Jul 13, 2009

Abang sakit

Coretan ini ditulis pd 13Julai

Sepanjang minggu lepas, abg dan Sabrina kena demam lagi.
Memandangkan Sabrina demam malam, aku byk tumpukan
perhatian pada Sabrina. Tengah2 malam antara 2-5pg biasa
dia akan terjaga. Kepanasan dan tak selesa. Lepas bg makan
ubat, lap2 dia ngan tuala lembap baru bole tidur semula.

Hari Sabtu ajak abng ke hospital pakar di S.Alam. Check
darah. Takut2 pulak kena denggi .. nauzubillah.
Alhamdulillah keputusan darah utk denggi tiada.. cuma
masing2 lebih darah putih sebab ada jangkitan kuman.
Sabrina hanya diberi ubat demam dan antibiotik.
Kalau masih demam sampai Selasa baru dtg balik.

Abg di x-tray seluruh badan. Bdannya panas sgt 39'C
utk 2 hari. Sebab nya tonsil . Ulser dkt tekaknya sgt panjang
tu yg demam tak surut. Doktor suggest utk mask wad tp abg
tak mau. Sebenarnya dia risau pasal kerja yg tak siap.
Eiii.. sabo je la.

Hari ini selepas 3 hari dan abg masih tak kebah jgk, bdn pn dah
lemah sebab tak lalu makan, muntah2. Kesian tgk abang dah
mula lemah.
Aku ambil EL, hantar Sabrina ke rmh Wati dan pegi KPJ Sel
semula dgn abg.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails