Pagi ni dah settlekan meeting dan manual utk engineers, so dptlah adakan
masa utk diri sendiri sket. Hehehee..
Tak tau nak letak tajuk ape kat posting ni, terpinjam tajuk satu program
yang aku suka kat radio IKIMfm. Bisnes @ muslim.. huhuhu..hebat bunyinya.
Beberapa minggu lepas aku ke seminar keusahawanan di PUNB.
Tujuannya nak tau peluang2 utk sesapa yg beniaga ni buat pinjaman.
Nak bisnes perlukan modal la kan.. pening gak nak carik.
Seminar ni di buat secara walk in, setiap Isnin pukul 930 pagi sampai
tengah hari. Percuma aje.. kat situ diterangkan lah skim2 yang PUNB
sediakan untuk bakal2 usahawan.
Utk org macam aku nih, skim yang seswai Skim Prosper Runcit dgn kadar
interestnya 5% setahun. pinjaman dari 5K ke 100K. Kalau yg umur bawah
33 tahun Skim Siswazah paling bagus. Kelayakan minima perlu ade diploma.
Interesnya 4%. Bagus juga lah dari buat personal loan.
Utk nak mohon tu sebenarnya ada lagi proses2nya. Lulus ujian bertulis yg di
buat lepas seminar. Yang ni bayar Rm20 utk borang.
Tapi malangnya tak lepas la pulak.
Aku ingat nak jgk proceed hantar kertas kerja untuk projek aku tu, tapi
sebab dapat input utk option lain, jadi tak teruskan dgn pinjaman PUNB.
Sesapa yang berminat utk tahu lebih lanjut sila2 lah ke website nye yer..
http://www.punb.com.my/index.php?main=1
Atas nasihat kawan, aku memilih option utk refinance rmh. Memandangkan
sekarang byk tawaran menarik dari bank2, BLR minus-minus.. aku rasa
satu option yang bagus dan mudah jgk lah. Sebab tak perlu kertas kerja
dan boleh dapat interest yang lebih rendah dari PUNB. Harap BLR stabil
terus stabil lah.Insyaallah.
Dan dengan izin Allah, secara rasminya aku dah tandatangan kontrak membeli lesen
program Little Caliph utk tadika aku nanti. Mudah2an niat utk mendidik anak2
kecil dgn ilmu dunia dan akhirat, dgn cara yang menarik dipermudahkan
oleh Allah. Dalam masa yang sama dpt juga ikut sunnah Rasulullah ..berniaga.
No comments:
Post a Comment