Mar 11, 2011
Khalisha yg comel
Sudah agak lama tak ada entry khas utk Khalisha.
Alhamdulillah Khalisha sudah mencecah 1 tahun 2 bln. Kejap
aje yer.. terasa macam baru semalam melihat dia di dlm balang
kaca. Dah besar dan sihat. Syukur kepada Allah.
Sejak semalam Khalisha sudah dpt merangkak setapak dua.
Kalau seminggu sebelum ni cuma buat gaya aje..dah maju la tu.
Berdiri pegang meja, kerusi dah kira kuat lah. Keras kakinya.
Susu masih dapat bekalkan susu badan sepenuhnya. Walaupun
dlm seminggu ni agak kurang supplynya, nasib baik lah ada stok
yg dapat membantu.
Tapi setakat ari ni cuma tinggal 4 stok beku. Hasil pum dari 3 botol
ke 2 botol jadi kena lah turunkan stok beku sebotol sehari.
Harap bertahan lah..
Kena start survey2 susu formula utk waktu akan datang nih.
mmmm... terbaca pasal susu ilham di sini . Nampak menarik.
Sebabnya penghasilannya dgn proses IMP dan ada makanan sunnah.
Insyallah nak cuba nanti.
Labels:
Nur Khalisha
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment