Isnin 15 sept.. Sebelah paginya aku masih di kampung. Kitaorg balik
menghantar mak mertua semalam. Tgh hari kitaorg balik ke Meru
sebab nak bw Sabrina ke klinik utk check up setahun.
Excited sebenarnya nak tahu perkembangan berat Sabrina. Rasa2 dia naik
byk jgk sebab terasa beratnya skang. Kali ni nak timbang dia tak nak pulak
dok kat tpt timbang tu, takut nak lepaskan mamanya. So, terpaksa la aku
naik timbang skali. Lepas kira2, berat Sabrina skang 7.2kg. Alhamdulillah.
Ada lah dekat 1/2 kilo dia naik. Dah lama tak naik byk tu. Ikut carta dia
ada kat line kuning. Tapi tak membimbangkan pun sebab fizikalnya sihat.
Baru2 ni kat tv keluar berita pasal bahan beracun dlm susu formula di
China. Kesian sungguh sampai ada yg mati. Walaupun baru seorang tapi
ikut laporan ramai yg kena batu karang. Hopefully benda tu tak berlaku
kat sini. Kalau semer org tau kepentingan bf, FM ni tak lah dirasakan
penting sgt.
http://www.thestar.com/News/article/498031
Nak berkongsi cerita yg dipos di SI.com
Alkisah pada suatu masa, di sebuah hospital bersalin di Amerika.
Maka ada le dua orang ibu yang melahirkan sorang anak lelaki dan
sorang lagi anak pompuan. Masalahnya, kedua-dua ibu tadi, mengaku
yang mereka melahirkan anak lelaki tersebut ! Ni kes berebut anak
lelaki le.... Oleh kerana mereka melahirkan pada waktu dan masa yang
sama, maka timbul le sedikit masalah bagi menentukan ibu yang
sebenar bagi anak lelaki tersebut. Pada waktu tersebut, tiada lagi
ujian DNA. Maka doktor pakar dari Amerika bertanya le pada kawan
dia, sorang doktor dari mesir, macam mana nak selesaikan masalah
tersebut. Dia orang dah buat ujian darah dah, malangnya, kedua-dua
ibu tersebut mempunyai kumpulan darah yang sama. Lagi rumit
masalah tersebut! Maka doktor Amerika tu tanya le doktor dari mesir,
macam mana nak selesaikan masalah ni, sebab dia dengar orang kata
Islam dan Al-Quran ni agama yang sempurna, dan setiap masalah ada
penyelesaiannya di dalam Al-Quran. Maka terkedu le doktor dari mesir
tuh! Nak tak nak, doktor dari mesir tu, ajak doktor Amerika tu
berjumpa dengan sorang kawannya, iaitu seorang ulama terkenal dari
mesir. Maka ulama dari mesir tu tanya le apa masalahnya. Setelah
diceritakan segalanya, maka ulama mesir tersebut tersenyum. Ulama
mesir tadi suruh diperah susu kedua-dua ibu yang melahirkan anak
tadi! Dan dibuat ujian tentang kandungan kalsium, zat galian dan
sebagainya! Setelah selesai ujian, mereka diminta membawa keputusan
ujian dan berjumpa semula dengan ulama tersebut. Setelah dapat
keputusan ujian, maka mereka pun bertemu semula dengan ulama
tersebut. Nak tau apa keputusannya ? Salah satu dari susu ibu
tersebut, mengandungi 2 kali ganda bahan-bahan seperti kalsium,
zat galian dan apa-apa yang sepatutnya berada di dalam susu ibu.
Maka ulama mesir tersebut berkata, ibu yang mempunyai susu yang
mempunyai bahan-bahan 2 kali ganda itulah ibu sebenar kepada
anak lelaki tersebut ! Maka doktor amerika tadi bertanya, apa
buktinya di dalam Al-Quran, maka ulama mesir memberitahu bahawa,
bahagian untuk anak lelaki itu adalah 2 kali ganda dari anak
perempuan, begitu jugalah dalam soal pembahagian harta pusaka.
Jadi, oleh kerana itu adalah hukum Allah, susu ibu juga merupakan
'harta', maka untuk anak lelaki, adalah 2 bahagian, berbanding
untuk anak perempuan !
No comments:
Post a Comment