dan kailan ikan masin.
Sejak hantar mak mertua balik kpg lepas umrah, belum ada lagi kami
balik kpg. So hari Jumaat lepas magrib, abg, aku dan Sabrina terus
bertolak balik kpg.
Kitaorg singgah makan di Pantai Jeram. Ini kali ke 2 pergi lepas
makan2 dgn family dulu. Makan malam yg agak mewah jgk la
kali ni. Maklum la bertiga beranak je. Sabrina pn mkn sket2 je.
Biasa la perut budak mana le beso sgt.
Balik dgn perut kenyang, mata pun berat sangat. Tetidur
separuh jalan. Hehehe..
Malam pertama terus ke rmh mertua sebab mak aku pun tak ada.
Dia pulak ke Klang rmh adik dia merangkap Pak Usu aku.
Bertentang arah kitaorg nih.
Mak hari Sabtu baru balik, so habis masa belah abg lah.
Kitaorg bwk mak mertua ke Sg Remis , Perak rmh akaknya.
Pasal mak bising2 dah lama sgt tak jumpa kakaknya tu.
Daripada sebelum umrah mak nak sgt pergi tapi tak
kesampaian. Alhamdulillah dpt berjumpa jg.
Lepas asar, jalan2 kat pekan konon nak carik bekas air Sabrina
yg tertinggal di Perak. Tp tak jumpa terbeli la pulak baju dan
kasut utk anak Kak Long.
Pastu singgah minum kat kedai mamak, dpt pulak sms dr kak
Ijan kakak abg katanya mak kirim durian.
hehehe...pandai je dia.
So beli la durian utk 2 buah rmh. Lepas abg hantar aku
rmh mak, baru dia balik hantar durian rmh mak dia pulak.
Hari Ahad seharian habiskan masa kat rmh mak pulak.
Pkl 6 balik ke rmh mertua semula, layan Sabrina main
ngan anak2 kak Ijan.
Lepas isyak baru balik ke klang.
mmm.. seronok tapi letih la sket. Adat balik kpg.
No comments:
Post a Comment