Jul 19, 2009

Ceramah Israk Mikraj

Buku bagaimana nak jadi kaya dunia dan akhirat tulisan
Ustaz Nik dan Ustaz Azahan. Amalan2 mudah seharian
utk memurahkan rezeki.


Alhamdulillah mlm tadi aku, suami dan Sabrina dpt menghadirkan
diri ke majlis ilmu di taman kami.
Ceramah mmg ditunggu-tunggu sebab dah jarang2 dpt hadir ke
majlis ilmu sejak kebelakangan ni.

Ustaz jemputan anak buah Ustaz Harun Din, Ustaz Nik.
Biasa dulu2 ceramah israk mikraj yg aku dengar bercerita
tentang pertemuan Nabi Muhammad S.A.W dgn nabi2 lain
disetiap pintu langit. Tapi kali ni agak lain sket, lebih disentuh
tentang kebesaran Allah dan bagaimana cara bertemu Allah
sebaik2nya dgn berpandukan peristiwa israk mikraj.

Antaranya mengapa masjid tempat persinggahan , kerana
masjid adalah rmh Allah. Org yg kerap ke masjid dia dekat dgn
Allah. Orang lelaki yg tidak betul tajwidnya tidak akan diterima
solatnya ketika bersendirian melainkan dia pergi berjamaah.
Dan org perempuan yang tidak menjaga auratnya walaupun
menjaga solatnya tidak diterima amalannya.

Sebaik-baik hamba adalah yg mengikut segala kata tuannya
tanpa apa2 bantahan. Kita sebagai hamba Allah perlu mengikut
segala perintah Allah tanpa apa2 bantahan.
Kerana Allah pencipta kita, kita mengakui kebesaran Allah
tetapi kadang2 kita merasa lebih besar daripada nya kerana
mementingkan diri kita dan benda2 disekeliling kita dan
mengambil remeh tentang suruhan dan larangannya.
Nauzubillah..

Sebenarnya banyak lagi ilmu2 yg dikongsi oleh Ustaz Nik.
Moga dilain kali dpt aku menghadiri majlis ilmunya lagi.
Sebelum pulang kami bersama2 berzikir.. sgt sayu dan seronok
sebab ramai org2 taman yg bersama2 disitu. Maklum lah
ceramah ditengah2 jalan, bila beramai2 berzikir terasa sgt.
Moga Allah memberi pahala yg byk kepada mereka2 yg
bersusah payah menganjurkan ceramah ini.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails