Semalam aku sekeluar balik kpg sebab nak hantar mak Abg balik lepas
seminggu mak tidur kat rumah kak Awa. Malam tadi aku tidur di rmh mertua.
Pagi dlm pukul 10 baru balik ke rmh mak.
Khalisha meragam saja, agak sebab kepanasan kot. Mmg panas kat kpg lebih sket dr kat Meru
mungkin sebab rmh kpg lagi dekat dgn pantai. Jadi nak tidurkan Khalisha kalau tak dibuaikan tak sah.
Sambil membuai Khalisha aku belek2 buku Uda yg banyak. Terjumpa buku tentang adik NiK Nur
Madihah pelajar cemerlang SPM 2008 . 19A1 1A2. Aku sangat2 kagum dan terasa amat malu sebab walaupun dikatakan daif , tapi sentiasa bersyukur dengan kehidupannya. Bapanya jgk walaupun seorang
yang tidak tinggi pelajarannya tetapi pada hakikatnya dia seorang yang tinggi akalnya. Sememangnya kejayaan dalam akedemik bukan kayu pengukur kejayaan dalam kehidupan. Orang yang benar2 berjaya ialah org yang dpt mengimbangkan kehidupan didunia dan di akhirat. Ada ilmu dunia ada juga ilmu akhirat.
Moto adik Nik, hablum minnallah habum minannas atau menjaga hubungan Allah dan manusia.
Juga amalan yang sentiasa di buatnya.
1. Puasa sunat Isnin Khamis
2. Solat dhuha
3. Qiamullail
4. Sentiasa meminta maaf dgn ibu bapa
5. Menghormati guru sentiasa bertanya khabar.
Semoga aku juga sentiasa menjadi orang2 yang bersyukur dengan nikmat Allah.
No comments:
Post a Comment