Kalau ada yang baca posting sebelum ni tajuknya "Minggu Demam".
Aku ingatkan seminggu je menjaga anak demam, rupanya demam Khalisha
tak baik sampai lah 2 hari lepas.
Dari Allah datangnya penyakit Allah jua yang Maha Menyembuhkan.
Hari Sabtu minggu lepas abg ajak balik kampung. Masa tu demam Sabrina
dah ok, Khalisha tinggal batuk dan selsema. So ajak abg p buat rawatan
kat Klinik Dr Salleh kat kpg. Rawatan Sonotron. Kata doktor tujuannya utk
melancarkan peredaran darah. Caranya dengan menghalakan satu alat yang
memancarkan gelombang macro ke tempat yg nak di rawat. Macam Khalisha
di halakan ke hidung dan tekak.
Aku cuba je sebab dia tak menggunakan ubat. Sebaliknya aku yg kena mkn
sedikit ubat dgn di suruh ambil vitamin utk menambah kualiti darah since
Khalisha menyusu badan. Menarik penarangan doktor tu.
Petang Ahad masa aku di rumah mak, kepala Khalisha dah mula rasa panas.
Lepas Isyak kitaorg balik ke Meru badan Khalisha dah panas. Apa yg aku buat
cuma lap kan dengan towel basah. Khalisha masih selesa tidur.
Hari Isnin walaupun Khalisha panas, sebab ada tugasan aku still kerja walaupun
rasa tak sedap hati. Alhanmdulillah dapat balik cpt.
Hari Selasa bawak Khalisha ke KPJ Sel utk check darah. Dari pagi sampai
ke petang menunggu je kejenya. Sebabkan anak bersabar jgk lah.
Hasil ujian darah, Khalisha dijangkiti virus. Tapi masih boleh di kawal jadi
doktor bekalkan antibiotik selain ubat demam, batuk dan selsema.
Hari rabu, ingatkan nak pegi keje elok je nak bersiap Khalisha menangis
tak berhenti. Nasib baik abg ada sebab abg cuti malam sebelumnya.
Ambik masa jgk nak berentikan menangis, rupenya Khalisha kembung.
Meragam aje lah sepanjang pagi sampai lah ke tengah hari.
Lepas zohor baru la lega bole baring kat bawah.
Nak masak pun dah malas so ajak abg ke Pizza Hut n beli barang dapur
kat 99 dengan kedai HPA meru.
Hari Khamis, masa nak pergi kerja nampak muka Khalisha merah padam.
Badan dah tak panas batuk pun nampak kurang. Tapi aku biarkan aje
kot merah sementara.
Balik dari keje wati kata ruam naik satu badan.
Eiiiiikkkkk.. dah rasa lomah dah. Apa lagi lah agaknya. Tak mungkin campak
pulak. Apapun mlm tu aku bgtau mak dan abg yg keje.
Abg pesan jgn bagi ubat dan sapu losyen.
Mak pulak kata biarkan aje kalau campak biar semua keluar.
So aku just sapu sket losyen kat muka Khalisha nak tengok kot ada
perubahan.
Hari Jumaat muka Khalisha dah macam biasa. Tak merah2 lagi.
Merah panas kot.. lega. Just pesan dgn wati jangan kasi ubat batuk dan selsema.
Takut dia tak tahan ubat tu. Lagipun Khalisha dah tak teruk.
Balik dari keje wati bgtau Khalisha ok je tak meragam.
Barulah lega rasanya..
Disaat2 macam ni kalau ikutkan hati mmg rasa lemah je. Sib baik lah ada
beli buku pasal " Terapi Ayat Suci" , Dalam buku tu adalah kasi tips tentang
ayat penyembuh. Antaranya baca Surah Fatihah ulang 7x, ayat Kursi, tiga Qul,
Al baqarah 285, 286. Ayat-ayat suci ni mampu membetulkan sel-sel yang
rosak dlm tubuh manusia termasuklah kanser.
Wallahualam..
terima kasih atas tips2 yg ada ni, wah. bagus juga..amalkan baca ayat2 suci ni. semua nye dugaan dari ALLAH. moga kita teguh iman, tinggi kesabaran utk hadapi apa pun jua yg mendtg. amin!
ReplyDelete