Apr 28, 2011

Review menu mama??

Saya letak gambar piramid makanan sebab nak bercerita ttg makanan kali ni.
Hari ni masuk half day sebab pagi pegi bawak Khalisha ke klinik
kesihatan utk check up. Sebabnya pertambahan berat agak kurang
so tiap bulan la kena timbang mcm Sabrina dulu2.

Result bulan ni pun tak memberangsangkan sgt. Cuma naik 100gm dari
bulan lepas. Beratnya 5.9k. Tinggi naik dari 65cm ke 68cm so sebab pertambahan
berat kurang BMI kurang turun dari 15 ke 12.

Nurse suruh mama review balik menu Khalisha dan mamanya sbb still
lagi breastfdg walaupun minggu ni cuma sebelah malam aje.
Menu kami kena lebihkan protein dan kalsium.
Sebab Khalisha perlukan kekuatan tulang dan sumber tenaga utk cpt berjalan.

Utk Khalisha dicadangkan menu
roti + keju + telur atau bagi tauhu dan tempe
selain sayur, ikan dan ayam. Tapi kena pastikan menu yang di beri pada
Khalisha family pun kena makan sekali. Sebab Khalisha dah pandai nak makan
macam org dewasa makan.

Utk mama pulak cadangannya macam kat bawah.
1. Susu tepung 3-4 gelas sehari
2. Ikan 3-4 ekor sehari
3. Sayur 1 cawan setiap hidangan
4. Buah2an

mmm.. nampaknya mama pun kena beri perhatian lebih pada pengambilan
makanan mama. Harap2 ada peningkatan lepas ni. Insyaallah

Apr 22, 2011

Khalisha setahun tiga bulan

Salam..

Hari ni genap usia Nur Khalisha setahun 3 bulan.
Alhamdulillah anak mama yang seorang ni semakin sihat.
Dalam 2 minggu ni Khalisha dah makan nasi biasa je . Bubur
memang dia dah tolak.
Berat Khalisha bulan lepas 5.8kg. Seleranya drop sekejap masa
demam. Tapi seminggu ni nampak berisi balik. Harap2 terus naik lah.

                                            Dah boleh duduk dgn gembiranya kat baby chair.



Khalisha dah ade 4 batang gigi depan. 2 atas dan 2 bawah. Kalau menggigit
memang le sakit tak ingat. Huhu..
Skang dah pandai menyusur. Mama kena rajin kasi dia exercise utk berjalan.
Ada dpt advise utk selalu urut bahagian belakang utk mudahkan dia berjalan.
Kadang2 ingat2 kadang2 lupa. Tapi dah nampaklah gayanya nak berjalan.


Gambar kakak main kat McDonal.

Apr 18, 2011

Lunch at Noodle station

Lunch time hari Jumaat selalunya aku dan beberapa orang kawan
(tak dpt nak sebut name.. cover privacy!!) lunch ke tempat2 yg lain dari hari2
biasa. Hehehe.ala2 melepaskan tension seminggu berkerja la .
Jumaat lepas kami ke Noodle Station tak jauh dari office.
Aku memang 1st time ke sini . Sebelum ni cuma dengar2 citer jek pasal
menu kat situ mainnya mee. Macam mee maggi jek tapi presentation
kelas gituk ..
Airnya pun pelbagai rupa dan name. Canggih2 pulak tu namenye.
Bagus betul idea marketing nih.. kagum aku.


Ni menu yg aku order. Namenye canggih Trio bla bla bla..
Tapi rasanya adik beradik Maggi asam laksa. harga Rm7.90
Dalamnya ada udang dgn fishball.


                                               Ni air I love U ( Hijau) dgn I miss U ( kuning )
                                              Rasanya masam2 manis. Kategori sedap la..

Apr 12, 2011

Bisnes @ muslim

Pagi ni dah settlekan meeting dan manual utk engineers, so dptlah adakan
masa utk diri sendiri sket. Hehehee..
Tak tau nak letak tajuk ape kat posting ni, terpinjam tajuk satu program
yang aku suka kat radio IKIMfm. Bisnes @ muslim.. huhuhu..hebat bunyinya.

Beberapa minggu lepas aku ke seminar keusahawanan di PUNB.
Tujuannya nak tau peluang2 utk sesapa yg beniaga ni buat pinjaman.
Nak bisnes perlukan modal la kan.. pening gak nak carik.
Seminar ni di buat secara walk in, setiap Isnin pukul 930 pagi sampai
tengah hari. Percuma aje.. kat situ diterangkan lah skim2 yang PUNB
sediakan untuk bakal2 usahawan.
Utk org macam aku nih, skim yang seswai Skim Prosper Runcit dgn kadar
interestnya 5% setahun. pinjaman dari 5K ke 100K. Kalau yg umur bawah
33 tahun Skim Siswazah paling bagus. Kelayakan minima perlu ade diploma.
Interesnya 4%. Bagus juga lah dari buat personal loan.
Utk nak mohon tu sebenarnya ada lagi proses2nya. Lulus ujian bertulis yg di
buat lepas seminar. Yang ni bayar Rm20 utk borang.
Tapi malangnya tak lepas la pulak.
Aku ingat nak jgk proceed hantar kertas kerja untuk projek aku tu, tapi
sebab dapat input utk option lain, jadi tak teruskan dgn pinjaman PUNB.
Sesapa yang berminat utk tahu lebih lanjut sila2 lah ke website nye yer..
http://www.punb.com.my/index.php?main=1



Atas nasihat kawan, aku memilih option utk refinance rmh. Memandangkan
sekarang byk tawaran menarik dari bank2, BLR minus-minus.. aku rasa
satu option yang bagus dan mudah jgk lah. Sebab tak perlu kertas kerja
dan boleh dapat interest yang lebih rendah dari PUNB. Harap BLR stabil
terus stabil lah.Insyaallah.

Dan dengan izin Allah, secara rasminya aku dah tandatangan kontrak membeli lesen
program Little Caliph utk tadika aku nanti. Mudah2an niat utk mendidik anak2
kecil dgn ilmu dunia dan akhirat, dgn cara yang menarik dipermudahkan
oleh Allah. Dalam masa yang sama dpt juga ikut sunnah Rasulullah ..berniaga.

Apr 4, 2011

Renion x-roomate

Alhamdulillah, hari sabtu lepas setelah dok plan2 kat FB
berjaya jgk geng2 serumah masa kat Taman Melati dulu berjumpa.
Membernya, aku, Noora, Sham ngan Nik.
Kitaorg jumpa kat Midvalley sebab nak tengah2. Kalau ikutkan mmg teringin
nak balik ke TM tapi memandangkan masa masing2 terhad so carik yg senang
nak pergi lah.
Lebih kurang kol 10 sampai kat MV. Aku, Sham ngan Nik masing2 bwk sorang ank.
Noora je bujangang.. hehehe..
AKu ngan Sabrina, Sham dgn Mizan, Nik dgn bujangnye.. lupe lak name..hehehe
Mula2 jumpa kat food court lepas tu sambung borak kat Secret Recipe.
Cepat dan padat..dapat lah bertukar2 cerita psl family masing2. yang dah bertambah
yang bkl bertambah yg dah cukup dll..
Moga lepas2 ni kami terus dpt berhubung. Harap dapat temukan family masing2 pulak.
Insyaallah..



Apr 2, 2011

Siap sudah

Selamat pagi,
Terjaga tgh2 malam. Alhamdulillah dpt lah solat tahajjud. Minggu ni
byk kali terlepas tahajjud. Syukur masih diberi peluang bersujud pada-Nya.

Pagi tadi sebelum pergi kerja, terasa nak singgah menjenguk rmh baru
yang hampir siap. Kalau ikutkan mmg hari2 aku lalu depan rmh baru
tapi rasa segan la konon2 hsbd tak ikut. Segan kat Indon2 tu kot.
Hahaha.. tp pagi ni tekad jugak nak jenguk rumah sebab nak mencari
semangat utk perancangan T aku tu. hihihihi..
* bukan datuk T aaaa.. :)

Nampak lapang rumah ku itu. Fizikalnya nampak 100% siap.
Pintunya dah lebih sebulan berkunci. Agaknya sebab dalamnya dan
dibersihkan. Hopefully la. Sempat snap beberapa keping gambar tapi
ade problem pulak. Kemudian lah di upload..

Btw, esok ada janji dgn x-housemate zaman bujang2 di tmn melati dulu.
hehehe masing2 dah jadik mak orang. Insyaallah pertemuan lepas
4/5 tahun. Seronoknya...:)

Mar 29, 2011

Sholat hajat


Malam tadi bertempat di stadium Melawati Shah Alam, ada sholat hajat
untuk rakyat dan pemimpin sama2 berdoa dijauhkan dari fitnah.
Skang ni fitnah dlm politik macam2. Sampai jadik muak dan malu tengok
berita.
Betapa seronoknya rasa sholat berjamaah. Beribu2 manusia mengerjakan
solat dah berdoa terasa ada kuasa hebat dikeliling kita.
Subhanallah.
Tu lah org kata Doa tu sumber kekuatan org Islam.

Aku pergi dengan mak dan anak2. Abg shift malam jadi tak dapat nak ikut.
Gamble aje lah drive malam2 sambil bawak anak.
Nasib baik Khalisha tak byk ragam. Ade pulak yg sudi jaga masa aku
nak berjamaah. Syukur dipermudahkan.
Tengah bersesak2 balik, berkempatan salam dgn Datin Seri Wan Azizah.
Moga keadaan kembali normal.

Thank you Allah

Tiba2 nak menyanyi lagu Maher Zain, Thank you Allah.. thank you Allah..
Banyaknya nikmat yg Allah beri pada kita hari2.

Minggu lepas dok risau pasal stok susu Khalisha, hasil pum hari2 kurang
dari 8oz sedangkan Khalisha nak susu 9 oz sehari. So hari2 ade stok beku
yg kena guna, sudahnya cuma tinggal 2 botol stok beku total 8oz.
Weekend lepas pergilah beli FM utk Khalisha, susu Ilham.
Susu lembu yg dikilangkan ikut proses IMP, ada campuran makanan
sunnah iaitu kurma, kismis dgn badam.


Dari segi mental, aku dah redha kalau Khalisha dah kena campur
susu. Lagipun cuma kat rmh babysitter. Kalau direct feeding insyaallah
tak de masalah. Tapi alhamdulillah Allah Maha Pemurah.
dari hujung minggu lepas supply susu kembali ke normal. Masih maintain
pum 3 kali masa bekerja, total hari dpt la 9oz.
Nampaknya Susu Ilham belum dirasmikan lagi.
Alhamdulillah.

Mar 22, 2011

Mencuba yang baru

Salam..
Kesan gempa bumi di Jepun nampaknya belum reda. Operation
di ofis sedikit sebanyak mendapat tempiasnya. Kerja agak banyak
disebabkan server2 dia jepun asyik shutdown.
Aku juga kena pastikan anak2 buat bersedia utk backup in case team
kat jepun betul2 tak dapat support customer kalau backup elektrik diaorg
tak cukup. Situasi kenkadang mendebarkan.

Apapun situasi di rumah aman damai rasanya.
Ada la berlaku gegaran sekejap tapi dapat di kawal segera.
Pengajarannya jangan biarkan sesuatu yg tak betul itu berpanjangan.
Syaitan sentiasa ada inginkan kita menjadi teman rapatnya.
Semoga Iman ku sentiasa terpelihara, menjadi isteri, mama,anak, perkerja yang
bertangungjawab.
Juga hubunganku dengan Allah dan manusia terpelihara. Aminn..

Berkenaan tajuk posting kali ni, sebenarnya baru2 ini aku terdetik utk
mencuba suatu bidang yang baru. Asalnya teringat tentang sekolah
tadika utk Sabrina, lepas tu teringat pulak pasal bisnes dan masa
depan. Kalau kita berkongsi ilmu, lagi2 menyebarkan ajaran Islam
Insyaallah pahalanya berpanjangan selagi di amalkan.
Apapun masih di dalam perancangan. Aku dan suami sedang berusaha
ke arah itu. Moga2 usaha ku dipermudahkan sebagaimana Allah ulang dalam
Surah Al-Insyirah
 " Selepas kesusahan itu ada kesenangan"
Insyaallah, jika di izinkan Allah, berjaya perancangan ini aku akan war2kan.

 
                

Mar 12, 2011

Gempa bumi di Jepun 8.9


Semalam aku bercuti utk bawak Khalisha ke klinik.
Appointment utk CDR(child development rehibilitation) kononnya
tapi rupanya mcm survey je apa yg dia dah buat, tak boleh buat.
Hampehh betul..
Tapi nak pegi opis dah alang2 nak tgh ari pulak.
Hantar anak ke rmh babysitter aku pun merayau2 ke seksyen 9.

Satu hari suntuk semalam mmg hujan jer. Teringat Iwasaki-san
yang kena kafunshou teruk masa meeting sehari sblmnya. Sure
kat jepun cuaca tak elok skang. Lepas ambik anak2, tengok berita
yang Jepun kena gempa 8.9 skala ritcher. Subhanallah!!!!
Ini mmg betul2 kuat. Sebab setakat yang aku pernah rasa 4 skala
ritcher pun bergegar sampai kecut perut.
Kalau ke opis mungkin lagi banyak berita dari opis belah jepun.
Teringatkan bestfriend dulu Mayumi, Kin-chan dan kawan2 satu U.
Harap yang berada kat sana selamat.
Dah tenang sket boleh lah contact. Skang sure kelam kabut.   

Mar 11, 2011

Khalisha yg comel


Sudah agak lama tak ada entry khas utk Khalisha.
Alhamdulillah Khalisha sudah mencecah 1 tahun 2 bln. Kejap
aje yer.. terasa macam baru semalam melihat dia di dlm balang
kaca. Dah besar dan sihat. Syukur kepada Allah.
Sejak semalam Khalisha sudah dpt merangkak setapak dua.
Kalau seminggu sebelum ni cuma buat gaya aje..dah maju la tu.
Berdiri pegang meja, kerusi dah kira kuat lah. Keras kakinya.



Susu masih dapat bekalkan susu badan sepenuhnya. Walaupun
dlm seminggu ni agak kurang supplynya, nasib baik lah ada stok
yg dapat membantu.
Tapi setakat ari ni cuma tinggal 4 stok beku. Hasil pum dari 3 botol
ke 2 botol jadi kena lah turunkan stok beku sebotol sehari.
Harap bertahan lah..
Kena start survey2 susu formula utk waktu akan datang nih.
mmmm... terbaca pasal susu ilham di sini . Nampak menarik.
Sebabnya penghasilannya dgn proses IMP dan ada makanan sunnah.
Insyallah nak cuba nanti.

Musim E-filling



Tiap tahun msk bln March je sibuk la pasal E-Filling.
Hari ni siapkan E filling hsbn, semalam aku punya record
dah submit. Biasala ponpuan buat keje2 kira mengira nih.
Mmm.. tanggungjawab la kan.

Kita org kat opis tiap hari citer psl LHDN maklum la
opis baru ni, betul2 sebelah ngan lhdn. Kalo nak p opis, dari
jauh nampak je word HASIL!!!  berdiri megah. fufufufu..sabo je la.
Banyakkan berzakat insyaallah berkat.
Tahun ni ade lg baki terlebih bayar, hihihi.. buat simpanan
time sesak. Alhamdulillah. Mintak2 senang je lah nak claim balik.

Mar 9, 2011

Bowling taikai

Salam..

Sudah lama tak meng-update blog time time opis. huhuhu..
Sebelum ni tak dpt membiasakan diri lagi dgn kesibukan keje.
Susah jugak nak membalance kan rumahtangga dan keje ni .
Tapi alhamdulillah dgn adanya suami, saudara dan  kawan2 yang
saling membantu semakin lega rasanya sekarang.

Hari Sabtu lepas 3 mac, hari ini dalam sejarah, join bowling tournament
yg company buat. Pertama kali lepas join company 6 tahun. Sebabnya
tahun ni ramai rakan sebaya msing2 pulak dah berfamily so rasa mcm
pegi family day la pulak.
Setiap team 3 perempuan dan 3 lelaki.
Jumlah semer ada 47 team. Huhu.. banyak sungguh. Malam sebelum
tournament tu berangan2 la jgk nak jadik among the best team..
menengokkan byk nye team yg teror.. akhirnya dpt no ke 11 dari 47
not bad lah.
Aku ni sebenornya dah bertahun tak main bowling.
Dlm 3 game cuma skali je dpt score 102pt.. lain tu agak teruk la.

Kesimpulannya masing2 lepas ni berazam nak improve skill betul2
sebelum next tournament. hehehee.. hebat hebat.

                                                 Hotaru Team and family..

Feb 28, 2011

Buka puasa 2010

Tengah datang angin meng-upload gambar.
Gambar2 semasa hari bebuka puasa bersama kawan2 ofis 2010.
Tempatnya di KLGCC, Damansara.

Posing sebelum masuk waktu berbuka.



Ex-officemate Konaka n manager Chong.

                                 Antara menu buffet hari tu. Specialnya ada daging kambing panggang.

Feb 26, 2011

Assalamualaikum 2011

Sudah 2 bulan tak meng-update blog nih. Biasa la moodnye
kadang turun naik. Situasi keluarga dan kerja alhamdulillah
sudah lega.

Anak2 semakin membesar.
Kak Yong Sabrina semakin petah bercakap. Kadang terlalu la
ramahnya sampai tak larat nak layan. Ada aje idea nak bercakap.
Syukur lah.. kalau senyap sgt risau pulak kan.
Khalisha alhamdulillah sihat. Nampak lebih berisi. Bulan lepas genap
usianya setahun. Berat setakat bulan lepas 5.5kg. Kalau nak bandingkan
dgn baby lahir normal mmg berbeza tapi syukurlah tak ada apa2 penyakit
or benda2 yg merisaukan. Pergerakkannya doktor kata mcm umur 10bln.
Jadi mmg sesuai dgn usia sebenarnya. Dan mara dgn dada dan skang nak
belajar merangkak.

Bersama mak, suami dan anak2. Atas pangkuan mak anak Kak Long.

Kak Yong dan adik.

                                                                     Anak Menantu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails