Jun 19, 2008

Innalillah...

Ahad 15 Jun.. Aku pulang semula ke kampung lepas habis kerja mlm
tadi. Plan awalnya aku balik dgn Erin je, kononnya nak dudukkan Erin
kat baby seat sebab abg nak pulang semula pg semalam, tp sebab
abg prihatin sgt, dia sanggup ulang alik sg besar meru berkali2.
Thanks abgkusayang.

Tgh hari aku melawat abah. Sehari abah tak jumpa Erin. Abah seronok
erin datang. Walaupun abah tak dapat bercakap, abah usap jari2 Erin yg
kecik halus tu. Keadaan abah tak banyak berubah. Masih bernafas dgn
bantuan. Abg suruh aku masak bubur, tp sampai hospital abah dah
makan sket nasi hospital , so simpan utk petang.
Hari ni ramai saudara mara yg datang. Macam kenduri
kata nurse. Adik mak dari pahang pun ada. Orang2 kampung pun ramai.
Kebetulan dpn katil abah , suami mak cik Leha tukang urut pun ada jg.
Kena stok katanya.
Pukul 2 abang hantar aku balik rmh, Erin pun dah start meragam nak
tidur. Lepas hantar abg kembali ke hospital.

Magrib abg datang ke rmh, kata abg abah dah dibawa balik ke rmh
atas permintaan abah. Walaupun belum stabil, tp doktor benarkan
sebab abah beria benar nak balik. Risiko kena tanggung sendiri.
Lagipun beberapa harini abah kerap sangat meracau. Jadi keluarga
abg nak cuba jgk rawatan alternatif.
Lepas abg mandi dan sholat, kami sembang sekejap sementara tgg
isya. Dlm 840mlm kak yaya call abg kata abah tgh nazak, abang
bergegas balik. Aku tinggal sebab Erin dah mula nak demam.

Pukul 9 mlm abg call kata abah dah tak ada. 845mlm.
Innalillahiwainnailaihirajiun... abg kata tak sempat pun jumpa abah.
Kesian abang. Tak ada rezeki. Harap abg bersabar.
Tapi abg pun byk bersama abah disaat2 akhir.

Aku bergegas dgn mak dan adik2 ke rmh abg. Kami sama2 membacakan
Yassin untuk abah bersama adik beradik dan cucu2 abah yg lain.
Erin tak meragam walaupun demam.
Mak abg dpt mengawal perasaan. Mak pun redha abah pergi dulu.
Nampaknya Erin tak sempat main sampai besar. Apapun syukurlah abah
sakit tak terlalu lama. Abah pun sempat berjumpa semua anak2 dan
cucu2nya.
Kehilangan abah bermaknaaku sudah tiada seseorang
yg berpangkat bapa selepas kematian arwah
ayah 22 thn lalu. Walaupun aku ber'abah' hanya sekejap tetapi kenangan
tetap ada. Akan ku jaga bunga orkid tinggalan abah. Insyaallah.
Moga roh abah dicucuri rahmat

Jenazah abah selamat dikebumikan pada 16 Jun di tanah perkuburan
Islam Parit 1 Sg Besar pada 1030pagi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails