hari Jumaat. Lebih istimewa hari ini 27 Rejab antara hari2 yg sangat
elok utk kita menambah amalan.
Semalam dengan hari ini Insyaallah aku berpuasa sunat.
Setakat ni tak ada effect pada ebm. Yang penting kena pastikan
sahur dgn makanan berat iaitu nasi.
Kalau tidak lepas pum mmg rasa letih la dulu. Bagus juga sesekali
berpuasa ni, jadi lebih bersedia utk Ramadhan nanti.
Khalisha dah hampir seminggu pandai meniarap. Tapi kepala
tak pandai angkat lagi. Mungkin 2,3 hari lagi dah boleh. Nampak
perkembangannya lebih cepat dari Sabrina. Mungkin sebab
badannya lebih ringan.
Sekarang sudah 5 bln setengah.. mungkin ada 4kg.
Penyusuan bagus. Sekali minum skang boleh sampai 3oz. Tapi
stok ebm pulak agak susut. Sebabnya mungkin aku kurang pum
di rumah. Takut stok terus merundum, dah 2 hari aku bangun
perah pagi2. Dulu masa Sabrina sebelum tidur dgn pagi mmg aku
akan pum susu, sekarang agak malas sket.. hihi.. tak boleh
diteruskan. Skang ni malas nak pakai pum kalau di rumah, aku prefer
pakai tangan je sebab malas nak basuh pum. Sedikit sebanyak skill
hand expression bertambah lah. Yakin juga kalau tak de pum.
Sabrina sudah totally tak menyusu badan. Minggu ini dia ok je.
Tidur pun senang tak de meragam macam seminggu sebelum ni.
Alhamdulillah. Sebenarnya bukan satu kebanggaan memberhentikan
anak menyusu, tapi rasanya sudah sampai masanya utk Sabrina berhenti
setelah 2 tahun setengah menyusukannya.
Mulutnya makin bising. Kadang tak terlarat nak layan.
Tapi bahayanya dia dah pandai nak angkat adik. Dah 3 kali dia
angkat Khalisha agak jauh. Fuhhh.. berderau darah mama!!
Mentang2 lah Khalisha tu ringan sangat senang2 je dia angkat.
Khalisha pulak tak menangis langsung jd kadang aku tak perasan.
Orang kata pantang lepa Sabrina ni. Kena lebih bagi perhatian.
Sukanye tengok Khalisha tidur nyenyak cam ni. Aman je rasa.. |
dah besar eh khalisha...makin comel. amboi, berani sungguh sabrina angkat adik dia. afiq khair x berani nak dukong asha zahra lagi.. huhu!!
ReplyDeletenampaklah berisi sket. sebenarnya tak besar mane pun.. hihii. gambar close up.
ReplyDeletesabrina mmg selamba je angkat adik dia.
tu yg bahaya. risau dibuatnya...