Isnin 16 Jun.. persiapan untuk mengkebumikan arwah abah sibuk
dilakukan sejak awal pagi lagi. Pkl 8 pg jiran2 sudah datang.
Mak walaupun sedih dpt mengawal perasaan. Sedih dan letih.
Maklum lah sudah 13hari mak temankan arwah abah di hospital.
AJK dari surau sg lias mengambil
peranan utama. Abg cuma ikut arahan , tak da pengalaman.
Pkl 1030pg selepas mandi, kapan dan di sembahyangkan, arwah abah
dibawa dgn van ke perkuburan sg besar. Aku tak dpt ikut sebab takut
erin mengganggu. Khabarnya urusan pengkebumian berjalan lancar.
Alhamdulillah.
Sebelah petang ramai yg tetidur keletihan di rmh mertua. Bgn tidur
aku tgk akak2 ipar sibuk buat persiapan memasak bihun goreng
utk dihantar ke surau. Utk 3 mlm pertama kenduri arwah di
surau saje. Hjg minggu nanti barulah kenduri arwah buat kat rmh.
Sebelum magrib aku pulang ke rmh mak aku. Keletihan.
Selasa 17 Jun.. Selepas zohor aku kembali ke rmh mertua. Tolong
masak nasi ayam utk dibawa ke surau. Sempat le belajar skali.
Aku puasa ganti utk hari yg ke 18.
Lepas magrib warga perempuan membaca yassin di rumah. Lelaki
dah ke surau. Pkl 1030 aku bertolak balik ke Meru sebab esok mlm
nak kerja. Kak Yaya pn tumpang sekali so kenalah ke Damansara dulu.
Tgh mlm baru tiba di Meru.
Khamis 19 Jun.. Mlm tadi abg yg jaga erin. Pkl 8 plg dari kerja erin dah
pn jaga. Tak sabar nampaknya. Kata abg erin krg menyusu mlm tadi.
Agaknya tak biasa abg bg susu kot. 14jam aku tinggalkan cuma 6oz
aje yg luak. Sepanjang hari ni mmg erin menyusu aja. Susah nak
berenggang. Pkl 6 ptg abg bwa pulang ke kpg lagi. Aku dpt cuti ihsan
3 hari abg guna unpaid leave. Sampai di kpg singgah dulu rmh mertua
baru balik rmh mak aku.
Sabtu 21 Jun.. Dari pagi sibuk menolong keluarga mertua buat persiapan
utk kenduri arwah sebelah tgh hari. Sebenarnya dr petang semalam dah
ready brg2 yg nak dimasak jd tak kelam kabut walaupun tukang masak
sorang aja. Erin pulak tak byk ragam legalah sket.
Menu kenduri kari daging ayam kampung, jelatah, sayur goreng, cencaru
masak taucu dan tembikai.
Sebelah petang kakak2 dan abg ipar semer balik. Tinggal kami je meneman
kan mak. Sempat jg temankan abg ke hospital menziarah Wak Lamin.
Aku tak dpt masuk sebab erin tido.
Mak mertua berbelah bagi nak tinggal di kpg or ikut kami balik.
Macam2 yg dirisaukannya. Selain ayam, rmh, kenangan di kpg. Tapi
tak ada saudara mara atau jiran2 yg boleh diharap nak temankan mak.
So dgn terpaksa mak ikut jgk kami balik Meru. Sementara aja. Jadilah
sementara mak mendapat semangat semula.
No comments:
Post a Comment