Jan 29, 2010

Masalah kandungan

Sudah lama tak update blog. Macam2 yang berlaku sebulan yang lalu.
Alhamdulillah masih diberi kesempatan utk meneruskan kehidupan
harian dgn sihat dan selamat. Insyaallah.

Sebenarnya aku telah selamat melahirkan anak kedua, perempuan
yang diberi nama Nur Khalisha. Khalisha terpaksa dilahirkan
setelah aku mengalami komplikasi akibat tekanan darah yg tiba2
naik melambung tinggi sejak kandungan 29minggu.
Khalisha lahir setelah 32minggu 6 hari dlm kandungan ku.

Untuk ingatan sendiri aku coretkan catatan ringkas masalah yg
berlaku yg membawa ke kelahiran awal Nur Khalisha.

7 jan 2010 .. Aku ke KK Meru untuk menjalani rawatan rutin. Tujuan
utama utk scan sebab nak tau perkembangan berat badan baby.
Scan 2 minggu sebelumnya berat baby cuma 900gram. Tapi kali
ini aku dtg dengan sakit kepala yg amat sangat.
Bila check tekanan drah 130/100. Dua tiga kali nurse check.
Aku ingat mungkin sebab malam2 sebelumnya tak ckp rehat.
Maklumlah Sabrina baru kluar hospital sebab demam.
Bila jumpa doctor dia kata aku ada simptom sawan pulak.
Dia suruh p hospital klang terus dengan ambulan.
Aku ditahan di hospital klang sampai 12hb. Hari2 cuma check
tekanan darah dan Bsp utk kencing manis.
Last2 abang mengamuk sebab tak ada benda lain yg dibuat.
Mintak kluar sahaja walaupun doktor pelatih tak bagi.
Lagipun Sabrina sepanjang aku tinggalkan tak sihat kembali
dan badanya jadi kurusssss sangat. kesian.

12hb Jan.. Lepas magrib sampai rmh. Tak lama lepas tu terus
keluar ke darul shifa.. Ikhtiar cara Islam pulak utk kesihatan
Sabrina dengan aku. Pak aji tu kata kemungkinan buah pinggang
ku yg ada masalah sebab tu dlm air kencing ada protein. Bkn
sebab nak sawan.

14hb.. aku kena ke klinik sebab hospital suruh check tekanan
darah 2 hari skali. Kali ni pun masih tinggi. Lebih tinggi lagi.
140/110. Doktor suruh ke hospital klang lagi tapi aku dan abg
menolak. Kami decide ke KPJ Selangor pulak.

Di KPJ mmg sah tekanan darah tinggi. Makin tinggi. 150/110.
Doktor terus suruh masuk wad dan start bgi ubat.
Selain tu buat scan berat baby 1.1kg.. ujian air kencing positif
protein.. ujian darah .. urik asid tinggi..

16hb jan.. msih di KPJ. Doktor tambah ubat utk darah tinggi
sebab masih tak stabil. Doktor bgtau ujian darah tunjuk urik asid
semakin tinggi dan kalau dibiarkan boleh merosakkan buah pinggang
aku. Baby kena di keluarkan awal.
Jadi doktor cucuk ubat utk matangkan paru2 baby.

17hb jan.. Doktor bgatau dia kata terpaksa bedah esok arinya. Cuma
katanya baik pindah ke hospital kerajaan sebab baby kecik lg dah kena
duduk lama dalam incubutor. Aku dah abg setuju. Mula2 kami suggest
hospital sg buloh, serdang dan putrajaya tapi semua tempat tu tak ada
incubutor yg kosong. Jadi doktor call hospital lain dan dpt HKL.
Ingatkan boleh pergi HKL sendiri tapi tekanan darah tinggi pulak.
Terpaksa naik ambulan lagi ke HKL pulak. Kesian abg kejar ambulan
ke sana ke mari..

18hb jan.. di HKL aku diberi ubat darah tinggi. Sebab darah tak stabil
terpaksa makan 2 jenis ubat darah tinggi. Buat detail scan ngan pakar
Dr Jumeah mmg sah banyak problemnya. Darah ke baby tak mengalir
dengan cukup baik. Selain kandungan baby yg kecil. Dr suruh abg dtg
jumpa keesokan harinya.

19hb jan.. Dr Jumeah jumpa aku dan abg. Sebelum tu dr tunjukkan
kan hasil scan pada abg. Salur darah yg semakin kurang ke baby.
Doktor kata mmg aku kena bersalin awal. Tapi sebab saiz baby yg kecil
dari biasa, walaupun dah 32 minggu saiz rahim masih macam 28minggu,
doktor suggest kami buat ujian DNA untuk baby supaya dapat pastikan
dia normal dan tak ada sindrom2 yg merbahaya.
Kami setuju. Ingatkan dapat ambil air ketuban hari yg sama tapi doktor
Baskaran yg sepatutnya bertugas MC pulak. Tangguh keesokkan harinya.

No comments:

Post a Comment

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails