Mar 22, 2011

Mencuba yang baru

Salam..
Kesan gempa bumi di Jepun nampaknya belum reda. Operation
di ofis sedikit sebanyak mendapat tempiasnya. Kerja agak banyak
disebabkan server2 dia jepun asyik shutdown.
Aku juga kena pastikan anak2 buat bersedia utk backup in case team
kat jepun betul2 tak dapat support customer kalau backup elektrik diaorg
tak cukup. Situasi kenkadang mendebarkan.

Apapun situasi di rumah aman damai rasanya.
Ada la berlaku gegaran sekejap tapi dapat di kawal segera.
Pengajarannya jangan biarkan sesuatu yg tak betul itu berpanjangan.
Syaitan sentiasa ada inginkan kita menjadi teman rapatnya.
Semoga Iman ku sentiasa terpelihara, menjadi isteri, mama,anak, perkerja yang
bertangungjawab.
Juga hubunganku dengan Allah dan manusia terpelihara. Aminn..

Berkenaan tajuk posting kali ni, sebenarnya baru2 ini aku terdetik utk
mencuba suatu bidang yang baru. Asalnya teringat tentang sekolah
tadika utk Sabrina, lepas tu teringat pulak pasal bisnes dan masa
depan. Kalau kita berkongsi ilmu, lagi2 menyebarkan ajaran Islam
Insyaallah pahalanya berpanjangan selagi di amalkan.
Apapun masih di dalam perancangan. Aku dan suami sedang berusaha
ke arah itu. Moga2 usaha ku dipermudahkan sebagaimana Allah ulang dalam
Surah Al-Insyirah
 " Selepas kesusahan itu ada kesenangan"
Insyaallah, jika di izinkan Allah, berjaya perancangan ini aku akan war2kan.

 
                

1 comment:

  1. Wah tahniah tahniah..!! tak ramai lagi geng2 kita buat bisnes. Nak mencuba pun kadang2 tak berani.

    Yang dah dapat seru tu teruskan usaha.. nanti bleh share2 ilmu & pengalamann :)

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails