Jun 28, 2008

Resepi mak mertua

Mak mertua duduk 3 hari di rmh kami di Meru. Isnin sampai rabu.
Itupun dah boring nampaknya. Maklum la tak de ayam nak diberi mkn
tak de tanah nak bercucuk tanam. Nak di bawa berjalan pun belum
boleh lagi. So aktiviti yg ada cuma memasak, main ngan erin dan dengar
bacaan Al-quran.

Sepanjang 3 hari tu dpt jgk aku belajar beberapa resepi mertua yg
slalu dia buat. Asam pedas ikan pari, masak kicap ikan pari, mee goreng.
Ikan pari tu dibawa dari kpg sebenarnya.

Takut nanti lupa so aku coretkan kat sini lah resepinye.

Asam pedas ikan pari.
.Jintan manis jintan putih di tumbuk
.Cili giling
.Bawang merah & putih di hiris
.Asam jawa dan asam keping
.Ikan pari di garamkan
.Cili hijau dan merah di belah memanjang

Ikan masak kicap
.Bawang merah & bwg putih dihiris
.Halia di hiris
.Sedikit cili giling
.Kicap
.Ikan digoreng
.Air asam jawa
.Cili hijau di belah memanjang
.Bawang besar dipotong bulat

Rabu 25 Jun.. Lepas abg balik kerja baru aku goreng mee. Itupun atas
tunjuk ajar mak. Ye lah cara dia lain so kena la ikut arahan. hehehe..
cam budak sekolah lak rasanya. Lepas sarapan aku cuba tidurkan erin
tapi tak mau jgk. Merengek memanjang. Hidungnya pun berair aje.
Nampaknya erin kena selsema utk pertama kali. Panik lak aku kejap.
Mak suruh basuh muka erin dgn air suam. Aku susukan tak mau jgk
tidur sebab dia tak selesa. Dlm kol 11pg aku bwk dia ke klinik panel
dekat rmh. Aku pergi sorang aje sebab abg letih sgt. Dah lama erin tak
duduk kat baby seat, menangis2 jgk le sepanjang jalan. Puas le aku
ketuk itu ini, menyanyi, selawat la.. ade la dia sekejap2. Sabo je la.
Balik klinik kena lak kasi ubat, erin mmg tak suka makan ubat.
Punya la tension nak kasi. Pulak tu kena kasi ubat demam, selsema
dan antibiotik. Sib baik berjaya jgk mskkan dlm mulut dgn picagari.
Lepas minum ubat aku susukan, baru le dia tertidur.

Dlm kol 1 abg bgn. Kitaorg dah siap masak lunch ikan pari masak kicap
dgn sawi goreng bertauhu. Lepas zohor abg hantar mak ke rmh kak
Awa. Mak nak tukar angin lak. Kat sana sure dia tak yah masak.
Sian dia dtg rmh aku kena msk lak. Actually mak sediakan bhn aku
yg masak. Tapi dia monitor ala apa aku buat. Maklum la budak baru
blajar.
Aku tak ikut ke rmh kak Awa sebab dah janji dgn Uda ke Agro Bank
Shah Alam. Erin aku tinggalkan kat rmh Wati utk kali pertama.
Test. Mula2 ok lama bila sedar aku tak ada baru la melalak kata
Wati. Tpi last2 di kasi susu, dibuai2 lena gak dia tidur sampai aku lak
kena tunggu. Lega sebab nampak ade jgk keserasian.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails