Alhamdulillah bertemu lagi di Ramadhan tahun ini. Tahun ini kali kedua
menyambut Ramadhan dgn Sabrina dan abg. Bezanya tahun lepas aku
berpantang di kampung dan abg berseorangan di rmh. Seronok rasanya
nak berpuasa bersama suami kali ni.
Kalau ikut bulan Islam Sabrina dah pun 1 tahun. Alhamdulillah.
Sudah sihat dan ceria mcam biasa. Lepas demam ni makin cpt dia blajar
sesuatu. Skang ni dah pandai nak masukkan benda dlm mulut. Asalnya
cuma dah ajar mkn biskut je, rupanya semer benda nak masuk. Lepas
tu Sabrina suka tiru ape kita sebut, walaupun dpt yg ujung2 aje.
Kalau dgr suara kat handphone dah pandai gelak2 dan cakap tak lah
tercengang je.
Isnin 1 sept.. hari pertama Ramadhan kami sambut di kampung. Kami
pulang petang semalam. Aku bersahur dan berbuka di rmh mertua
memandangkan dia keseorangan. Aku balik ke rmh mak waktu siang
je. Tak dpt lah nak menolong masak utk berbuka. Tapi sempat aku
belikan sedikit juadah utk mak dan keluarga di pasar Ramadhan.
Pasal penyusuan Sabrina rasanya tak byk masalah. Tambahan pulak
dia dah pandai makan. Jadi adalah gap jgk. Cuma jgn buat dia merajuk
kalau tak tak de lain di carinya. Hehehehe..
Lepas berbuka balik semula ke rmh mak sebab nak bersahur di rmh
mak pulak. Nasib baik abg bercuti ari ni so boleh lah tidur 2 rmh. Cuma
abg tak join skali ke rmh mak aku sebab nak temankan mak dia.
Ramadhan kali ni nampaknya susah lah nak pergi berjamaah terawih
di surau sebab Sabrina kecik lagi. Tapi insyaallah aku buat sendirian
di rmh. Disamping tu kena kerapkan lagi mengaji.
Semoga ramadhan kali ini lebih baik dari yg sebelumnya..
No comments:
Post a Comment