Jul 18, 2009

Seminggu yang sibuk

Hari ini Sabtu 18 Julai 25 Rejab baru ada masa nak posting
kat blog ni semula.

Hari Isnin lepas abng di tahan di wad. Mmg dah tau akan msk
wad pn sebab tonsilnya dah merebah ke dua2 belah anak
tekak. Doktor nasihatkan utk dibuang, tp tunggu bila baik dulu.
Ingatkan msk 2,3 ari je, rmhnya hari Jumaat, semalam baru
doktor kasi kluar.
Nak cukupkan dos ubat.

Hari2 minggu ni aku balik pkl 5 sbb nak jgk abg. Hari selasa
lepas mak dtg dari kpg dgn yem dan cik. Sempat kami bwk
abg kluar mkn kat sek 24.
Hari lain cuma aku je la dtg . Kenkadang ada kenkawannya.
Family abg tak de yg datang. Tak de kesempatan.
Mak mertua tak diberitahu awal sebab takut dia risau.
Org tua ni risaunya lebih sket, itu pun tahu dah abg nak kluar
spital dah tak makan dia. isk isk isk..

Hari minggu ni hari mengemas rmh lah.. baru habis membasuh
baju yg melambak, dan mengemop lantai.
Dua tiga ari ni rasa tak sihat.. tah apa la tanda. Hope tak de
ape2.
Kat opis, sibuk ngan meeting, ada cadangan nak hantar aku
ke Jepun 2 minggu. Utk training projek baru yg akan di
tranfer ke sini. Dah tanya Wati katanya tak kisah nak jaga
Sabrina. Pasal katanya Ina tk banyak ragam.

Aku risau gak le sebab dia malam masih menyusu badan.
Tah tau lah.. masih lagi berfikir. Kalau mintak seminggu je
mmg rasa alang2 nak training, tp sebab anak tak bole pulak
nak pentingkan diri sendiri je. Takut aku pn tak boleh tahan
rindu kat Sabrina.
Moga dipermudahkan jalan.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails