Jun 10, 2008

Kenduri aqiqah

Ahad 1 Jun... Alhamdulillah plan utk buat kenduri aqiqah dan doa
selamat dpt dilaksanakan. Makanan masak sendiri, jadi mmg sejak
semalam sudah sibuk. Nasib baik mak dah dtg sejak jumaat malam
dgn Wahid. Pagi sabtu kakak2 ipar, kak Mah dan kak Awa sekeluarga,
Uda dan anak2 dtg menolong.
Jiran2 dtg merewang pkl 6 ptg semlm. Utk mereka dihidangkan
mee kari, cucur badak dan bahulu mak mertua. Acaranya memasak
acar timun lobak, dan menggentel karipap utk sarapan pg.
Nampaknya mcm mudah tp habis hampir 11 mlm. Aku walaupun
tak sempat menolong rewang, tp sibuk didapur memastikan
mkn minum cukup.

Pkl 8 pg jiran2 dah dtg menolong memasak. Yg dimsk ayam goreng,
ikan kembung goreng, sup ayam, sayur kcg panjang dan hati, pepedum.
Kambing aqiqah dimasak kari, yg ini siap dimasakkan.
Pkl 10 pg mertua, kakak ipar, abg dari kg sampai. Sedara mara lain
pun ada jg. Pkl 11.30 bacaan yassin dan doa selamat dijlnkan dlm
rmh. Pkl 12 barulah upacara makan2 dimulakan oleh para pembaca
yassin diikuti tetamu yg lain.

Aku tak sempat nak ambil gambar, sebab sibuk melayan tetamu dan
anak. Sabrina pulak cuma mau dgn suami kak Awa dgn yg lain semua
tak mau. Nak tak nak kena dikendong la ke sana ke mari.
Saudara mara ramai jg yg dtg. Abg Yunus, Kak Ijan, Kak Yaya,
adik beradik, Ucu lijah, Itam Limah, Kak Nor, Pak Usu Majid
bersama keluarga masing2.
Kawan2 aku ramai yg tak dpt dtg sebab byk kenduri lain. Maklum lah
cuti sekolah. Yg hadir Wani , Noora, Rova sekeluarga.
Kawan2 abg ramai jg yg hadir sempatlah berkenalan.
Pkl 5 barulah majlis bersurai. Hujan pun turun jd tak dpt lah nak
lepak lama2. Mana yg lebih tu disedekahkan pd jiran2 dan saudara
mara.

Mertua dihantar blk oleh kak Awa sejak pkl 4 lagi. Abah
dah penat nampaknya. Mak aku tinggal lg di Meru nak menolong
berkemas. Kak awa dan dan kak mah sekeluarga pun tidur lg
semalam. Meriah betul rmh sepnjg 3 hari nih.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails