pun. Mula2 je elok, bila dtg rimasnye
menjerit sakan la. Pulak tu ter pooh pulak. Kelam kabut bersihkan,
tanggal baju, susukan baru le dia diam.
Cepat2 balik rmh dah masuk buai. Baru le aman tidonya.. aku pun lega.
Btw kakak2 ipar, kak awa ngan kak mah blk jgk ari tu. Lega la mak,
ada org nak mkn rendang.
Tp diaorg ptg dah blk kl semula. Tak pe lah, at least ada blk.

Ptg lepas asar p ziarah mak uteh abg kat sg besar. Pastu singgah jap
kat SB beli brg2 erin. Beli toto kecik, pampers, kekabu utk bntal dia,
wet tissue, spring buaian. Pendek kata aku skang ni shopping brg
anak je la.. hehehe..

Hari isnin. Plan ari ni nak melawat Azrina yg baru bersalin baby boy.
Sblm tu pegi the store belikan hadiah sket. Sambil tu belikan baju
erin gak. Ni baby kedua dia. Kali ni dia pun nak try exclusive bf.
Sbb anak sulong tu asyik sakit je bila hantor nursery.
Mak dia tak sokong sgt psl risau tak ckp nanti bila budak dh besar.
Pd aku hal yg akn dtg tak payah lah risau dulu. Insyaallah cukup.
Tapi ckp dlm hati je lah.. hehehee..
Tak pelah aku akan support azrina.
Ptg tu abg blk ke meru sebab nak keje malam.

Hari selasa. Petang lepas makan p SB. Aku nak shopping pulak.
Beli 2 blouse baru. Kiranya kibun tenkan la kan. Hadiah utk diri
sendiri. Lepas magrib blk meru.

Kat kpg aku still pum jgk mlm2. Tp yg dibwk balk cuma 2 bekas je.
Yg lain semer guna sebab ada gak msnya aku kn tinggalkan bb.







Aug 31, 2007

Lepak kat kpg 29/08/2007

Mlm tadi tak tido lena sgt. Asyik berdengkur jek.. mmg sejak msk 8 bln tido
je berdengkur. Perut dah penuh org kate. Kena tido bantal tinggi baru
le bole senyap. Kesian abg, dah le kena kacau ngan nyamuk, kena ganggu
ngan bunyi dengkur lak.. kikikiki.. moushiwakenai ne.

Lepas mandi kol 730 abg blk sgt lias. Nak bwk abg p spital Sabak. Lepas je abg
kuar, hujan trn lebat gile. Tup tup 8 lebih abg dtg dlm hujan hanto kuih ubi
bakar. Mertua kasi.. ihihihihi.. ade2 je la buah tgn.
Pagi ni aku lepak2 je baca paper pastu sapu sampah. Rasa sakit sgt kat
ari2 ni bila bergerak. Mcm nak beranak je.. heheheee..
Baby aktif mcm biasa. Kalo pegang mmg ade hanno lah.

Tgh hari lepas je aku masak, abg bwk lak gulai nangka mertua kirim lagi.
Tambah le lg satu menu kitaorg. Mewah betul ngan makanan kt kpg nih..
Alhamdulillah. Lepas mkn siap2 nak blk klang. Mak kirim kuih gedinggalo,
pajeri terung ngan tembikai lak kat besannye. Haiii.. berbalas2 diaorg nih.
Kitaorg ni jadik tukang anto jek.. kekekeke

Sampai klang dlm kol 6. Abg msk keje mlm. Lepas isya kitaorg tengok bola. Pestabola
merdeka akhir. Malaysia lwn Mynmar. Seronok pulak layan, sebab dah lama
tak tgk team Malaysia ke final. Malaysia mng 3-1. Hadiah hari merdeka.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails