Isnin 22 sept.. Aku masih off shif lagi. So seharian dirmh lah merehatkan
badan. Tak habis lagi penat bershopping semalam.
Abg shif siang, so selepas sahur dan solat subuh dah keluar.
Hari ni aku cuba masak kuih talam gula merah utk berbuka. Percubaan
kali kedua selepas gagal pertama kali dulu.
Kali pertama tu mintak resepi dari mak, so semer main agak2 je. Masa
tu internet problem so tak leh nak google lah. Jadilah kuih talam yg
keras dan tawar. Separuh je termakan dek aku. Abg jamah sket je.
Kali ni aku dah ready salin resepi dari internet.
Sabrina panas badan siket. Penat semalam kot. So dia kerapalah sket
merengek jgk. Cabaran jgk nak memasak ni. Tapi alhamdulillah
menjadik jgk kuih talam sebelum berbuka. Pastu aku goreng sukun.
Hidangan yg simple tapi sedap dimakan. Kali ni kira secukup rasa abg
pun makan byk. Seronoknya..
Selasa 23 Sept.. Sabrina masih demam tapi aktif mcm biasa. Sebab
takut melarat, esok lak aku nak keje so hari ni aku kasi ubat demam.
Resepi berbuka hari ni goreng sukun dan cucur udang. Sebab teringin
nak yg pedas2 pulak. Abg balik awal sket jadi bole tgk2kan Sabrina.
Rabu 24 Sept..Demam Sabrina dah kebah. Alhamdulillah. Aku
bekerja shif malam. Jadi siang bila Sabrina tidur aku siapkan bahan
masak utk bwk bekal dan utk abg makan mlm nanti. Menu ari ni
talam berlauk dan sambal udang msk petai. Talam berlauk pun
pertama kali nak cuba. Resepi dari internet jgk. Masa mula2 masak
aku ingatkan tak jadi pasal lembik je, rupanya bila dah sejuk dia dah
boleh dipotong. So dpt lah aku bwk bekal, bagi kat babysitter dan
tinggalkan utk abg.
Pasal tgn aku penuh dgn beg bekal, beg susu, beg pampers, handbag yg
disandang, aku terlupa beg yg sangat2 penting. Beg pum!!
Aku sedar bila dah masuk Damansara. Punyalah kalut. Tension betul.
Apapun aku msk ofis dulu pkl 7. Buat keje dulu. Mula2 aku cadang
nak balik sekejap pastu dtg balik. Tapi dah duduk 2 jam rasa keje pun
tak banyak, mcm tak berbaloi pulak nak dtg balik. So aku decide ambik
half day aje. So kol 12tgh mlm aku cabut balik rmh. Abg tak tidur lagi
dok ngadap pc. Aku pump dulu baru la zzzz.. tidur tanpa gangguan la
malam ni. Sian Sabrina.. mama rindu.
No comments:
Post a Comment