Tiba2 nak menyanyi lagu Maher Zain, Thank you Allah.. thank you Allah..
Banyaknya nikmat yg Allah beri pada kita hari2.
Minggu lepas dok risau pasal stok susu Khalisha, hasil pum hari2 kurang
dari 8oz sedangkan Khalisha nak susu 9 oz sehari. So hari2 ade stok beku
yg kena guna, sudahnya cuma tinggal 2 botol stok beku total 8oz.
Weekend lepas pergilah beli FM utk Khalisha, susu Ilham.
Susu lembu yg dikilangkan ikut proses IMP, ada campuran makanan
sunnah iaitu kurma, kismis dgn badam.
Dari segi mental, aku dah redha kalau Khalisha dah kena campur
susu. Lagipun cuma kat rmh babysitter. Kalau direct feeding insyaallah
tak de masalah. Tapi alhamdulillah Allah Maha Pemurah.
dari hujung minggu lepas supply susu kembali ke normal. Masih maintain
pum 3 kali masa bekerja, total hari dpt la 9oz.
Nampaknya Susu Ilham belum dirasmikan lagi.
Alhamdulillah.
No comments:
Post a Comment