Mar 2, 2009

Weekend d kampung

Dah dekat sebulan tak balik kpg rasanya. Bagi aku yg kerap
jumpa family mmg la lama sgt rasanya. Mak pulak bulan lepas
tak de dtg jalan2 ke klang. Eiii sabishikatta.
Hari jumaat lepas, pulang dari keje aku uruskan Sabrina.
Tak masak pun sebab plan nak mkan kat luar je. Lagi pun
mengharapkan abg cuti je esok. hehehe..

Lepas magrib abg balik keje dia kata esoknya Sabtu keje.
Tapi aku pujuk2 le soh cuti je..hehehee.. at least bole 2 mlm
kat kpg, semalam rmh mak dia semlam kat rmh mak aku.
So fair n lovely la kan.
Sib baik my darling lembut hati, terus call member keje dia
n inform nak cuti esoknya.
Lepas isya kitaorg dah siap2 kemas rmh. Habis aku angkut baju
kotor yg dah seminggu tak basuh. Maklum la mesin semi-manual
hari kerje aku jrg dpt membasuh. Dah malas sebenonya nak
bangun semata2 basuh baju. heheehe..
Kitaorg singgah dinner kat Meru, kol 11 sampai rmh mertua.
Mmg dia seronok sgt le cucunya balik.
Sempat Sabrina main ngan opah dia kejap sebelum sambung tido.

Lepas subuh aku terus cuci baju. Banyak nye la.. 4 round baru siap.
Mesin basuh mak mertua pn semi-auto jugak. Letih jgk le dibuatnye.
Sambil tu melayan Sabrina yg terjaga awal. Punyala suka dia dpt
jalan2 kat luar rmh. Isk isk..

Tgh hari aku keluar jap ke pekan Sabak.
On the way p pekan aku singgah rmh mak, ajak mak aku join
ke pekan skali. Mak aku bab jalan2 mmg le suka. Hehehe...
Mak mertua suroh beli anak pokok longan ngan rambutan. Ni nak mengabis kan masa
kat tanah la ni. Aku pulak beli anak pokok limau purut ngan bunga.
hehehe. biar berseri sket rmh nanti.



Ni le rupenya pokok2 yg ditanam abang. Aku tolong beli je
sebab tak sempat nak tanam. Hehehe..
Pokok jenjarum, limau purut, krismas, cili.
Pokok2 orkid tu hasil semaian arwah bapa mertua.

Balik dr pekan hantar mak aku balik rmh, balik ke rmh mertua semula.
Kak Ijan dan family dah sampai. Masak pun dah nak siap. Aku dapat
tolong2 basuh2 pinggan , kacau kuah je sebab semer dah siap.
Lepas makan melayan mata ngan Sabrina. Dia mmg dah ngantuk
sangat sebab terjaga awal ari ni.

Kol 4 baru jaga, kebetulan kak ijan nak pegi berurut. So aku
pun join le skali, maklum le badan pun dah senang sakit2.
Hehehe... umur dah meningkat. Kena beringat lah.
Dekat magrib baru balik rmh. Lepas makan, tunggu magrib
baru le balik rmh mak aku pulak.
Hari ahad dihabiskan kat rmh mak. Aktiviti masak2 je lah.

Lepas asar balik semula ke Meru. Sempat ambil tanah,
baja cacing ngan anak pokok cili dari Uda. Kononnya nak
bercucuk tanam le sket kat rmh. Hope hidup le pokok.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails