Jun 14, 2008

Abah dan pengasuh




Selasa 3 Jun, Abg ajak balik kpg utk bw abah ke klinik. Abah
mengadu semput lagi. Nampaknya makin kerap sekarang. Pkl 3 ptg
abah dihantar dgn ambulan ke hospital Sabak.
Keadaan ni mmg di jangka jd mak mertua mmg dah siap sedia temankan
abah. Sebelah malamnya kami pulang ke Meru.

Sementara tu aku ngan abg pening kepala jgk nak cari pengasuh Erin.
Abg tanya kenalan di taman semua menolak. Ramai yg tak sedia jg
sebelah mlm. Yelah aku pun paham. Abg cadangkan nak pakai maid,
tapi modal byk le pulak. Lagipun aku tak sedia nak menjadi mem lagi.
hehehhhee.. bertambah2 le pemalasnye kang.
Erin pulak masih nak meragam jek. Sensitif dan nak di gendung je.
Kak Ema pulak bercuti sepanjang minggu nih, sebab mak tak sanggup
nak jaga Erin yg nak menangis je, terpaksa la aku cuti minggu ni.

Khamis 5 jun, aku cuba tanyakan nursery di taman, katanya tuannya
sanggup nak ambil. Sebelah malam dia nak bawak balik ke rmh sebab
krg caya nak srh cikgu bujang jaga. Aku pun tak kisah. Memandangkan
Erin blm serasi ngan cikgu tu, aku cadang nak bawak dtg lagi utk sessi
perkenalan.

Jumaat 6 jun.. lepas sholat jumaat kami bertolak balik kpg. Kali ni aku
bercadang tinggal 2,3 hari. Bolehlah temankan emak kat hospital.
Kesian jgk abg yg tinggal sorang kat meru, tp terpaksa lah berkorban
sesekali. Abah tak banyak berubah. Masih bernafas dgn tiub. Tapi masih
mampu duduk dan berdiri walaupun penat sgt.

Isnin 9 jun.. masih di kampung sebab abg keje mlm nanti. Aku keje
hari khamis. Abah dah tak lalu makan nasi. Aku masakkan bubur,
dgn ikan bilis goreng baru lah masuk. Sayur abah tak lalu.
Sebelah malam kami pulang ke Meru dgn harapan abah akan pulih.
Esok abg Baba sekeluarga pulang dari Ipoh utk tgk2kan abah ngan
mak. Mak dah tak nak balik rmh sebab nak temankan abah. Abah
pun tak mau mak balik, hmm kuatnya kasih syg depa.

Selasa 10 jun.. aku bercadang nak bawak Erin ke nursery, dah siap
mandikan Erin check hp rupanya ada msg dr nursery owner. Katanya
cikgu yg dok kat nursery dah berhenti nak sambung blajar. Orang
lain cuma keje sampai pkl 7 aje. So mereka tak jadi nak ambil Erin.
Isk iskk.. punyalah aku tension. Mane pulak nak di carik pengasuh
baru.. masa dah le suntuk. Hari Khamis nak keje.
Petang aku bawa erin jalan2 kat taman, Liza jiran aku nombor
telefon saudaranya yg jd pengasuh. Kabarnya tinggal di taman
sebelah.

Rabu 11 jun.. Dlm tengahhari aku call Wati saudara Liza. Berminat
katanya nak jumpa Erin. Sanggup nak jaga malam kalau erin tak
meragam sgt. Sebelah petang aku temukan Erin dan Wati.
Alhamdulillah Erin tak menangis pun pertama kali Wati dukung dia.
Tak lama lepas tu elok je main2. Siap bergelak ketawa lagi.
Serasi nampaknya.. lega betul rasanya. Insyaallah minggu depan
boleh lah hantar ke Wati. Minggu ni kena mintak tolong kak Ema
lagi. Moga tak perlu carik pengasuh lain lagi.
Btw, abg dapat call dari abg Baba, katanya abah tenat. Abg ajak
balik kampung lepas magrib. Nampaknya esok aku cuti lagi.

Khamis 12 jun.. Abah memang dah tak berdaya. Sudah byk hari
tak makan. Hanya air susu yg masuk. Duduk pun tak mampu.
Bercakap sepatah2 tapi perlahan sgt. Mcam manapun abah masih
ingat org lain lagi. Selain abg Baba, Kak Mah dan Kak Awa sekeluarga
pun ada di kampung. Memandangkan abah semakin nazak aku
sambung cuti lagi sehari.

Jumaat 13 jun..Abah nampak stabil sket dari semalam. Aku bercadang
utk kerje esok selepas sekian lama bercuti. Terasa sedih nak tinggalkan
abah macam tu, tp segan dgn kawan2 ofis. Harap abah tak apa2.
Insyaallah hjg minggu balik lagi.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails